75♤

3.8K 440 51
                                    

Taehyung mengusap perlahan rambut byul dengan lembut untuk menenangkan isterinya. Kepala byul disandarkan pada dada taehyung dan byul hanya diam untuk tenangkan dirinya. Sekali sekala taehyung melirik juga wajah byul.

Matanya bengkak sedikit kerana menangis. Mereka berdua duduk di satu taman iaitu dekat belakang rumah taehyung sahaja. "awak okay tak sayang"tegur taehyung bila dapat tahu isterinya mula bertenang. Byul hanya mengangguk.

"apa yang berlaku mesti ada hikmah sayang. Bukan saya nak sokong tindakan eunwoo tapi sayang dia buat ni demi keselamatan awak. Tanpa eunwoo mungkin awak tak selamat dan masa tu awak tengah mengandung"ujar taehyung tenang.

"saya dapat rasa yang eunwoo terdesak. Saya yakin aunty jihyun akan setuju dengan apa yang eunwoo buat. Awak boleh ambil masa awak nak maafkan dia sayang. Saya boleh nampak yang anna dan eunwoo betul-betul ambil berat pasal awak".

"Mereka berdua juga jaga awak masa awak mengandung dan yang sebenarnya itu tanggungjawab saya. Saya tahu awak terluka tapi fikirlah apa kebaikan yang mereka berdua pernah buat pada awak. Saya terhutang budi sebab mereka berdua jaga awak dengan baik sayang".

Nasihat taehyung tadi membuatkan byul sedar dan dia mungkin perlu berfikir lagi sekali. Tapi buat masa sekarang dia nak biarkan dulu. "mari kita bangun. Yang lain tengah tunggu kita"byul mengangguk lalu bangun. Sebelum itu taehyung menyentuh lembut wajah byul.

"tengok mata awak bengkak sayang.."kata taehyung risau. "lama-lamananti hilang. Awak jangan risau"sengihnya. "lepasni jangan nak nangis macam tu lagi nanti tak cantik isteri saya pula"terus byul menampar perlahan dada taehyung buatkan taehyung ketawa kecil.

"sakitlah sayang"taehyung buat-buat sakit dan itu buatkan byul menyampah. Manja nampaknya ya?. Terus byul berjalan meninggalkan taehyung di situ kerana malas melayan kerenah manja taehyung. "byul!! tunggu lah!!"jerit taehyung lalu mengejar langkah isterinya itu.

🌼🌼🌼

"Baekhyun terima kasih sebab sanggup datang untuk tolong kami semua"namjoon mula berjabat tangan dengannya. "tiada masalah lah namjoon. Keluarga taehyung kan macam keluarga aku juga"balas baekhyun semula dan memandang ke arah taehyung dan juga byul.

Taehyung pula melihat tak suka kerana takut baekhyun masih lagi mempunyai perasaan pada isterinya padahal dia tak tahu yang baekhyun dah kahwin dan mempunyai anak seorang. Baekhyun menghampiri mereka berdua. "asal aku tak nampak dah kau dekat kedai bunga byul?"tegur baekhyun dan itu buatkan taehyung tak suka.

Ditariknya pinggang byul supaya rapat dengannya dan itu buatkan byul ketawa kecil. "aku ambil cuti dan kau tahu kan aunty jihyun kena culik. Keadaan Byungjae macam mana? dah sihat dah?"tanya byul risau akan keadaan satu satunya anak lelaki baekhyun yang mula demam sejak kebelakangan ni.

"siapa byungjae?"tanya taehyung. "dia anak aku lah taehyung"taehyung tergamam lalu memandang wajah isterinya itu. "baekhyun dah kahwin dah. Awak jangan risau sebab dia takkan ngorat saya lagi. Baekhyun setia dengan song jihee. Ingat jihee tak?"dengan perlahan taehyung melepaskan pinggang isterinya itu dan hal itu mengundang ketawa besar baekhyun dan juga byul.

"aku dapat rasa ada seseorang yang berada dekat sekitar rumah taehyung ni. Bau dia lain. Ada dua orang"terus semua orang diam bila namjoon memberitahu hal tersebut dan itu buatkan baekhyun tersenyum lebar.

"jangan risau semua. Tu kawan baik aku dua orang. Boleh aku jemput mereka berdua masuk?"tanya baekhyun dan jin mengangguk. Dalam sekelip mata dua orang namja itu muncul dan berdiri di belakang baekhyun. Mereka berdua juga agak tinggi sama macam namjoon.

"kenalkan ni Oh sehun dan Kim jong in. Boleh panggil sehun dan kai"ujar baekhyun secara ringkas. Namjoon dan jin sebagai wakil berjabat tangan dengan mereka berdua. "terima kasih sebab sudi datang dan tolong" namjoon tersenyum lebar.

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now