Taehyung melihat ke arah jam tangan di pergelangan tangannya. Hampir menandakan pukul 1 petang. Dia tersenyum lebar dan bersandar di kereta menunggu byul pulang daripada sekolah.
Sekarang byul sekeluarga tinggal di dalam rumah agam tuan kim. Jadi tak susah lah bagi taehyung memantau pergerakan byul. Siapa sangka masa berlalu sangat pantas. Byul sekarang sudah pun berumur 15 tahun.
Dengan sabar taehyung menunggu isterinya itu membesar. Dia juga makin rapat dengan byul. Hari ini dia menjemput byul pun kerana sudah 2 minggu dia bekerja di luar bersama bangtan. Ya dia rindu. Dia ingin memeluk gadis itu cepat-cepat. Dia tak sabar.
KRINGG!
Bunyi loceng berbunyi.
Kelihatan ramai pelajar berpusu pusu berlari keluar daripada sekolah. Kebanyakkan gadis werewolf yang sama sekolah dengan byul terpana melihat kekacakan taehyung. Ada yang berhenti melihatnya.
Taehyung hanya tersengih. Dia tak sangka dirinya akan menjadi tumpuan pelajar wanita begitu juga lelaki. Ramai yang berbisik mengenainya dan taehyung dapat dengar dengan jelas.
"Omg! boyfriend material!"
"Dia siapa?!"
"Damn!! aku nak dia!"
"Dia tengah tunggu siapa? yeojachingu dia ke?!"
Taehyung hanya bersabar menanti byul keluar daripada pagar sekolah.
"Tengok tu! asal ramai yang berkumpul dekat sana?" byul menoleh dan dia pun ingin tahu. Dia tak dapat melihat siapa yang menjadi tumpuan para pelajar kerana ramai pelajar berdiri mengelilinginya.
"Jom tengok!"
Tangannya ditarik. Mereka berdua menghampiri tempat taehyung berada. Taehyung dapat bau sesuatu. Dia tersenyum lebar. Dia kenal bau tersebut.
Membesar mata byul melihat taehyung berada di situ.
"Tae oppa?"
Taehyung menghampirinya lalu memeluknya dengan erat. Semua orang terkejut. Ramai yang tertanya - tanya apa hubungan byul dengan lelaki kacak itu.
"Saya rindu awak sayang"
Mata byul terkebil kebil. Dengan perlahan dia menolak dada taehyung. Dia rasa malu menjadi tumpuan orang ramai tetapi taehyung hanya memandangnya seorang. Tak lepas sesaat pun memandang wajah cantik isterinya itu.
Tanpa membuang masa byul menarik tangan taehyung menuju ke arah kereta.
"Cepat oppa! kita kena balik!"
Sebaik sahaja masuk. Byul mengeluh. Taehyung mula memandu. Byul tahu esok dia akan jawab bermacam macam soalan mengenai dirinya dengan taehyung.
"Tae oppa! perlu ke oppa peluk byul depan orang ramai? tak malu ke?"
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...