Byul mengeluh macam mana nak memikirkan hal menjadi isteri alpha. Dia tak tahu pula syaratnya perlu macam ni. Dia sendiri pun pening. Semalam ingatkan taehyung balik rupanya dia ada urusan dekat luar.
Takkan dia minta terus dekat taehyung yang dia nak kahwin? fikirkan hal itu amat memalukan baginya. Dia mula mengusutkan rambutnya sebab geram. "dah lah aku sorang kena buat semua kerja".
Tiba-tiba pintunya diketuk. "sekejap!"laung byul lalu berlari ke arah pintu dan membukanya. "cik byul, Tuan alpha panggil cik untuk turun bersarapan bersama dengan dia"ujar pembantu tersebut. "bila dia balik?"tanya byul.
"malam semalam"byul mengangguk. "beritahu dia tunggu saya sekejap"byul menutup kembali pintu tersebut dan menukar baju yang lebih sesuai. "nak sarapan pun kena teman ish" rungut byul.
Manakala jihee menatap dirinya di cermin memastikan dia cantik dan kemas. Dia mula fikirkan gadis bernama byul semalam semasa mereka berdua berkenalan. Dia pelik kenapa semua orang layan byul dengan hormat dan istimewa sedangkan dia hanya manusia yang lemah.
Jelas jihee tidak menyukai byul. Dia juga ingin tahu kenapa taehyung membenarkan manusia seperti byul tinggal di rumah agamnya. Baginya byul langsung tak sesuai dengan taehyung. Dia dapat merasakan byul merupakan saingannya untuk mendapatkan taehyung.
Walaupun dia tak pernah tengok taehyung dengan byul. Dia yakin taehyung lebih berminat terhadapnya. "manusia lemah! aku akan pastikan kau kena halau dari rumah ni!" jihee tersenyum sinis.
Kali terakhir dia melihat dirinya yang berdandan cantik untuk taehyung. Dia yakin taehyung akan jatuh dalam pesonanya. Dia mula keluar dari biliknya menuju ke meja makan untuk bersarapan.
Jihee tersenyum melihat taehyung. Menakala taehyung masih lagi menunggu byul untuk turun.
Baru jihee hendak menuju ke arah taehyung tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. Jihee melihat orang tersebut ialah hajoo. "awak nak apa lagi?"tanya jihee sambil membuat muka tidak puas hati.
"kau tak boleh pergi meja sana wahai pembantu alpha. Tempat kau dengan kami dekat sini bersama dengan team alpha. Awak tak boleh pergi duduk sana sebab meja itu bukan untuk kau faham?"ujar hajoo lalu melepaskan pegangannya. Makin hari makin dia menyampah dengan perangai jihee tak sedar diri.
Harap muka sahaja lawa tapi hati busuk. Joe dan luke yang baru sampai mengambil tempat duduk untuk bersarapan. Joe melihat jihee yang masih lagi berdiri menatap taehyung di meja tidak jauh daripada mereka. "duduk lah jihee. Tolong jangan buat hal. Nanti kau juga yang malu"jihee akur lalu duduk di sebelah joe.
Taehyung tersenyum manis bila byul akhirnya turun. Segera dia menjemput byul untuk makan. "mari kita duduk. Awak nak makan apa?"tanya taehyung lembut dan tangannya mengelus lembut pipi byul. "saya dah awal lagi sarapan taehyung. Tak mengapa lah saya teman awak makan okay?"
Taehyung mencebik. "awak tak tunggu saya pun"byul ketawa kecil. "mana lah saya tahu awak balik malam semalam"balas byul sambil menyapu jem strawberry pada roti untuk taehyung.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...