66♤

3.2K 434 44
                                    

"Taehyung hyung!!!"

Taehyung mula mengalihkan pandangannya ke arah jungkook. Jungkook tersenyum lebar ke arahnya. Kening taehyung terangkat. "kenapa kook?"taehyung mula menghampirinya selepas meletakkan beberapa fail di atas meja.

"Namjoon hyung!! dia dah sedar!!"

Membesar mata taehyung mendengarnya. Bergegas dia dengan jungkook pergi ke bilik namjoon. Apabila dia sampai di bilik tersebut dah ramai yang berkumpul di situ. "hyung!!!"jerit jungkook lalu memeluk namjoon dengan erat.

Namjoon tersenyum lebar dan mengusap rambut jungkook dengan lembut. "kook ingat hyung akan tinggalkan kitorang semua!!! huargh!!!"terkejut mereka semua apabila melihat jungkook menangis secara tiba-tiba.

Tuan kim dan datuk kim hanya mengelengkan kepala dengan sikap jungkook. Manakala jimin dengan jhope yang baru sampai terus menarik badan jungkook ke tepi dengan kasar. "hyung!!! ingat chim?!! ni park jimin!! chim sekarang dah makan dengan baik!!"jimin memegang muka namjoon. Sampai rimas namjoon dibuatnya.

"ya aku ingat park jimin!"terus dia menarik tangan jimin ke bawah. "hyung!!!"meleleh air mata jhope menangis. Tapi masalahnya baju namjoon yang kena bukan dia. "hoseok baju aku bukan tisu" tegur namjoon lalu jhope menarik kepalanya dan ketawa kecil.

"cepatlah tolak aku suga!!! aku nak tengok hasben aku!!! cepat lah suga!!!!!"mereka semua dapat dengar dengan jelas suara jin menjerit dari luar bilik namjoon. Ya jin sekarang menggunakan kerusi roda. Tubuhnya beransur-ansur boleh bergerak.

Sekarang jin hanya perlu buat terapi untuk kakinya. "ish sabar lah hyung!!"suga mendengus geram lalu menolak kerusi roda itu dengan cepat. "namjoon!!! my baby!!! huargh!!!"melompat-lompat jin duduk di kerusi roda. Terlalu excited nampaknya.

Namjoon tersengih malu. "cepat lah suga tolak aku!!!"arah jin. Terus suga menolak ke arah namjoon. "ceh tak sedar diri tu tak boleh jalan ada hati nak berkunyit dengan namjoon"bebel suga seorang diri lalu berdiri di sebelah taehyung.

"kau ni namjoon!!! boleh tak jangan buat hati aku macam ni!! nasib baik kau dah sedar!!!"ditepuknya kuat belakang namjoon. Berkerut muka namjoon menahan sakit. Ini bukan peluk ni tapi pelukan maut. "mianhae hyung.."balas namjoon.

"kau tahu tak ramai yang rindu namjin!!! 5 tahun aku tunggu kau!!!"ditepuknya kuat belakang namjoon. "hyung aku sakit..."jin mengelengkan kepalanya dan masih lagi melayan perasaannya. "kunyit betul lah!"perli suga lalu menjeling tajam ke arah jin.

Taehyung melihat perkara itu ketawa kecil. Dia tahu suga mesti menyampah dengan perangai jin. Tiba-tiba bella,belle dan seulhi masuk ke dalam bilik namjoon. "bagus!! harabeoji bangga dengan pencapaian kamu bertiga" dipeluknya mereka bertiga satu persatu.

Tanpa usaha mereka bertiga mungkin namjoon tidak dapat penawar tersebut. "tak mengapa harabeoji. Bella lega yang namjoon dah sedar semula"ujar bella sambil tersenyum lebar. Jin mendengar suara itu terus menolak tubuh namjoon dengan kasar. Terkejut namjoon dibuatnya dan dia hampir saja jatuh dari katil.

"hyung dah kenapa?!"marah namjoon. "baik kau diam"ugut jin merenung namjoon tajam lalu mengalih pandangannya ke arah bella dan terus dia mengukirkan senyuman manis khas buat bella. Iaitu buah hatinya. "ceh patutlah tolak namjoon. Takut lah tu bella cop dia kunyit"bisik jhope pada jimin.

"jimin?"

Jhope melihat jimin seperti membetulkan rambutnya. "jimin aku cakap dengan kau ni?"tegur jhope. "hyung!! macam mana rupa chim sekarang? chim hensem tak?"kening jhope berkerut. Dipandangnya jimin atas bawah. "hyung rasa kau okay je? kenapa?"tiba-tiba jimin membisik sesuatu pada jhope.

"Belle ada dekat sini so jimin kena lah nampak hensem depan mata dia"ujar jimin tersipu sipu malu. Jhope hanya buat muka menyampah. Lain pula dengan jungkook dia hanya diam dan memerhati seulhi dari jauh. Eunwoo mula masuk ke dalam bilik namjoon dan memeriksa keadaan namjoon.

🌼🌼🌼

Taehyung mengamati pemandangan di luar dari dalam cafe yang dikunjungi setiap hari apabila kerjanya selesai. Situasi semalam mula bermain di fikirannya. Timbul perasaan cemburu apabila melihat kemesraan jin dan juga bella.

