"Hyung!?!"jungkook berlari ke arah mereka berdua yang baru sampai. Dia terkejut melihat suga dan jhope cedera teruk. "apa yang dah jadi ni hyung?!!"jungkook mula risau. Mereka berdua mengerang kesakitan.
"Jin hyung!!"jerit jungkook dengan kuat. "asal jerit-jerit ni?! suga! jhope!"segera dia lari ke arah mereka dan memeriksa keadaan mereka. "jungkook jom angkat mereka ke ruang tamu"jungkook mengangguk.
Jimin,byul dan namjoon terus bangun dari sofa bila melihat keadaan jhope dan suga. "apa yang dah jadi ni?!"tanya jimin sambil memandang kedua duanya. "namjoon kau ambil cecair warna biru dan hitam label 334 dekat bilik kesihatan"arah jin.
Dengan pantas namjoon mengambilnya dan membawa seberapa banyak yang mungkin. Byul hanya diam dan memerhati mereka dengan gelisah. Namjoon menyerahkan cecair tersebut pada jin.
"Aku harap korang berdua boleh bertahan. Memang akan sakit tapi ni je cara untuk pulih kan keadaan korang"segera jin mencampurkan kedua dua cecair tersebut dan memberi suga dan jhope minum.
"ahhh!!!"mereka berdua menjerit kesakitan. "biarkan mereka dahulu"bts dan byul menjauhi suga dan jhope buat sementara waktu. Mereka berasa kesian melihat suga dan jhope menjerit kesakitan kerana cecair tersebut sudah bertindak balas.
Selepas 20 minit yang berlalu keadaan mereka berdua mula membaik cuma mereka perlukan rehat yang secukupnya. "suga boleh kau ceritakan apa yang dah jadi?"tanya jin. Jhope pula tidur kerana kecederaan dia lagi teruk daripada suga.
"Taehyung betul-betul dah awake. Dia dah ada pengikut sekarang ni"byul mendengarnya hanya menekup mulutnya. "habis tu macam mana dengan tuan kim dan yang lain?!"tanya byul risau. "aku nampak mereka semua kena kurung dalam satu tempat dan puak black werewolf jadi hamba taehyung".
"Hyung macam mana ni?"tanya jimin memandang jin. "liontin kuning tu dah lah dekat rumah agam tu"tambah namjoon. "kita kena selamatkan aunty ji dan yang lain!" Jin mula mengeluh. "byul kau sedar tak tindakan kau tu merbahaya?! taehyung bukan orang yang sama lagi?!".
"Tapi sampai bila mereka kena berada dekat sana jin?! aku risau kau tahu tak?!"byul mula sebak. Mereka semua hanya berdiam diri. Jin mula berfikir dengan mendalam.
"aku tak pasti kalau rancangan yang aku cadang ni akan berjalan dengan baik"jin menarik nafasnya. "aku,byul dan jungkook akan teleportasi ke rumah taehyung secara tersembunyi dan cari yang lain lepastu selamatkan mereka. Kita terpaksa tinggal dekat sini bersama yang lain. Tempat ni je yang selamat"terang jin satu persatu.
"Habis tu liontin kuning tu macam mana?"tanya jungkook pula. "nampaknya kita terpaksa lupakan niat tu jungkook. Hanya taehyung sahaja yang tahu sebab dia yang simpan"mereka semua pasrah.
"Jom mula selamat kan mereka. Jimin dan namjoon jaga suga dengan jhope"jimin mengangguk. "hati-hati tau!"namjoon risau kalau mereka bertiga kena tangkap.
Jin meleparkan bola tersebut ke lantai lalu mereka bertiga teleportasi ke rumah agam taehyung.
🌼🌼🌼
"Saya risau dengan keadaan byul" luah jihyun. "saya yakin byul dalam keadaan baik. Lagipun dia dengan bts" puan kim cuba menenangkan jihyun.
Mereka semua dikurung di dalam bilik yang besar dan mewah kerana taehyung yang suruh. Walaupun taehyung mengurung mereka semua tetapi dia masih hormat keluarganya dan melawat mereka setiap hari.
"Kita ada dekat mana ni?"tanya jin pada byul. "ni bilik lukisan"balas byul. Perlahan lahan jungkook membuka pintu tersebut. Dia melihat tiada orang diluar.
Mereka bertiga keluar dengan senyap sambil merangkak. Jungkook melihat dari atas yang nct127 menjadi orang suruhan pada taehyung. "kook mari sini jangan ikut sana!"bisik jin lalu membesarkan matanya.
Jungkook hanya mengikut. Tanpa jungkook sedar ada seseorang perasan kehadirannya di situ. Dia tersenyum sinis lalu memberitahu taehyung dengan segera. "nampaknya ada orang ceroboh kawasan aku"segera taehyung lesap.
