62♤

3.5K 475 96
                                    

2 Bulan Kemudian

Anna masuk ke dalam bilik byul dengan membawa dulang makanan iaitu dengan mangkuk yang berisi bubur yang khas dimasaknya untuk byul. Sejak akhir-akhir ini byul kerap muntah dan keadaannya begitu lemah. Kandungannya pula makin membesar.

Kalau bagi manusia kandungan 2 bulan itu agak biasa dan boleh lagi ibu mengandung melakukan aktiviti dengan bebas asalkan tidak melakukan aktiviti kasar. Bagi werewolf pula kandungan 2 bulan itu membesar dengan cepat. Dalam hujung tahun ni juga byul dapat melahirkan bayinya.

"byul mari makan..."ajak anna dan membantu byul untuk berjalan. Anna dan eunwoo begitu risau akan keadaan byul kerana pada awalnya byul adalah manusia biasa jadi susah baginya untuk membiasakan diri apabila dia mengandung seperti wanita werewolf. Eunwoo yang kini bertugas sebagai doktor selalu memeriksa keadaan byul.

Kandungan byul perlu dijaga dengan baik kerana werewolf wanita hanya melahirkan anak hanya satu kali dalam seumur hidup. Dunia werewolf makin bertambah baik dan penduduk mula menolong antara satu sama lain.

Byul yang sudah menghabiskan makanannya lalu menyerahkan mangkuk kosong itu pada anna. Anna menolong byul supaya dirinya dapat bersandar di katil dengan baik. "nak aku bawa kan apa-apa tak?"tanya anna. "tak payah aku dah kenyang"balas byul semula dan mengusap perutnya itu.

"byul kau pasti ke nak hidup tanpa taehyung? dah 2 bulan byul..."anna memegang tangan byul untuk meminta kepastian. "anna jangan sebut nama dia depan aku lagi. Aku tak suka"jeling byul tajam. "tapi byul dah 2 bulan?! kau tahu tak? aku tak faham kenapa kau benci taehyung. Dia dah kembali byul. Semua dah jadi seperti biasa"ujar anna.

"semua dah jadi seperti biasa? boleh ke taehyung pulangkan balik aunty jihyun dekat aku? aku tanya boleh ke bae anna?!!! Kau rasa aku boleh ke tengok muka dia lepas apa dah jadi depan mata aku sendiri bila nampak dia yang punca aunty jihyun meninggal?! beritahu aku anna?!! boleh ke?!!!!"anna tergamam bila byul luahkannya secara emosi.

"aku tak boleh anna. Luka dalam hati aku ni perlukan masa untuk pulih. Aku tahu aku cintakan dia anna tapi sebab dia aku kehilangan orang yang paling penting dalam hidup aku anna. Tolong faham dan beri aku masa. Kalau aku tengok dia semua memori tu muncul balik dalam fikiran aku dan itu buat aku terluka! hati aku sakit anna"tambah byul.

"maaf byul aku tak sengaja. Aku tak berfikir dulu sebelum bercakap. Maafkan aku"anna mula memeluk byul dengan lembut dan menenangkan byul.

🌼🌼🌼

"taehyung dah sedar dan keadaan dia makin pulih. Pergi lah masuk"kata eunwoo kepada suga dan tuan kim. Suga, datuk kim dan tuan kim masuk ke dalam bilik taehyung bersama eunwoo yang ditugaskan untuk merawat taehyung.

"appa! harabeoji! Suga hyung!"tersenyum lebar taehyung dibuatnya apabila melihat ada yang datang melawatnya. Tapi dia pelik kenapa dia hanya melihat suga sahaja dan member bts tiada bersama suga ketika ini. "lega hati harabeoji bila nampak kamu dah sihat taehyung"ditepuknya perlahan bahu taehyung.

"hyung! mana yang lain? kenapa mereka semua tak lawat tae?"tanya taehyung dan itu buatkan suga diam. "hyung kenapa ni?"suga menggelengkan kepalanya. "hyung ada banyak kerja lepas ni. Kamu berehat lah dulu. Hyung pergi dulu"tanpa menjawab pertanyaan taehyung lalu suga bergegas keluar dari bilik itu.

Apabila pintu ditutup dengan rapat lalu suga menyandar dan dia mula terduduk. Kepalanya ditundukkan. "mianhae taehyung. Aku tak boleh beritahu kau. Aku takut kau salahkan diri kau. Aku tak tahu kenapa kita semua jadi macam ni"suga mula menangis dalam diam apabila dia mula teringat keadaan setiap ahli bts yang lain.

"aku perlu buat apa supaya kita semua jadi macam dulu. aku rindu bangtan" suga rasa terseksa dan ada sebab dia tidak memberitahu taehyung.

Suga mula bangun dan mengesat air matanya dengan kasar. Tiba-tiba eunwoo keluar dari bilik taehyung dalam keadaan tergesa gesa. Suga melihat perkara itu lalu bertanya
"kenapa ni eunwoo?!".

"namjoon?!! cepat ikut aku!!"terbeliak mata suga apabila tahu sesuatu terjadi pada namjoon. Mereka berdua sampai ke bilik namjoon lalu masuk. Eunwoo menghela nafasnya lega apabila jururawat memaklumkannya jantung namjoon mula berdenyut lagi.

