Awal pagi byul sudah bersiap dan mula keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan buat mereka berdua. Taehyung pula masih tidur tanpa dia sedar dia memeluk bantal bukannya isterinya. Byul sendiri menggantikan hal tersebut.
Dia kenal sikap taehyung yang tak suka bila dirinya bangun tanpa pengetahuannya. Byul ketawa kecil lalu pantas tangannya mengeluarkan bahan untuk memasak. Manakala taehyung baru sahaja membuka matanya. "sayang?"dia melemparkan bantal itu ke bawah.
Dia mula bangun dan mencari isterinya. Dia lega byul ada di dapur awal pagi. Ingatkan byul dah lari meninggalkannya dan buatkan dirinya takut. Dengan rambut yang berserabut dan masih mamai taehyung mula menghampiri byul. Terkejut byul dibuatnya apabila seseorang memeluknya daripada belakang.
"lain kali bangun jangan lah seorang. Ajak lah saya sekali. Awak tahu tak saya sunyi sorang tidur dalam bilik tanpa awak"adunya manja lalu membenamkan muka nya pada leher byul lalu menghidu aroma wangi isterinya itu. "taehyung!! pergi lah mandi dulu"byul cuba menarik tangan taehyung supaya berhenti memeluknya.
"tak nak"protes taehyung lalu mengelengkan kepalanya. "ingat comel lah buat mulut macam tu?"taehyung hanya mengangguk lalu mengucup beberapa kali wajah isterinya itu sampai byul pun naik rimas. Dari semalam lagi taehyung berkepit dengannya. Nak pergi tandas pun dia nak ikut. Byul pun penat melayan karenah manja taehyung.
"awak pergi mandi dulu nanti kita sarapan sama-sama okay?"pujuk byul lembut. "teman saya mandi boleh?"terus byul memukul kuat lengan taehyung. "jangan nak mengada boleh. Pergi mandi cepat!"byul menolak sedikit badan taehyung tapi masih juga taehyung tak gerakkan badannya sampai penat byul dibuatnya.
"taehyung jangan lah macam ni"geram byul dibuatnya. Tiba-tiba taehyung tersenyum nakal. Terus dia mengangkat tubuh isterinya. "yah!! apa awak buat ni!!"melebar mata byul dan dengan cepat tangannya merangkul leher taehyung. Takut dirinya akan jatuh.
"jom kita pergi bilik mandi sayang.."ujar taehyung lalu mengenyitkan matanya. Byul mengangga lalu memberontak. "yah!! turunkan saya kim taehyung!! Saya dah mandi!! kim taehyung!!"jerit byul kuat dan taehyung hanya mengabaikannya.
Yeontan yang melihat pasangan suami isteri itu hanya mengerakkan kepalanya ke kanan apabila suami isteri itu mula menjauh meninggalkannya. "woof! woof!"yeontan mula mengigit mainannya dan mula bermain keseorangan sementara menunggu suami isteri itu selesai mandi.
🌼🌼🌼
"hyung! kau lah ketuk!"bisik jungkook dan menolak tubuh jimin ke depan. "ish kau ni!"jimin mula menarik nafasnya dan tangannya mula angkat dan perlahan mengetuk pintu bilik suga. "siapa tu?"balas suga semula.
"chim dengan kook lah hyung!! boleh tak kitorang masuk?"tanya jimin lembut. "masuk lah"dengan perlahan jimin memulas tombol pintu tersebut dan masuk ke dalam bilik suga. Mereka berdua melihat suga bermain gitar. "hmm ada apa?"suga meletakkan gitarnya ke tepi lalu memandang jimin dengan jungkook yang berdiri di hadapannya.
"kau lah cakap kook! tadi aku dah"bisik jimin lalu menyiku perlahan pinggang jungkook. "kitorang nak minta maaf pasal tadi. Kook dengan chim hyung main-main je tadi"ujar jungkook lalu kepalanya ditunduk. Jimin mengangguk.
"hyung ada buat lagu untuk kamu berdua. Tapi tak tahu lah bagus ke tak"terus kepala mereka berdua terangkat dan tersengih lebar. "nak dengar!"terus jimin dengan jungkook menuju ke studio miliknya. Suga hanya menggelengkan kepalanya. "kamu berdua ni alahai. Kalau ye pun tunggu lah aku sekali pergi".
Suga sedar kesalahannya. Sebelum jimin dengan jungkook masuk ke dalam biliknya. namjoon telah jumpa dengannya menerangkan tentang salah fahamnya. "kesian dua ekor tu aku kerjakan tanpa aku siasat dulu. Hyung pun sayang kamu berdua juga"tanpa membuang masa suga pergi ke studio. Dia tahu jimin dengan jungkook menunggunya.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...