33♤

5.2K 562 115
                                        

"Alpha?"taehyung masih lagi mengelamun dan tanpa dia sedar hajoo dan wojin memanggilnya beberapa kali. Wojin dengan beraninya menyentuh bahu alpha.

Taehyung tersentak lalu melihat ke arah mereka berdua. "nak apa? kenapa tak panggil je aku?"ujar taehyung. Hajoo dan wojin tersengih dan mengaru kepala masing-masing yang tak gatal itu.

"kami dah panggil dah alpha banyak kali cuma alpha je yang asyik mengelamun je dari tadi"katanya jujur. "alpha kami cuma nak alpha berehat buat sementara waktu. Kerja lain biar saya dengan team alpha yang lain buat. Alpha jangan risau".

Taehyung hanya mengangguk lemah. "kalau macam tu kami pergi dulu"wojin dan hajoo menunduk sopan lalu pergi dari situ. Taehyung mengeluh. Dia tahu banyak kerja diluar sana sering dia tangguhkan.

Tapi selalunya team alpha yang banyak menyelesaikan kerjanya. Cuma dia betul-betul rasa kehilangan. Dia perlukan byul. Sampai bila dia dengan byul perlu berperang dingin macam ni? dia sendiri tak sanggup.

Dia rindukan senyuman, gelak tawa, sikap manja dan prihatin isterinya itu. Ya, dia rindu semuanya mengenai byul. Dia mula bangun dan mula mencari keberadaan isterinya itu.

Byul yang baru sahaja keluar dari biliknya dengan niat untuk berjalan jalan di taman mula mematikan niatnya bila dia sendiri melihat taehyung berjalan menuju ke arahnya.

Byul yang baru sahaja keluar dari biliknya dengan niat untuk berjalan jalan di taman mula mematikan niatnya bila dia sendiri melihat taehyung berjalan menuju ke arahnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Byul melihat perkara itu terus berpatah balik menuju ke biliknya. Kalau boleh dia tak nak langsung terserempak atau bertembung dengan taehyung. Dia belum bersedia lagi untuk menghadap taehyung.

Belum sempat byul hendak menutup pintu tersebut ada kaki seseorang menahan pintu tersebut daripada ditutupi. Membesar mata byul melihatnya. Dia tahu gerangan orang tersebut ialah taehyung.

"Sayang..."

Masih juga byul tak endahkan panggilan lembut taehyung. Dia berkeras juga nak tutup pintu tersebut tapi taehyung lagi kuat.

"sayang kita perlu berbincang. Please saya merayu dekat awak"pujuknya lembut.

"awak nak apa lagi taehyung? saya tak nak lah!"byul masih lagi berdegil dan cuba menolak pintu tersebut dengan tenaga yang masih ada.

"sampai bila kita kena macam ni sayang? dah seminggu saya beri awak masa? takkan saya nak tunggu awak sebulan? setahun? saya rindu awak sayang" rayunya dan hal itu membuatkan byul diam.

Taehyung melihat perkara tersebut lalu menolak pintu tersebut dan byul tertolak kebelakang. Terus dia menarik byul dalam pelukannya. Ya byul dapat rasakan pelukan taehyung erat. "mianhae taehyung" byul sembamkan mukanya kepada dada taehyung dan menangis sepuasnya.

🌼🌼🌼

"Apa dia?! hari ni?! serius lah hari ni?! aku tak tahu pun!"jin terkejut apabila mendengar rancangan namjoon, anna dan juga aunty jihyun. Tempah maut agaknya nak pergi rumah agam taehyung petang ni sedangkan dia sendiri baru tahu ada rancangan macam ini.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang