39♤

4.8K 561 121
                                    

"macam mana keadaan harabeoji aunty?" tanya namjoon selaku wakil dari pihak bts. "Harabeoji okay je. Cuma dia sampaikan yang dia murka dengan kamu semua"yang lain hanya tersengih dan mengaru kepala yang tak gatal.

"lain kali kalau nak tunjuk aksi kunyit korang tu berwaspada sikit tak pasal-pasal harabeoji cop korang kunyit nanti. Kalau dia tak puas hati karang dia masukkan kamu semua dalam persatuan kunyit dan serai. Nak tak macam tu?"tegur tuan kim dan terus bts mengelengkan kepala mereka semua.

"ala uncle kitorang bukan kunyit pun. Cuma harabeoji salah faham dan tengok pada masa yang salah"jungkook cuba mempertahankan dirinya dan dia betul-betul lelaki sejati.

"kalau macam tu uncle nak jenguk harabeoji kamu dulu. Pergi lah berehat dulu. Uncle tahu korang penat"Terus Bts dan eunwoo lari ke arah ruang tamu dan melihat aunty jihyun bersama byul, belle, bella dan anna menyediakan air buat mereka semua tak lupa juga kuih muih turut disediakan juga.

"makan lah perlahan lahan jhope. kuih tu takkan habis punya"jihyun yang melihat jhope yang tersedak kerana mulut pun dah penuh. Jhope hanya tersengih malu. "macam ni ke tempat dunia manusia aunty? cantik juga pemandangan dekat sini kan bella?"bella mengangguk setuju pendapat kembarnya itu.

"kalau kamu semua nak tahu. Ni kawasan kampung belum lagi dekat bandar kamu semua belum tengok lagi"tambah jihyun. "bandar? macam dunia werewolf ke?"tanya namjoon yang ingin tahu. "boleh dikatakan sama lah. Ada phone and laptop semua tu sama macam dunia werewolf. Tapi dunia manusia lain sikit sistem pemerintahannya dia bukan sama macam dunia werewolf"terang jihyun panjang lebar.

"Jap!! ni aunty jihyun ke?!!!"terpampang wajah jihyun di majalah kecantikan yang dipegang oleh jin sekarang ni. "cantiknya aunty jihyun dekat sini!!"anna merampas majalah kecantikan tersebut lalu melihatnya bersama byul. Byul pun agak terkejut sedikit.

"sejak bila aunty jiji jadi model barang kecantikan ni?! byul tak tahu pun?"jihyun tergelak kecil. "dah lama dah tapi aunty sekarang tengah berehat dari dunia hiburan". Jungkook mula memandang jihyun dengan perasaan ingin tahu.

"jadi apa yang kami semua kena buat dekat sana nanti?"jihyun tersenyum senget. "cari kerja lah. Apa lagi nak ditunggu?"semua orang terkejut kecuali byul. "kerja? kerja apa yang jungkook kena buat? kook tak tahu lah aunty?"rungut jungkook. "yang tu kemudian sekarang ni macam mana nak hasilkan liontin krystal putih tu?"

Anna menepuk dahinya kerana hampir terlupa niat asal mereka semua berada di sini. "jom semua ikut aku ke satu tempat. Aku dah cari lokasi yang sesuai. Dekat je belakang rumah aunty jihyun"bergegas semua orang menurut apa yang dikata anna sebentar tadi.

Mereka semua masuk ke dalam satu lorong bawah tanah melalui bilik tidur byul. Satu persatu mereka semua masuk dan melihat keadaan bilik itu memang sesuai untuk diletakkan liontin-liontin di dalam kaca.

Tak lupa juga namjoon membawa buku yang dijumpainya bersama ahli bts yang lain sewaktu di perpustakaan pada bulan yang lepas. "sekarang namjoon kau yang kena bagi arahan sebab kau sorang je yang boleh baca buku ni"anna menepuk perlahan bahu namjoon lalu memberi ruang kepada sesiapa yang mempunyai liontin ini untuk bersedia.

"ada kata-kata terakhir tak? sebelum korang semua nak berpisah dengan liontin kesayangan masing-masing"namjoon dapat lihat dengan jelas riaksi muka kawan-kawannya itu. Walaupun sekejap bersama liontin tersebut tapi liontin itu banyak membantu mereka sampai hari ini.

Jhope menarik nafasnya. Dia melihat liontin merah itu sudah pun terangkat sendiri. Dengan muka pasrah dia hanya tersenyum nipis padahal dalam hati sedih sangat. "walaupun sekejap kita bersama tapi kau merah dah macam best buddy aku yang sentiasa jaga aku dan selalu bangunkan aku tidur. Ingat aku selalu tau!! aku relakan kau pergi hua!!!"

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now