70♤

4K 522 38
                                    

"Cepatnya kamu balik byul?"

Byul tersenyum lebar apabila melihat jihae membuka pintu untuknya. Mesti semua orang tertanya tanya kenapa jihae boleh berada di dalam rumah byul? kerana kejadian pada 2 tahun lepas membuatkan jihae melarikan diri daripada minho.

Minho mendera jihae sampaikan seluruh tubuh jihae luka satu badan. Jihae menjadi mangsa amukannya dan jihae tidak tahu kenapa minho sanggup berbuat begitu terhadap dirinya. Semasa dia hendak melarikan diri malam itu dia terserempak dengan byul bersama yuha ketika baru sahaja keluar daripada rumah seseorang mengenai urusan pekerjaan.

Byul menangis melihat keadaan jihae sebegitu kerana dia dapat lihat jihyun yang cedera pada diri jihae jadi byul sanggup menolong dan menyembunyikan jihae daripada minho. Jihae jarang keluar dari rumah kerana takut minho menemuinya jadi dia lebih selamat kalau tinggal sahaja dalam rumah. Dia juga sering membantu byul membuat kerja rumah ketika byul keluar kerja.

Semua menganggapnya seperti keluarga malahan anak kembar byul menerimanya seadaanya. Tanpa jihae tahu yang dirinya ialah jihyun. Byul merahsiakan hal itu takut yang jihae menyangkanya ingin menerima jihae dalam rumah itu kerana mukanya sama dengan jihyun.

"saya dah masak dah untuk semua orang dan saya tahu kamu penat"byul mengangguk lalu pergi bersama dengan jihae ke meja makan.

🌼🌼🌼

Taewon yang baru sahaja pulang daripada latihan bola keranjang pelik melihat taesa baru sahaja keluar daripada kereta seseorang. Dia melihat seorang lelaki dewasa bersama taesa.

"tak kan lah tu..."

Taewon tergamam dan taehyung mencium lembut dahi taesa lalu masuk semula ke dalam kereta. "bye appa!!!"lambai taesa ceria.

"Kim taesa!"

Terus taesa berpusing ke belakang dan melihat taewon merenungnya dengan tajam. Terkebil kebil mata taesa melihatnya. "kau sedar tak kau buat apa sekarang?"taesa mengangguk perlahan. "kalau omma tahu macam mana taesa?!! kau jumpa appa secara senyap-senyap tanpa pengetahuan omma?!"taewon mula hilang sabar.

"oppa boleh dengar dulu tak apa yang ae nak cakap ni? jangan lah marah ae macam tu!!"taesa mendengus geram. "baiklah aku nak kau ceritakan dekat aku semuanya faham?" terus taesa mengangguk laju dan menceritakan semuanya dari mula bagaimana dirinya berjumpa dengan taehyung sejak kecil.

"jadi uncle eunwoo dan kau bersubahat lah?"perli taewon dan taesa hanya buat tak peduli. "lagi satu appa ingat yang omma dah tiada selamani sedangkan omma masih hidup lagi won!! Appa tak pernah cari yeoja lain selain omma. Appa cintakan omma dan aku tak tahu kenapa omma rahsiakan hal ni dari kita berdua"terang taesa lalu mengeluh.

Taewon mula berfikir secara dalam. "aku tahu kau mesti nak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara omma dan appa kan?"teka taewon dan taesa hanya tersengih. "kita kena dapatkan jawapan daripada aunty anna ataupun uncle eunwoo dan masa yang bagus aku baru nampak aunty anna baru keluar dari rumah"tunjuknya ke arah anna.

Segera taewon dan taesa bertindak menghampiri anna dan menarik anna ke arah taman yang tak jauh dari kawasan kediaman mereka. "kamu berdua ni dah kenapa? aunty ada hal lepas ni"terkejut anna melihat apabila kembar itu tiba-tiba membawanya ke sini.

"aunty kami berdua sebenarnya nak tahu apa yang berlaku antara omma dan appa?" pertanyaan itu membuatkan anna tergamam. "maaf aunty tak boleh jawab soalan tu"ujar anna dan ingin pergi dari situ.

"ae dah jumpa appa!! kalau ae beritahu pada appa yang omma masih hidup macam mana?! ae akan cakap ni semua berpunca dari aunty anna!!"ugut taesa dan itu membuatkan anna kaku dan menoleh ke arah mereka berdua. Taewon dan taesa tersenyum sinis. "baiklah tapi janji dengan aunty jangan beritahu omma kamu yang aunty ceritakan semuanya faham?" terus mereka berdua mengangguk.

