Lima hari telah berlalu sejak byul betul-betul menjadi werewolf yang sama seperti taehyung. Byul masih lagi tidak sedarkan diri. Taehyung pula mula sibuk dengan kerjanya sebagai alpha. Tapi dia memastikan byul dijaga dengan baik oleh belle dan bella.
Sementara taehyung masih lagi ada urusan di luar yang belum selesai yang mengambil masa seminggu. Tanpa mereka semua sedar. Pagi itu tangan byul mula bergerak sendiri menandakan dia akan sedar sepenuhnya.
Perlahan lahan dia mula membuka matanya. Pandangannya masih kabur lagi dan silau kerana cahaya daripada sinaran waktu pagi. Lama kelamaan penglihatannya mula jelas dan mula melihat sekelilingnya.
Dengan tenaga yang masih ada byul mula bangun dan dia sedar sekarang dia bukan dalam biliknya tetapi dalam bilik taehyung. Tetapi dia dapat rasakan sesuatu yang pelik dengan tubuhnya. Mungkin firasatnya sahaja.
"macam mana aku boleh ada dekat sini?" gumam byul dan mula turun dari katil. Apabila dia memandang ke arah cermin besar milik taehyung. Matanya membesar melihat dirinya yang begitu berbeza. Seolah olah itu bukan dirinya.
"kenapa dengan rambut aku? mata aku?"byul menyentuh lembut rambutnya yang sudah bertukar ke warna blonde sekarang ini. Segera dia menghampiri cermin itu melihat dirinya. Matanya terkebil kebil. Matanya yang bewarna coklat dahulu bertukar menjadi biru cair sama seperti taehyung.
Byul terlalu terkejut dan terduduk. Dia menjerit ketakutan. "ahhh!!!!"jeritnya kuat. Belle dan bella menikmati sarapan pagi berhenti seketika apabila mendengar jeritan kuat dari arah bilik taehyung. "byul?!"segera mereka berdua berlari naik ke atas.
Belle membuka pintu itu dengan kasar. "byul!!"segera byul memeluk erat badan belle. Belle dapat rasa badan byul mengeletar ketakutan. "kenapa ni byul?"tanya bella risau. "apa yang dah jadi dengan aku ni?"tanya byul. Mereka berdua mula memandang antara satu sama lain.
"kita bangun dulu"bella dan belle membawa byul duduk di atas katil. Bella mengelus rambut byul. "Sekarang jujur dengan aku. Apa yang dah jadi sebenarnya?!" byul mula geram. Belle menarik nafasnya terlebih dahulu.
"kau terkena rose of the darkness sebelum ni byul. Semuanya disebabkan jihee. Jadi keadaan kau betul-betul lemah sebab kau manusia byul tak macam kitorang semua" terang belle satu persatu. "habis tu macam mana aku boleh berubah macam ni sekali?".
"untuk sembuhkan kau byul. Kau kena bersatu dengan alpha dan kau kena jadi werewolf sama macam alpha. Alpha terpaksa buat semua itu byul sebab alpha tak sanggup kehilangan kau. Jadi sekarang kau dah kahwin dengan alpha dan sah menjadi isteri kepada alpha. Sesiapa yang jadi isteri kepada alpha boleh menyebabkan fizikal dirinya berubah terutamanya pada rambut ataupun mata akan serta merta ikut penampilan diri alpha".
"tengok sekarang rambut dan mata kau sama macam alpha. Supaya ramai orang tahu kau ni isteri alpha. Bila-bila masa alpha boleh ubah dirinya begitu juga dengan kau byul. Kau kena biasakan diri dengan perubahan macam ni" terang belle panjang lebar lalu melihat reaksi byul. Byul tidak berkata apa-apa sebaliknya dia memilih tidak bersuara.
"kau okay tak ni byul?"tanya bella risau. Byul mengangguk perlahan. Dia menyentuh rantai liontin biru dan kuning berada di lehernya. Dia mula memandang serius pada belle dan juga bella. "sekarang bantu aku larikan diri daripada sini"belle dan bella tergamam.
"byul tak boleh ke kau tinggal dekat sini?. Aku dengan belle dah tiada perasaan suka lagi pada alpha. Aku yakin alpha akan jaga kau dengan baik. Lagipun kau isteri dia"ujar bella lembut dan belle pun menyetujuinya. "aku kena pergi ni demi kebaikan semua orang. Tolong bantu aku"rayu byul.
Belle dan bella teragak agak. Fikirkan apa yang jadi pada jihee hari tu buatkan mereka takut pada alpha. "tapi byul kenapa? tak boleh ke kau terus terang dengan kami berdua?"belle ingin tahu kenapa byul terdesak untuk pergi dari sini.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...