51♤

4K 476 116
                                    

Suga dengan namjoon menonton rancangan televisyen. Di situ jungkook dengan jimin menjadi tetamu undangan. Pengacara mula menjemput jimin dengan jungkook masuk.

"dipersilakan jinim! dengan jeongguk!! daripada kumpulan BOM!!!"mereka berdua mula masuk lalu mengukir senyuman lebar.

Mereka berdua mula duduk. Dalam 30 minit jimin dengan jungkook berjaya menjawab soalan-soalan mengenai karier dan cara gaya hidup mereka.

"berkenaan musik yang dicipta buat kamu berdua. Saya nampak yang kamu berdua sering bekerjasama dengan komposer swag monster sebab pada setiap lagu kamu berdua mesti ada nama tersebut. Saya pasti hubungan kamu berdua dengan swag monster amat lah rapat"ujar pengacara tersebut.

"memang betul kami berdua amat rapat dengan komposer swag monster. Mereka berdua dah macam hyung saya dengan jeongguk"balas jimin. Namjoon mendengar kata-kata yang keluar dari mulut jimin rasa bangga.

"mereka berdua juga lah sentiasa tolong saya dengan jinim masa mula-mula debut"tambah jungkook. "boleh saya tahu apa perbezaan komposer swag dengan komposer monster? tapi saya nak tahu monster dulu? adakah dia garang dan dia betul-betul raksasa?" pertanyaan pengacara itu mengundang ketawa besar terhadap penonton yang bersama dengan mereka.

"You got not jams!! dude!!"

Namjoon geram ingin sahaja dia nak pecahkan tv dengan pengacara tu sekali. Serentak jimin dengan jungkook ketawa kecil. "haha mana ada. Dia manly. Dia gelarkan diri dia monster sebab apa yang lagu dia buat mesti akan berjaya masuk dalam carta dan buatkan ramai peminat kami menyukai musik dibuatnya. Kalau nak tahu dia seorang yang kacak,tinggi dan mempunyai senyuman manis. Lagi satu dia pandai bergaya"ujar jungkook.

"dia juga mahir bertutur dalam bahasa inggeris dan itu buatkan saya cemburu. Dia juga orang yang sangat prihatin"tambah jimin.

Suga pelik kenapa orang disebelahnya diam seribu bahasa. Suga memandang ke arah namjoon. Terkebil- kebil matanya melihat air mata namjoon yang menangis terharu sambil hingus pun meleleh. Terharu betul tu. Suga mengambil kotak tisu lalu melemparkan ke atas peha namjoon.

"bro! tolong lap hingus kau tu. Jangan nangis lagi lah. Makin hodoh muka kau serius aku cakap".

Namjoon menjeling suga dengan tajam lalu mengelap air mata serta merta matanya fokus pada tv. "kalau komposer swag macam mana orangnya?"soalnya pula. Tiba-tiba jungkook dengan jimin diam. Suga pula tak puas hati. "jawab lah! yang diam tu kenapa?"namjoon hanya mengelengkan kepalanya. Tiba-tiba jimin dengan jungkook menjawab bergilir gilir.

"hati beku"

"hantu pucat"

"abe gula"

"mamat albino"

"acah swag"

Terus mengangga suga dibuatnya dan dia tak sangka sampai macam tu sekali jimin dengan jungkook terangkan cirinya.

"hyung tutup lah mulut. Kang lalat masuk karang"tegur namjoon.

"ah malas aku nak tengok tv baik aku masuk bilik"suga mengambil bantal di sebelahnya lalu membaling tepat ke arah muka namjoon.

"broken lah tu"kata namjoon.

Laju betul suga masuk biliknya. "jadi komposer swag tu memang macam tu lah orangnya?"tanya pengacara itu ingin tahu.

"walaupun dia macam tu. Kami tetap sayang hyung swag sangat-sangat. Dia selalu bagi nasihat dan kami tahu walaupun dia tak tunjuk cara dia sayang kami tapi kami tahu dia sebenarnya dia sayang sangat dekat kitorang"ujar jungkook.

"suga kau tak dengar sampai habislah. Budak-budak ni sayang benor dekat kau. Jeles pula aku"namjoon mula menukar siaran lain selepas tamatnya rancangan itu.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now