"Aunty jiji!!!"jerit byul gembira lalu memeluk jihyun dengan erat. Macam tak pernah jumpa setahun sahaja. Padahal seminggu sahaja jihyun pergi. Ibu dan ayah taehyung menggelengkan kepala mereka melihat perangai byul itu.
"Kamu okay tak seminggu ni?"byul mengangguk. Tapi pelukan di pinggang jihyun masih byul tak lepaskan. "Mari masuk.. Sejuk ni"jihyun mengelus rambut byul dann mula masuk ke dalam rumah.
"Wah banyak nya barang yang uncle dan aunty beli?"byul duduk disebelah taehyung sambil membelek barang-barang di atas meja. Taehyung seperti biasa hanya mendiamkan diri. Sibuk memerhati.
Byul melihat jihyun mengeluarkan barang-barang yang dibelinya. "Aunty jiji beli apa? Banyak-banyak macam ni"tangan byul mula gatal melihat isi kandungan tersebut. Tiba-tiba taehyung menarik tangan byul. "Jangan sentuh"
Byul mencebik lalu menarik tangannya dari taehyung. "Sibuk jelah awak ni. Pergi duduk jauh-jauh sana"halau byul lalu menyilangkan tangannya.
Taehyung mula membisik. "Saya tak nak jauh dari awak.."lalu taehyung tersenyum senget. Tiba-tiba jantung byul mula berdebar.
Byul mula membebel seorang diri. Taehyung hanya tersenyum melihat byul. Comel betul. Tanpa dia sedari puan kim melihat cara pandangan taehyung pada byul.
Puan kim hanya tersenyum. "Awak kenapa ni?"tanya tuan kim. "Tiada apa-apa lah. Saya cuma bahagia tengok tae ade seseorang dia suka"tuan kim masih tak faham. "Hah? Ape dia?"sabor jelah bila ada suami yang bengap macam ni.
Puan kim hanya mendiamkan diri. Nanti banyak soalan pula orang tua tu nanti. Puan kim mengeluarkan barang yang dibelinya untuk byul dan juga taehyung.
"Byul! Tae! Mari sini. Omma ada sesuatu untuk kamu berdua"segera byul dan taehyung menghampiri puan kim. "Nah.."puan kim menyerah sebuah kotak warna biru dan pink. Taehyung warna biru manakala byul warna pink.
"Cuba buka"taehyung mula duduk dan membuka kotak tersebut. Muka dia hanya tenang sahaja. Bila dapat baju atau jacket berjenama gucci. Tak lupa juga camera dan headphone dibeli oleh puan kim terhadapnya.
"Wah!! Daebak!!"byul kagum melihat barang-barang kepunyaan taehyung. "Kenapa awak nak ke? Saya boleh bagi kalau awak nak?"terus byul menggelengkan kepalanya. "Tu awak punya lah. Buat apa saya nak ambil?"
"Saya tak kisah kalau awak nak byul"taehyung sanggup bagi semuanya pada byul. Byul penting dalam hidupnya. Kalau byul bahagia dia pun bahagia. "Saya pun ada bukan awak seorang je"
"Okay.."puan kim tergelak kecil. Sayang betul anak dia dengan byul. "Byul cuba buka dengan kamu tu"byul mula membuka kotak nya itu. Bersinar sinar matanya melihatnya. Ada dress bewarna merah jenama gucci tak lupa juga kasut tumit tinggi. Barang mekap dan tablet untuk byul.
"Gumowo!! Aunty!! Sayang aunty!!"byul memeluk puan kim dengan erat. Tiba-tiba puan kim mengeluarkan dua seutas gelang bewarna perak. Ada terukir nama byul dengan taehyung di situ. "Nah ni gelang untuk kamu berdua. Pakai ni. Ni penting untuk keselamatan kamu berdua"
Byul mula memakainya. "Cantik!"dia mula mengangkat tangan kanannya itu. Sama juga seperti taehyung. Macam gelang pasangan. "Apa fungsi gelang ni aunty?"puan kim mula duduk dan menarik kedua-dua tangan byul dan taehyung.
"Setiap dari omma, appa dan aunty ji kamu ada juga gelang ni. Tapi gelang ni omma buat khas untuk kamu berdua. Supaya ikatan kamu berdua lebih rapat. Kalau byul dalam bahaya. Gelang taehyung akan bersinar keputihan. Ingat byul. Kalau byul dalam bahaya apa apa pun. Jerit nama taehyung faham? Sebab uncle dan aunty tak kuat sangat macam dulu"
Byul mengangguk. "Baik aunty.."
"Tae janji dengan omma lindungi byul. Byul sentiasa ada dalam bahaya.. Omma harap tae janji dengan omma"taehyung mengangguk. "Tae janji omma"taehyung tersenyum lebar.
YOU ARE READING
[C] BLUE EYES + Kim Taehyung
Фанфик"I love it when you look at me, with those eyes of ocean blue, i love it when you say my name, our love strong and true, i love it when you hold me close, i miss you in my arms, i need your arms around me to protect me from all harm. I love you" BLU...