95💜(S2)

2.3K 300 136
                                    



"Taehwan kau tahu malam ni kan?" tanya tuan lee. Keluhan disembunyikan dan taehwan tersenyum nipis.

"Tahu"

"Bagus dan target kau cuma taehyung ingat tu. Alihkan pandangan dia. Senang aku nak buat kerja aku. Yang lain biar aku uruskan. Pasal byul jangan risau" ditepuknya pelan bahu taehwan.

Melihat tuan lee telah pergi. Dia mula mengeluh. Tak tahu kenapa dengan dirinya. Masih buntu dengan apa yang difikirnya.

Dua orang pengikut tuan lee mula menghampirinya. "Apa yang tuan suruh kami semua dah buat semuanya. Mereka semua takkan melepaskan diri dari kediaman ini dengan mudah" tuan lee tersenyum lebar.

"Bagus! baik lah kamu boleh pergi. Bersedia apa yang patut. Aku tak sabar nak mandi darah malam ni. Biarkan mereka semua masuk dulu. Aku ada benda nak beritahu sebelum majlis bermula" mereka berdua mengangguk.

Bibirnya mengukir senyuman menyeringai. Ya dia tak sabar.

💜💜💜

Angka jam menunjukkan pukul 8:30 malam. Sehun dengan kai memastikan ramai yang akan bergabung dengan mereka semua. Tuan kim juga memangil rakan sekutunya untuk menolong mereka semua.

"50 orang?"

Namjoon mengangguk. "Aku rasa cukup sebab pengikut dia pun tiada lah ramai setanding dengan kita semua. Aku harap semua orang akan selamat" jin berharap sebegitu.

"Nak ikut aunty irene"

"Tak boleh sayang. Bahaya, kamu tinggal sini dengan halmeoni kim dengan puan kim okay?" dia mengusap rambut jeongguk dengan lembut. Anak-anak kecil dijaga oleh nenek kim bersama puan kim.

Mereka semua dihantar ke tempat yang selamat. Tak selamat jika berada di rumah agam tersebut. "Kamu berdua boleh tinggal kalau nak" kata byul. Dia takut taewon dengan taesa cedera.

"Omma jangan risau. Kami berdua dah dilatih dengan baik omma. Omma yang kena jaga diri" taesa dengan taewon mula memeluk tubuh byul. Tak sangka masa sudah berlalu dengan pantas. Anak kembarnya itu membesar dengan baik. Lagi tinggi daripada dia. Dia lega.

Irene melihat barang-barang penting di dalam beg nya buat kali terakhir. Dia akan memainkan peranan yang penting. Belle dan bella juga akan menolong dia. Kerana hanya mereka bertiga ahli sihir di situ.

"Tae.."

Panggil byul. Taehyung perasan hal itu lalu meminta diri keluar dari bilik itu.

"Ya sayang kenapa?"

"Saya ganggu awak dengan mereka ke?"

Taehyung mengeleng kecil. Pinggang suaminya itu dipeluknya erat. Terkejut taehyung dibuatnya. Dia tersenyum lebar dan membalasnya semula.

"Kenapa ni?"

Byul mendongak tersengih kecil.

"Saje nak peluk awak! rindu"

Bibir suaminya itu dikucupnya sekilas. Taehyung pula membalasnya dengan geram. Hampir seluruh muka byul menjadi mangsa ciumannya.

"Taehyung!"

"Lain kali jangan usik saya macam tu!" byul ketawa kecil.

"Apa-apa pun terjadi saya tetap cintakan awak taehyung" dia rasa selesa dan hangat dalam pelukan suaminya itu.

"Ya sayang saya pun sama"

💜💜💜

"Baik lah kita semua boleh bergerak sekarang!"

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now