Dia makin rindu dengan isterinya. Setiap masa kenangan byul bersamanya selalu diingatinya tidak kira dimana pun dia berada. Dia betul-betul merindui byul. "sayang saya rindu awak sangat..."tanpa taehyung sedar bibirnya berkata sendiri.

Tiba-tiba ada sesuatu mengetuk kaca tersebut. Taehyung mula melihat kebawah. Terdapat seorang budak perempuan yang memakai uniform sekolah berada di luar kafe. Budak itu melambai ke arahnya dan tersenyum lebar. Taehyung mula bangun dan keluar dari cafe itu.

"appa!!!!"

Budak perempuan itu memeluknya dan itu buatkan taehyung terkejut. Taehyung mula mencangkung dan tersenyum lebar. Diusapnya perlahan muka budak perempuan itu. "kamu dari mana ni? mesti omma appa kamu risau?" budak itu hanya diam. "kamu lapar?"tanya taehyung dan budak itu mengangguk.

Diangkatnya budak perempuan itu dan membawanya masuk ke dalam cafe. Taehyung ketawa kecil melihat betapa comotnya budak itu makan kek coklat dipesannya. Dilapnya lembut mulut budak itu menggunakan tisu. "boleh uncle tahu nama kamu siapa?"budak itu memandang ke arahnya.

"Kim Taesa!! Panggil ae pun boleh!! appa!!" ditekannya kuat perkataan appa itu. "tapi ae hmmm uncle bukan appa kamu? mana keluarga ae? nanti uncle hantar?"tiba-tiba taesa mula menangis kuat. Gelabah taehyung dibuatnya. "appa jahat!!! appa ni taesa anak appa!!! huargh!!!"terus taehyung memujuknya.

Semua orang memandang ke arah mereka berdua. "ya appa ni appa taesa" taesa mula berhenti nangis dan tersenyum kecil lalu menyambung makan. Taehyung lega dan terpaksa menyetujui kehendak taesa. Diperhatinya wajah taesa dengan lembut. Wajah itu mengingatkannya kepada byul.

"kenapa tengok muka ae macam tu?"tanya taesa ingin tahu. Digelengnya perlahan kepalanya lalu mengusap rambut taesa. "boleh appa tahu nama omma kamu?"tanya taehyung dan taesa mengangguk. "nama omma taesa kim by----"belum sempat taesa menghabiskan ayatnya. Namanya dipanggil.

"taesa!!!"

Terus mereka berdua memandang ke arah suara tersebut. "uncle eunwoo?!!!"taesa melambai ceria. Membesar mata eunwoo melihat taesa bersama-sama dengan taehyung. Segera eunwoo menghampiri taesa dan mendukungnya. "kamu pergi mana ae? kalau omma kamu dapat tahu kamu hilang macam mana?".

Taesa hanya tersengih dan menundukkan kepalanya. "gomawo taehyung sebab tengokkan dia. Boleh gila aku kalau taesa ni hilang"kata eunwoo. "biasa je kau jangan risau. Apa hubungan kau dengan taesa?"giliran taehyung pula bertanya. "ouh taesa ni aku dah anggap macam anak buah aku. Dia anak kepada kawan baik aku"tipu eunwoo.

Taehyung mengangguk faham. "mulai sekarang taesa nak jumpa appa tau!!"kata taesa ceria. "maaf ya taehyung. Taesa ni dah tiada appa sejak kecil lagi. Jadi bila dia jumpa orang asing mesti dia panggil orang tu appa dia. Kau tak kisah kan?"tipu eunwoo lagi sekali.

"appa janji dengan ae jumpa ae lepasni? boleh?"taehyung akhirnya mengangguk. Taesa tersenyum gembira. "okay lah taehyung. Aku balik dulu nanti risau pula omma taesa ni" eunwoo mula mengambil beg galas taesa dan meminta diri untuk pulang.

Eunwoo memandang ke arah taesa. "ae lain kali jangan buat macam ni boleh?"taesa hanya mendiamkan diri. "uncle tak marah kalau taesa nak jumpa appa kamu tapi dengan syarat jangan sebut pasal apa-apa pun pasal omma kamu faham?"terkebil kebil mata taesa. "kenapa pula taesa tak boleh cerita pasal omma?"eunwoo mengeluh.

"janji dengan uncle yang taesa tak kan cerita satu pun pasal omma taesa kalau tak uncle tak benarkan taesa jumpa appa taesa? ae nak pilih mana? jumpa appa taesa ataupun tak?"taesa mencebik akhirnya mengikuti apa yang dikata oleh eunwoo. "bagus lepas ni kalau nak jumpa appa taesa beritahu uncle dulu"taesa akhirnya mengangguk.

"mesti anak kita sama seumur dengan taesa kalau awak masih hidup sayang"taehyung tersenyum kecil bila teringat melayan karenah comel taesa. "lagi bagus kalau saya dan awak hidup berkeluarga"taehyung mengeluh dan dia tahu itu sekadar angan-angannya sahaja.

Tipulah kalau dia rasa tak sunyi tanpa hidup bersama dengan orang yang dicintai. Tapi dia kekal kuat demi byul. Dia amat mencintai isterinya itu.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now