36♤

4.7K 554 59
                                    

Suasana di dalam rumah agam taehyung begitu tegang. Tiada seorang pun berani bersuara apabila taehyung berkata sebegitu. Mereka semua gerun melihat aura taehyung mula keluar. Hajoo,wojin dan luke mengundur satu langkah sebagai langkah berjaga jaga.

Hanya seorang yang berani merenung taehyung dengan tajam iaitu byul sendiri. Byul pun takkan teragak-agak menyerang taehyung apabila taehyung cuba sakiti kawan-kawannya demi dirinya. Dia terpaksa lawan taehyung juga.

"kita nak buat apa sekarang hyung? habislah kita nanti"bisik jimin perlahan kepada bts dan yang lain. "hajoo! wojin! kuke! serang mereka semua kecuali byul"dengan nada tegas dan dingin taehyung mengeluarkan arahannya.

"baik alpha!"baru mereka bertiga melangkah ke hadapan tiba-tiba ada satu kuasa yang kuat hampir-hampir terkena ke arah mereka bertiga. Kuat gegaran tersebut. Mereka bertiga terkejut bila tahu ini semua angkara byul. "byul..."belle dan bella tergamam dan tak sangka kuasa byul begitu kuat juga.

"jangan sentuh kawan-kawan saya!"lantang sekali byul bersuara dan matanya memandang tepat ke arah taehyung. Taehyung tersenyum sinis dan keningnya terangkat. "jangan nak buat kerja bodoh kim byul?!"tengkingnya. "ikut saya sekarang kim byul! kalau awak tak nak kawan-kawan awak semua mati nanti?!".

Byul memegang erat liontin birunya. Eunwoo melihat perkara tersebut tahu byul sedang menjalankan tugasnya dan cuba melengahkan masa. "mianhae taehyung. Saya tak boleh ikut awak"taehyung memejam matanya dengan perasaan geram lalu memandang byul semula.

"ikut saya dan saya akan lepaskan mereka semua"taehyung cuba menyakinkan byul. "jangan byul. nanti semua ni akan jadi sia-sia. Aunty ji tunggu kau byul"dengan cepat namjoon memberitahu perkara tersebut. Lagi taehyung geram dengan sesiapa yang menganggu perbicaraannya dan byul.

"maaf tae"dengan nada lembut byul memberitahu taehyung. "kalau macam tu terpaksa lah saya bunuh mereka semua. Awak jangan menyesal kim byul. Serang mereka sekarang!!!"tuding taehyung ke arah mereka. "sekarang byul sekarang!!!!"eunwoo menjerit dan byul mengangguk.

Mereka semua lega bila semua serangan dari team alpha tidak kena terhadap mereka kerana ada satu bulatan seperti bola krystal melindungi mereka semua. Liontin biru milik byul memainkan peranan. Luke, hajoo dan wojin cuba menyerang mereka menggunakan pelbagai kuasa tetapi tetap juga pelindung di buat oleh liontin biru belum lagi terusik. Masih lagi kebal dan kuat.

"alpha! kami dah buat macam-macam tetap juga serangan kami semua langsung tak menjadi. tiada retak pun alpha!"hajoo memberi maklumat yang teliti kepada alpha. Taehyung menjadi benggang. Tiba-tiba satu gegaran kuat terjadi.

Byul bersama yang lain terkejut melihat perubahan taehyung. Sama seperti sebelum ini matanya biru cair dan rambutnya blonde tetapi auranya makin besar. Satu hentakan kuat mengena pada pelindung tersebut. Membesar mata jungkook dan suga melihat perkara tersebut.

"byul kita kena cepat!!! pelindung ni mula retak?!! tae-taehyung makin gila!!!!"jin mula rasa panik dan takut sesuatu yang teruk terjadi pada mereka semua. Byul cuba fokus dan mula memejamkan matanya dan memegang erat liontin birunya. Dia menarik nafasnya dan mula melakukannya lagi sekali.

"liontin biru saya kim byul ingin menggunakan peluang terakhir ini untuk meminta pertolongan awak liontin biru. Saya tahu awak dengar. Tolong kali ini bawa kami semua ke tempat kim jihyun berada sekarang. Tu hajat terakhir saya"liontin biru itu mula menyala sangat terang. Byul lega hal ini menjadi.

"byul!!!! jangan pergi jeball?!!!!"taehyung menumbuk pelindung tersebut dengan kuat. Begitu kuat kuasa taehyung menyebabkan pelindung tersebut meninggalkan kesan retakan. Byul terkejut dan perlahan lahan menghampiri pelindung tersebut dan meletakkan tangannya di situ.

