"Byul mari turun sarapan"
Byul melihat Tuan kim dan Puan kim turut berada di meja makan bersama Jihyun.
"Selamat pagi Aunty! Uncle!"
Lambai Byul ceria lalu duduk bersarapan dengan mereka semua.
"Sayang, anak kita mana?"
"Keluar lah tu dengan kawan-kawan dia rasanya"Jawab Puan Kim atas pertanyaan suaminya itu.
"Nama anak unnie siapa?"
"Kim Taehyung"
Jihyun mengangguk faham. Byul yang selesai makan terus pergi ke ruang tamu.
"Byul pergi lah keluar. Jalan-jalan dekat luar tu. Boleh tengok kawasan dekat sini" Ujar Puan Kim. Byul melihat ke arah Jihyun untuk meminta kebenarannya.
Jihyun mengangguk kecil.
"Jangan pergi jauh sangat!"
"Ya tahu Aunty Jiji"
Byul memakai kasutnya dan berlari kecil lalu keluar dari rumah kayu tu.
"Cantik!" Pujinya melihat keindahan alam semula jadi.
Byul mula berjalan jalan di sekitar situ.
Tiba dia terdengar bunyi serigala menyalak. Bunyi itu dari arah hutan gelap itu yang tidak jauh dari tempatnya. Dia ingin tahu tetatpi dia takut hendak masuk ke dalam hutan gelap itu.
Dengan semangat dan keyakinan diri Byul mula masuk juga ke dalam hutan itu. Dia ingin tengok bagaimana rupa serigala itu secara jauh. Dengan langkah yang berhati-hati dia mula masuk.
Byul mula mengikut arah bunyi itu. Tetapi dia mula sesat sambil melihat sekeliling hutan itu. Dia tahu dia dah sudah pun masuk begitu jauh dan dia begitu menyesal.
Byul mula berpusing ke belakang untuk mencari jalan pulang dan dia terkejut melihat seekor serigala di hadapannya yang tidak jauh daripada pokok tebal tu. Serigala itu merenungnya dengan tajam. Baru pertama kali Byul melihat Golden Werewolf.
Byul baru perasan itu adalah anak serigala kerana tubuh serigala itu agak kecil. Byul dapat tengok kakinya tercedera. Dengan perlahan lahan serigala itu mula menghampiri Byul dan Byul mula mengundurkan dirinya. Dia takut serigala itu akan memakan dirinya.
Tiba-tiba serigala itu jatuh. Kaki dia terluka teruk dan Byul mula rasa simpati. Dia berfikir sama ada hendak tolong ataupun tidak. Dia hanyalah budak kecil yang baru sahaja berusia 10 tahun. Dia mula berfikir bagaimana hendak merawat luka tersebut.
Dengan langkah yang berani Byul mula menghampiri anak serigala itu. Byul mula menunduk dan perlahan-lahan dia menyentuh luka itu.
"Kesiannya awak"
Sebaik sahaja dia menyentuh luka itu rantai liontin biru miliknya mula bersinar dan terangkat perlahan lahan. Liontin biru itu menyalurkan kuasa kepada Byul.
Byul yang menyentuh luka itu terus sembuh begitu sahaja. Byul menyimpan kembali rantai itu ke dalam bajunya. Dia lega keadaan kaki anak serigala sudah sembuh.
"Kaki awak dah sembuhlah!!"
Byul mengusap perlahan lahan kaki serigala itu. Dia pelik kenapa kaki serigala ini perlahan-lahan bertukar kepada kaki manusia.
"Gu-gumawo"
Serigala itu bertukar menjadi menjadi seorang budak lelaki seumuran dengannya. Dia tersenyum ke arah Byul. Byul terkejut lalu menjauhkan diri daripadanya. Lelaki itu tidak mengenakan sebarang pakaian.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Fanfiction"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...