Lalu anna mengambil tempat duduk di tengah diantara mereka berdua dan menceritakan semuanya pada mereka. Baru taewon dan taesa faham dan tak sangka yang betapa besar dugaan yang dialami oleh byul dan juga taehyung.

"jadi aunty nak kamu berdua cuba faham keadaan omma kamu. Dia perlukan masa untuk kembali bersama sama dengan appa kamu. Tolong jangan beritahu appa kamu dulu. Aunty tahu kedua-dua pihak terseksa tapi nak buat macam mana inilah jalan terbaik buat setakat ini"ujarnya lalu mengusap belakang taesa dan taewon.

🌼🌼🌼

"cik boleh bawa semua bunga ini masuk ke dalam sebab saya dah beritahu tuan saya"ujar pembantu tersebut dan byul mengangguk lalu mengarahkam semua pekerja pekerjanya memindahkan bunga itu ke dalam rumah.

Byul pelik siapa yang menempah bunga yang begitu banyak sebegini. Ada majlis bakal berlaku ke? tekanya. Byul menyemak semula berapa jumlah bunga telah dipindah kan. Tiba-tiba ada seseorang turun dan menegur byul.

"cik?"

Byul menoleh ke arahnya dan matanya membesar. "halmeoni?" byul tergamam dan tak sangka rumah sebesar istana ini kepunyaan keluarga kim. "byul sayang ni kamu ke?"nenek kim menyentuh wajah byul dengan lembut. Dia terlampau gembira tahu bahawa byul masih lagi hidup. "halmeoni ingat yang kamu dah tiada"byul mula rasa bersalah dan membiarkan sahaja nenek kim memeluknya erat.

"mana kamu pergi byul? kenapa sanggup buat macam ni. Kamu tahu tak halmeoni hampir pitam bila dengar berita pasal kamu"byul hanya diam bila nenek kim menyoalnya. "kembali lah byul. Kami semua pasti akan terima kamu semula dan taehyung dia mesti akan gembira kalau tahu yang kamu masih hidup"lembut nenek kim menasihatinya.

Bila mendengar nama taehyung buatkan byul mula sedar yang dia perlu pergi dari rumah itu dengan secepat yang mungkin takut taehyung nampak dirinya. "mianhae halmeoni tapi byul kena pergi"ditolaknya lembut tangan nenek kim ke bawah. Tapi nenek kim masih lagi cuba memegang tangan byul.

"jangan macam ni byul. Kami semua masih sayangkan kamu dan kembali lah. Kita jadi macam dulu ya"pinta nenek kim dan byul mengelengkan kepalanya. Byul menangis dan dengan perlahan tangan nenek kim ditolaknya lembut. "mianhae halmeoni tapi byul perlukan masa"tanpa membuang masa byul mula pergi meninggalkan nenek kim.

Tapi nenek kim menjerit memanggil namanya. "byul!! dengar lah cakap halmeoni!!!"byul mula berlari supaya nenek kim tidak mendekatinya. Dia kena pergi dari rumah ini dengan segera. Baru sahaja dirinya ingin keluar daripada perkarangan rumah tubuh byul mula kaku apabila melihat satu figura tidak jauh dari hadapannya.

Taehyung yang baru sahaja selesai memarking kereta dan ingin masuk ke dalam rumah tiba-tiba pergerakannya terhenti. Byul dan taehyung akhirnya bersemuka setelah sekian lama. Air mata taehyung mengalir dan yakin ini semua bukan satu mimpi.

"byul..."

Begitu juga dengan byul dan byul mengesat air matanya dengan cepat. "byul!!!"taehyung melihat nenek kim menjerit memanggil nama byul. "halmeoni? kenapa?"taehyung tertanya tanya dan dia sedar semuanya betul bukannya imaginasinya.

Byul mula sedar daripada lamunannya dan dia kena tahu yang dia perlu pergi dari tempat ini dengan segera sebelum taehyung sendiri mengejarnya nanti. Dengan langkah yang pantas byul mula melarikan diri daripada situ.

"Sayang!!!!"

🌼🌼🌼

Jangan lupa vote tau!

Fighting

TBC

[C] BLUE EYES + Kim TaehyungWhere stories live. Discover now