Byul tahu masanya tinggal sedikit lagi sebelum dia pergi. Jadi byul ingin menatap puas wajah taehyung buat kali terakhir. Berusaha dia melihat taehyung cuba memecahkan pelindung tersebut. "sayang saya merayu jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak. Saya merayu sangat"rayu taehyung lembut dan berhenti buat seketika.

Byul tersenyum lebar dan hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya hatinya bila dia terpaksa tinggalkan taehyung sedangkan dia begitu mencintai suaminya itu. Byul mengusap lembut pelindung tersebut. "sayang please saya cintakan awak"air mata taehyung mula mengalir perlahan.

Byul mula rasa sebak dan mula menjauhi pelindung tersebut dan menangis. "mianhae taehyung. Saya terpaksa"byul membelakangi taehyung waktu itu. Byul mula berkumpul bersama yang lain. Byul memandang taehyung buat kali terakhir.

"tak!! tak!!! saya takkan biarkan awak buat saya macam ni!!!"taehyung terus menerus cuba memusnahkan pelindung tersebut yang semakin retak dan ingin roboh. "saya takkan sesekali biar awak pergi?!!!! saya tak benarkan!!!"taehyung makin galak dan team alpha sedaya upaya menolongnya merobohkan pelindung tersebut.

"saranghae kim taehyung..."

Dengan sekali tumbukan kuat dari taehyung dan pelindung tersebut terus musnah. Pada masa tu juga byul dan yang lain lesap. Mereka berjaya pergi. Taehyung tergamam dan mula terduduk.

Fikirannya kosong dan tiba-tiba hatinya berasa sakit teramat. Seperti ikatan dia dengan byul terputus dan mulai sekarang taehyung tidak dapat lagi mencari byul kerana ikatan mereka berdua terlerai. "awak pakai gelang tu ke byul"taehyung memegang dadanya yang sakit itu.

Taehyung mula menangis teresak esak dan meraung. "sanggup awak pakai gelang tu semata mata awak tak nak saya cari awak?!!! awak putus ikatan kita?!!! sampai hati awak byul!!!! ini mesti semua angkara mereka semua kan?!!"luah taehyung geram.

"argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Taehyung geram dan menjerit dengan kuat. Disekelilingnya mula bergegar dan mula roboh. Team alpha mula keluar dari situ dan meninggakan taehyung buat sementara di situ untuk meluahkan segala galanya. Kalau tak mereka bertiga boleh mati dekat situ.

"alpha?!!"jerit mereka bertiga apabila rumah agam taehyung roboh dan benda di sekeliling tersebut hancur dan musnah. Mereka semua menyaksikan dengan perasaan terkejut dan tak sangka. Dalam sekelip mata semua roboh begitu sahaja.

Selepas keadaan mula tenang. Mereka bertiga mula mencari alpha yang mungkin dihempap dengan konkrit yang diperbuat daripada batu bata. "kau rasa alpha hidup ke? aku tak dapat cari dia pun?"hajoo mengetuk kepala wojin kerana berasa geram. "mestilah alpha hidup?! paling teruk pun alpha cedera teruk tu je"

"Luke carilah dengan kitorang. Yang kau berdiri macam tunggul tu kenapa?"tanya wojin. Luke menuding ke arah belakang mereka. Segera mereka berdua berpusing. Taehyung mula bangun dan mengalihkan benda yang menimpanya ke tepi seperti biasa. Tiada kecederaan serius yang berlaku dan hanya ada calar balar di muka dan badannya.

Taehyung menghampiri mereka bertiga dengan riak wajah yang dingin dan tak berperasaan. "aku akan cari byul sampai dapat. Tak kira hujung dunia sekalipun aku tetap akan cari isteri aku balik dan aku musnahkan sesiapa yang cuba halang aku tak kira sesiapa pun"mereka bertiga yang mendengar hal itu berasa gerun.

Mereka tahu taehyung dah begitu berazam dan tekad. Hati taehyung mula gelap disebabkan insiden tersebut. Dia nak semua yang berkaitan dengan byul iaitu keluarga, kawan dan sesiapa pun lenyap dari hidup byul.

Hanya dia seorang sahaja yang layak miliki byul dan tiada sesiapa pun akan merampas byul darinya. Taehyung hanya mahu isterinya kembali kepadanya.

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now