"berapa lama denyutan jantung dia tak berfungi?"tanya eunwoo pada jururawat. "hampir 15 minit doktor"mendengar hal itu membuatkan suga hampir pitam lalu menghampiri namjoon yang masih lagi koma.

"pabo!! kau werewolf namjoon?!! kau bukan manusia?!! patutnya kau dah sedar dah lama!!!! ke kau sengaja nak takutkan aku!!! tolong namjoon aku merayu jangan buat macam tu lagi!! aku tahu kau kuat!!! kalau aku tahu kau dah tiada! aku sendiri akan bunuh kau nanti?!! kau dengar tak?!!"suga cuba menenangkan emosinya apabila eunwoo menyuruhnya untuk bersabar.

Namjoon keadaan dia begitu parah ketika eunwoo bersama yang lain menyelamatkannya.  Tiada penawar untuk namjoon setakat ini dan eunwoo baru tahu pisau lipat yang digunakan oleh wojin masa menikam namjoon bukan lah pisau lipat biasa tetapi pisau lipat yang berbisa diperbuat daripada gabungan darah ular bisa dan juga besi.

Disebabkan itu membuatkan namjoon koma dan hanya mampu berharap dengan penawar yang dibuat oleh belle dan juga bella walaupun itu bukan penawar sebenar tetapi boleh menghapus bisa itu sedikit demi sedikit dan memerlukan masa untuk sembuh. Mereka berharap namjoon akan sedar. Suga percaya namjoon akan sedar demi mereka semua.

"macam mana keadaan jhope? dia masih takut lagi ke?"eunwoo mengangguk dan suga mengikuti eunwoo dari belakang dan menuju ke bilik jhope. "argh!!! tolong aku?!!!!"terkejut mereka mendengar jeritan nyaring jhope datangnya dari bilik jhope.

"apa yang dah jadi ni?!!!"jerit eunwoo apabila dia dengan suga tiba. "maafkan saya doktor. Saya masuk bilik ni dan dia terus jerit dekat saya. Saya cuma nak hantar makanan tu dekat dia"terang nurse tersebut. Eunwoo mengangguk lalu menyuruh jururawat tersebut keluar.

Suga melihat jhope menyorok di tepi katil. Suga mengeluh lalu menghampiri jhope. "jhope.."panggil suga secara lembut. "jangan bunuh aku!!!!! jebal jangan bunuh aku?!!!! aku tak bersalah"jerit jhope histeria. Terus suga memegang kedua dua belah bahu jhope dan merenung mata jhope. "dengar ni jung hoseok?!!! ni hyung!! suga hyung!! takkan kamu tak kenal?!!".

Jhope mula berhenti menjerit lalu memeluk badan suga dengan erat. "hyung!! kenapa tinggalkan hoseok seorang dekat sini! tadi ada orang nak bunuh hoseok!! aku takut hyung!!!" suga dapat rasa tubuh jhope mengeletar takut. "jangan takut hyung ada dekat sini. Mari kita tidur dulu ye"pujuk suga dengan lembut.

Jhope mengangguk dan belum sampai lima minit jhope akhirnya terlena"aku nak jhope yang dulu hoseok ah.baku yakin kau akan kembali. Kau kena kuat aku ada untuk kau bila-bila masa kau derita. aku janji". Suga kepenatan dan tak lupa juga dia menyelimutkan jhope agar jhope tidak kesejukkan.

Jhope menghadapi trauma yang begitu teruk disebabkan luke. Ilusi yang buruk yang dibuat oleh luke masuk ke dalam memorinya itu bukan lah sebenar tetapi dapat menghantui hidup jhope. Jhope dia sendiri tidak dapat melawan dan tidak berani berhadapan dengen memori buruk tersebut menyebabkan dia pasti hal itu itu nyata dalam dunia sebenar menyebabkan setiap hari dia dalam ketakutkan.

Hanya satu penawar dapat menyembuhkan jhope adalah dirinya sendiri. Suga hampit setiap hari akan melawat jhope dan memberikannya sedikit kekuatan dan kata-kata dorongan buat jhope agar jhope tidak terperangkap dalam dunia imaginasinya yang tidak nyata itu. Apabila hal jhope telah selesai suga mula keluar dari bilik lalu menanyakan keadaan jungkook pada eunwoo.

"keadaan jungkook macam mana? dia dah boleh bergerak ke?"eunwoo menggelengkan kepalanya. "hari ni dia tak nak teruskan terapi dan dia mengamuk tadi. Mungkin kau boleh pujuk dia. Kalau dia tak teruskan terapi ni. Selamanya dia takkan boleh berjalan. Kalau werewolf macam kita ambil masa 2 bulan lebih untuk berjalan. Lainlah manusia ambil masa 2 tahun"suga mengangguk faham dan dia kena memujuk jungkook.

Itulah apa yang dibuat suga setiap hari. Belum lagi dia melihat keadaan jin dan juga jimin hari ini. Dia juga perlu memujuk jungkook yang agak sedikit baran dan keras kepala sejak jungkook sedar dan tahu kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak akan kecederaan yang dialaminya.

Tapi suga tahu lama kelamaan taehyung akan tahu juga dan dia tahu taehyung mungkin tak sedar bahawa byul telah tiada. Dia sendiri tak tahu apa akan jadi kepada taehyung apabila dia sedar byul telah pun tiada. Semua itu dia serahkan pada tuan kim dan datuk kim untuk menceritakan segala-galanya.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now