73♤

3.6K 443 61
                                    

"Lee minho?"

Kening jin terangkat apabila mendengar nama itu disebut oleh taehyung. "Setahu aku lee minho kita pernah jumpa dia waktu majlis taehyung itupun dah lama"jawab namjoon kali ini.

"dia tu siapa hyung? kenapa dia buat byul macam tu?"tanya jungkook dan jimin mengangguk. "boleh dikatakan yang lee minho ni salah satu puak vampire yang besar dalam dunia werewolf ni. Puak ni dah lama tubuhkan kerajaan sendiri dan hanya puak yang tertentu layak. Contohnya minho dengan ayah dia. Vampire juga ada darah diraja sama macam kita semua"terang namjoon satu persatu.

"habis tu apa motif dia buat macam tu? kenapa dia kena culik aunty jihyun pula?"jhope pula keliru. "dia pernah tolong aku nak cari byul dekat dunia manusia tapi sampai sekarang aku tak tahu apa sebab dia"tambah taehyung.

"taehyung aku rasa dia ada muslihat. Aku yakin dia ada simpan dendam dengan byul" kata suga dan semua orang memandangnya. "tapi hyung minho dengan byul mana pernah jumpa selama ni?"mereka semua mengeluh. "biar aku dengan jhope siasat hal ni. Malam esok aku nak semua bersedia pergi tempat dia" ujar namjoon.

"taehyung boleh ikut aku kejap. Aku ada hal nak beritahu kau"taehyung dan suga masuk ke dalam sebuah bilik. Hanya mereka berdua berada di situ. Sebelum itu suga menarik nafasnya terlebih dahulu lalu memandang taehyung yang mungkin tertanya tanya.

"ingatan kau dah pulih?"

Kening taehyung terangkat. "maksud hyung?" suga tahu hal ini tidak boleh disembunyikan daripada taehyung buat selama lamanya. "kalau kau nak tahu kenapa byul selamani hindari kau sebab byul ada sebab. Semua berpunca dari kau. Aku rasa aku tak boleh simpan rahsia ni lagi. Kau kena tahu taehyung" satu persatu suga menceritakan kejadian byul, jihyun bersama taehyung.

Suga adalah saksi dimana yang berlaku pada hari tersebut. Taehyung tergamam dan ingatan itu mula muncul. "jadi sebab aku?"suga dapat lihat riak muka taehyung kelihatan kesal dengan perbuatannya. Baru taehyung faham kenapa byul cuba jauhkan diri daripadanya. "tapi kenapa byul cakap yang aunty jiji kena culik pula?"suga mengangkat bahunya tanda tak tahu.

"baik kau pergi tengok dia. Mana tahu hati dia mula terima kau semula. Ingat taehyung jangan putus asa. Aku yakin byul perlukan kau"suga menepuk perlahan bahu taehyung. "ingat taehyung ini bukan salah sesiapa. Kau pun tak bersalah"tambahnya lalu keluar daripada bilik tersebut.

🌼🌼🌼

"kau dah boleh masuk dah. byul dia tengah tidur. Jangan risau keadaan dia okay. Kalau macam tu aku pergi dulu"ujar eunwoo dan taehyung mengangguk. Taehyung mula masuk dan dengan perlahan kakinya menuju ke arah katil. Diusapnya lembut rambut byul. Dahi byul pula dibalut dengan kemas kerana luka.

Taehyung melihat byul ada tanda-tanda untuk bangun. Dengan perlahan mata byul dibuka. "saya dekat mana ni?"tanyanya dengan nada yang masih lemah. "awak dalam rumah saya sayang baik awak berehat"balas taehyung semula. Byul seakan berusaha untuk bangun dan dibantui oleh taehyung.

"taehyung Aunty jiji"byul menarik perlahan lengan baju taehyung dan air matanya mengalir. Taehyung mula duduk di atas katil. Dikesatnya lembut air mata byul. "jangan risau. Saya dengan yang lain akan cari aunty jihyun. Cuma awak kena prepare malam esok".

 Cuma awak kena prepare malam esok"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now