98💜(S2)

2.6K 347 194
                                    

"Tahniah buat kamu berdua"

Datuk kim berjabat tangan dengan sehun dan kai. Ya mereka berdua membuka sebuah resort sekaligus menjadi ahli perniagaan secara berkongsi.

Ramai yang datang untuk meriahkan majlis pembukaan resort ini. Lagi-lagi tetamu yang dijemput iaitu keluarga dan rakan yang rapat menjadi VVIP yang diberi khas oleh sehun dan kai.

"Taehyung?"

Taehyung menoleh lalu tersenyum lebar melihat kembarnya taehwan bersama isterinya soyul. Tak lupa juga satu satunya anak lelaki taehwan iaitu park taejun yang baru sahaja berusia 10 tahun.

"Dah besar ya taejun sekarang"

Taehyung mengusap lembut rambut taejun. Taejun hanya menunduk sopan.

"Apa kata taejun ikut omma biar appa cakap dengan uncle kamu ya" taejun mengangguk lalu mengikuti soyul. Tinggalkan taehyung dengan taehwan berdua.

"Sekarang kau macam mana?" tanya taehwan. Lama juga dia tidak melihat kembarnya itu. Dia tahu apa yang terjadi. Dia pun rasa bersalah atas apa yang terjadi tetapi taehyung tidak salahkannya sebaliknya memaafkannya dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Aku? macam ni lah forever alone"

Red wine dipegangnya lalu diminumnya perlahan. "Kau tak nak cari penganti? kau berhak bahagia taehyung" taehwan menepuk bahunya pelan. Dia ingin taehyung mencari pasangan hidup agar tidak kesunyian.

"Aku tak nak hwan. Aku lagi suka macam ni. Selamanya aku setia dengan byul. Kau jangan risau aku okay. Baik kau luangkan masa dengan soyul dan taejun. Datang sini kena lah luangkan masa dengan keluarga kan? jadi aku faham" taehwan mengalah lalu mengangguk kecil.

"Baiklah kalau tu yang kau nak. Kalau ada apa-apa masalah cari aku okay?" taehyung tersenyum kecil. Taehwan mula pergi dan mencari soyul bersama dengan anak nya taejun.

Manakala taehyung menikmati suasana di sekelilingnya dengan selesa. Bersama segelas wine di tangannya cukup membuatkan fikirannya tenang. Tiba-tiba dia mendengar gelak tawa si kecil. Kepalanya menoleh.

"Jangan lari!"

"Omma kejar lah haha"

Gadis kecil itu ketawa sambil melarikan diri daripada ibunya. Dia tak sedar taehyung berada di hadapannya lalu melanggar tubuh taehyung sampai dia terjatuh terduduk. Taehyung terkejut lalu meletakkan gelas wine itu di atas meja dan melihat keadaan gadis kecil itu.

"Sakit"

Dia mengosok dahinya yang sakit. Segera taehyung menunduk. "Maafkan uncle ya. Uncle tak nampak kamu lari tadi" gadis kecil itu mula mendongak lalu tersenyum manis. Taehyung terkedu. Dia kenal sekali gadis kecil ini.

"Byul..?"

Gadis kecil itu mula bangun. Mata taehyung tidak lepas memandangnya. Air matanya mengalir tanpa dia sedar. Mata gadis kecil itu terkebil kebil melihat orang di hadapannya menangis.

Tangan kecil itu mula menyentuh wajah taehyung lalu mengesat air mata taehyung.

"Uljima"

Kata gadis kecil itu sambil tersenyum manis.

"Byul!! dekat sini kamu rupanya! puas omma cari kamu!"

Semua orang melihat ke arah mereka bertiga. Jihyun yang melihat gadis kecil itu terkejut. Dia menghampiri gadis itu.

"Aunty jihyun!!"

Jihyun memeluk erat tubuh byul. Byul tak pernah berubah. Wajahnya sama dan suara comelnya tetap sama.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now