Dia tahu mereka semua mesti nak selamatkan keluarganya. Byul membuka pintu. "aunty ji!" jihyun melihat perkara tersebut lalu berlari ke arah byul lalu memeluk byul dengan erat. "kenapa kamu datang sini! byul!?"terus jungkook meleparkan bola tersebut ke lantai.
Teleportasi mula terbentuk. "mari semua masuk! kita tiada masa!"ujar jin. Tiba-tiba seorang lelaki muncul di hadapan mereka. "kalau nak lari cuba lepasi aku dulu!"joe tersenyum senget. Jungkook mula menyerangnya. Puan kim dan nenek kim pergi terlebih dahulu kerana disuruh oleh byul.
"Aunty ji kena pergi masuk dulu! byul kena tolong jin dan jungkook" jihyun menggelengkan kepalanya. "Aunty nak byul ikut aunty"dia takut kehilangan byul. "jangan risau aunty ji. Byul janji yang byul akan kembali"jihyun mengalah lalu masuk dahulu.
Jin bertarung dengan hajoo dan wojin. Baru byul hendak menolong rambutnya ditarik oleh bella. Belle pula mencekiknya dan menamparnya. Liontin biru byul mula bertindak dan mengeluarkan cahaya biru dengan terang. Mereka berdua menjerit kesakitan dan mula melepaskan byul.
Byul terbatuk lalu memegang lehernya yang perit itu tak lupa juga perutnya juga mungkin lembam disebabkan perbuatan dua kembar tadi. Byul menyerang joe dari belakang. Joe yang berasa kesakitan lalu hilangkan diri.
"Kook kau boleh lari dulu!" jungkook dengan kaki terhinjut hinjut mula masuk. "arh!! taehyung ni aku jin!!!" jin cuba lepaskan diri dalam genggaman taehyung. Taehyung hanya mengawal jin menggunakan kuasanya.
"Aku tahu kau jin!"muka jin mula kemerahan."taehyung aku ni kawan kau!! arh!!"taehyung tersenyum sinis. "kalau kau kawan aku! kau takkan tikam belakang aku!! haahahah" byul tergamam melihat perkara tersebut.
Taehyung betul-betul lain sekarang. "Taehyung saya merayu lepaskan jin!! saya merayu sangat-sangat. Saya janji akan buat apa yang awak suruh" byul mula melutut dan mengosok kedua dua tangannya.
Terus taehyung melepaskan jin. Byul lari ke arah jin. "jin dengar cakap aku. Kau kena lari dari sini. Biar aku cari liontin kuning tu. Aku janji akan kembali. Aku ada rantai liontin biru ni dekat aku. Pesan dekat aunty ji aku sayangkan dia"kata byul buat kali terakhir. Jin hanya mengangguk perlahan lalu pergi.
Tinggal lah byul berseorangan di situ bersama dengan taehyung. Byul gagahkan diri menghampiri taehyung dan melutut di hadapannya. Keadaan byul mula lemah. Dia cedera disebabkan perbuatan dua kembar tadi.
"Saya janji akan buat apa yang awak suruh walaupun awak mungkin tak ingat saya"kata byul dengan nada lemah. Taehyung hanya melihatnya. Tak lama kemudian byul jatuh pengsan dan segera taehyung menyambutnya.
Taehyung mula menyelitkan rambut byul ke belakang. Dia nampak kesan merah dan lebam di leher byul tak lupa juga hujung bibir byul berdarah sedikit. Dia mengusapnya dengan lembut. Dia menatap byul dengan lembut.
"Kim byul akhirnnya awak kembali kepada saya sayang" dia mengusap wajah byul dengan lembut. Tiba-tiva joe yang baru muncul ingin menyentuh muka byul terus taehyung menepisnya dengan kasar.
Joe terkejut dengan perbuatan taehyung yang agak kasar.Taehyung memandang semua orang dengan tajam. "Dengar sini jangan sesekali sentuh dia! nama dia kim byul! kalau aku dapat tahu salah seorang antara korang sentuh dia atau cuba sakiti dia. Kau mati dekat tangan aku. Faham tak ni!"
Mereka semua mengangguk dengan laju takut dengan renungan mata taehyung dengan tajam.
Taehyung memandang byul lalu tersenyum manis dan mengangkat byul. "Kim byul ni siapa bagi kau alpha?"tanya wojin. Yang lain pun ingin tahu. Taehyung mencium dahi byul dengan lama lalu memandang mereka.
"My beautiful bride and she's mine".
🌼🌼🌼
Jangan lupa vote tau!
Fighting
TBC
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...