Byul mengeliat malas. Matanya terbuka sedikit. Dia mula bangun dan memandang sekeliling. Di sebelahnya kosong. Taehyung mungkin telah pergi.Selimut ditarik menutupi tubuhnya tanpa seurat benang pun. Baru dia ingin turun tiba-tiba pintu bilik dibuka. Kelihatan taehyung membawa satu gelas berisi susu buat byul.
Taehyung nampak mengoda dengan memakai seluar sukan puma sahaja. Tidak berbaju membuatkan byul malu. Badan taehyung makin sasa dulu tiada pun macam ni.
"Dah bangun rupanya awak"
Byul tersengih kecil. Selimut dipegang erat takut terjatuh. Taehyung menghampirinya lalu duduk. "nah minum dulu" byul mengangguk lalu mengambil gelas itu dan meminumnya.
Taehyung suka menatapnya dengan lama. Dia melihat banyak kesan hickey keungguan dan kemerahan di bahu byul sehingga sekitar leher byul. Semestinya itu kerja dia semalam dan dia suka menanda byul menjadi miliknya.
"kenapa pandang saya macam tu?"
"Kenapa tak boleh pandang isteri sendiri hurm?" hidung mereka berdua mula bersentuhan. Byul tahu taehyung ingin menciumnya sekali lagi. Segera dia bangun dan membawa selimut itu sekali dengannya.
"Tae awak ada belikan baju untuk saya?" tanya byul sebelum pergi ke arah bilik mandi.
"Ada banyak"
Byul perasan mata nakal taehyung memerhati tubuhnya atas bawah. Bibir keringnya dijilatnya sekilas. Byul geram.
"Jaga mata awak tae! awak ingat saya tak nampak!" marah byul dan taehyung ketawa kecil. Comel bila byul menegurnya. Dia bangun lalu mendekati byul.
"Jangan datang dekat! byuntae!!"
Selimut yang panjang itu sekali sahaja taehyung menarik lalu byul masuk ke dalam pelukannya. Belakang polos tanpa baju isterinya itu diusap lembut.
"Kita mandi sama-sama and kita boleh sambung aktiviti semalam" bisiknya. Byul takkan mengalah. Perangai taehyung makin menjadi jadi dari semalam.
"Tak nak! awak dah mandi kan!" byul ingin melangkah pergi tetapi tubuhnya diangkat oleh taehyung. Bibir dicium lembut dan byul terkedu dengan tindakan taehyung.
"Tahu pun senyap" Dia mula mengorak langkah ke arah bilik mandi. Byul mula sedar.
"Yah!! saya tak nak mandi dengan awak tae!!"
"Tapi saya nak sayang"
"Yah!!"
💜💜💜Byul mula turun dari bilik. Dia melihat taehyung sedang menyiapkan sarapan buat mereka berdua.
"Tae boleh tak kita ajak yang lain buat barbeque dekat sini maksud saya malam nanti"
"Tak boleh"
Byul mencebik. "Kenapa tak boleh? rumah awak kan besar. Lagi pun saya nak ajak mereka datang sini. Boleh luangkan masa dengan kita berdua kan seronok!" pujuknya.
Taehyung melihat mata byul penuh berharap agar dia bersetuju.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfic"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...