7 TAHUN KEMUDIAN
KIM BYUL sudah pun berumur 17 tahun. Dia masuk ke dalam hutan gelap itu dengan membawa beg galas sekali. Dia meletakkan beg itu ke bawah lalu membukanya.
Dia melihat kelibat Golden Werewolf . Dia tahu itu adalah Kim Taehyung. Dia mula mengeluarkan baju dan seluar panjang milik Taehyung lalu meletakkannya di tepi pokok tebal itu.
Selepas itu dia mula bangun lalu menjauhkan diri daripada pokok tebal itu untuk memberikan ruang buat Taehyung untuk dirinya bertukar semula ke bentuk asal dan memakai bajunya.
Byul mula teringat semula akan kejadian yang dia baru pertama kali bertemu dengan Taehyung sewaktu kecil. Dia tahu diri dia pengsan melihat Taehyung adalah serigala jadian membuatkan dia ketawa sendiri.
"Dah ke Tae? jom balik!"
Byul mula berpusing ke belakang. Terkedu dia melihat Taehyung begitu dekat dengan dirinya. Taehyung tersenyun kecil dan pinggang kecil Byul ditarik olehnya. Byul mula sedar sesuatu pada diri Taehyung. Taehyung banyak berubah dari segi fizikal.
Tubuh Taehyung kelihatan seperti fizikal lelaki yang dewasa. Sekarang dia hanya tinggi sehingga paras bahu Taehyung. Dia juga sedar sikap dan perangai Taehyung telah berubah lagi matang sejak umurnya menginjak usia 15 tahun.
Layanan Taehyung terhadap dirinya berubah juga. Taehyung sering melayan dirinya seperti kekasihnya membuatkan orang lain mula salah faham dengan hubungan mereka berdua hanya sebagai rakan baik yang rapat. Kadang-kadang Byul keliru dan hanya membiarkannya.
Dia tahu Taehyung mempunyai ramai peminat wanita di sekolah. Tetapi tiada seorang yang Taehyung suka. Dia juga sering kali menjadi mangsa untuk menerima surat-surat cinta daripada peminat Taehyung. Ada juga gadis yang merayu dan meminta tolong daripadanya.
Byul mula rasa kasihan kerana Taehyung akan menolak semua luahan cinta mereka dengan dingin dan tidak mempunyai perasaan simpati. Hadiah dan surat juga akan dibuang ke dalam tong sampah kerana bagi Taehyung itu buang masa.
"Kenapa termenung ni?"
Taehyung tersenyum kecil lalu mengusap wajah Byul dengan lembut. Byul mula sedar lalu merenung tajam ke arah Taehyung.
"Lepaskan saya"
Taehyung mengeleng kecil.
"Awak ni dah kenapa?!!!"
Byul cuba menolak dada Taehyung. Taehyung mula merenung bibir mungil Byul. Byul perasan akan hal itu dan mula berdebar.
"LEPASKAN SAYA!"
Lama kelamaan Taehyung mula mendekatkan wajahnya. Bibirnya ingin menyentuh bibir Byul. Byul mula panik dan tidak menyangka Taehyung mula berani melakukan hal itu. Byul nekad dia takkan benarkan hal ini. Dia betul-betul rasa tidak selesa.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...