85💜(S2)

2K 282 20
                                    

"maafkan saya taehyung sebab tak percaya kan kamu selama ni. Saya minta maaf" ujar tuan park rasa bersalah. "Tak mengapa tuan park lagipun saya tahu muka saya mirip dengan taehwan tapi tuan park boleh saya tanya sesuatu pasal taehwan?"

Tuan park mengangguk. "taehwan betul-betul anak tuan park ke?" soalan itu membuatkan tuan park diam. Dia tersenyum nipis. "Dia anak angkat saya" balasnya dan baru taehyung faham. "Tak sangka kamu pun dah besar, muka kamu berdua sememangnya amat mirip" berkerut dahi taehyung mendengarnya.

"maksud tuan park?" tuan park hanya tersenyum dan mula bangun. "Baik kamu tinggal dulu dalam rumah ni. Luka kamu belum sembuh sepenuhnya kalau kamu pergi takut jahitan terbuka. Saya tahu kamu betul-betul nak balik tapi fikir dulu keadaan kamu. Saya pun kena cari mana taehwan pergi" taehyung mengeluh lalu memegang pinggang yang terluka itu.

Nampaknya dia terpaksa tinggal di sini lebih lama sikit. "Soyul hantar taehyung pergi bilik dia" soyul mengangguk lalu memapah taehyung menuju ke biliknya.

"Awak berehat lah kalau ada apa-apa boleh call guna telefon tu" tunjuk soyul ke arah telefon di sebelah katil taehyung. "Kenapa kau nak kahwin dengan taehwan sedangkan dia langsung tak cintakan kau?" soal taehyung. Soyul tersenyum nipis. "Sebab saya cintakan dia lah saya nak kahwin dengan dia".

"Tapi soyul banyak lagi lelaki lain dekat luar sana lebih baik dari dia? Nanti kau sendiri tak bahagia hidup dengan dia" taehyung berasa kesiannya dengan soyul. Dia pun pelik kenapa taehwan langsung tidak mencintai gadis ini.

"Saya cintakan dia sangat taehyung. Dari saya kecil lagi saya kenal dia. Kalau awak cintakan seseorang, awak akan buat apa sahaja asalkan dia ada di sisi awak" kata-kata soyul membuatkan taehyung teringatkan byul. Isteri amat dicintainya. Ya dia rindu.

💜💜💜

"Dekat sini rupanya awak, puas saya cari awak" byul terkejut apabila taehwan memeluknya erat dari belakang. Dagunya diletakkan pada bahu byul yang terdedah. Taehwan suka melihat byul mengenakan dress biru cair off shoulder paras lutut. Terlalu cantik baginya.

"cari buku apa hmm?" dia melihat byul tekun mencari satu buku di setiap rak. "buku untuk belle dan bella. Pasal mantera mereka berdua sebab mereka nak buat potion" balasnya dan pergerakan byul agak terganggu bila taehwan tidak melepaskannya.

"awak pergi lah duduk dulu" byul meleraikan pelukan taehwan dan menghadapnya. "Saya tak nak" ditariknya dagu byul ke atas. Dia ingin merasai bibir mungil itu. Baru sahaja dia ingin menciumnya tiba-tiba byul memalingkan mukanya ke tempat lain. "Saya kena pergi dulu" terus byul meninggalkan taehwan di situ.

Taehwan terkedu. Dia mula bersandar lalu memasukkan kedua dua tangannya ke dalam poket seluarnya. Dia akui dia memang kecewa bila byul menolaknya. "Macam ni ke awak layan taehyung?" tekanya dan dia pun tak pasti. Dia mula teringatkan hal tadi. Hampir sahaja. Dia melihat byul sedang duduk sambil menyelak beberapa buku tebal.

Tak bosan dia merenung figura cantik itu membuat kerjanya. "Kenapa dengan kau ni byul?" gumamnya geram tetapi perlahan. Selama mereka berdua tinggal bersama, tak pernah dia menolak ciuman daripada taehyung tetapi kali ini dia merasakan taehyung tu seperti orang lain. Dia rasa bersalah dan mula mengangkat kepalanya dan melihat ke arah taehwan.

 Dia rasa bersalah dan mula mengangkat kepalanya dan melihat ke arah taehwan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now