CHAPTER 1

40.4K 959 110
                                    


SETIAP persiapan untuk majlis pernikahan esok hari telah selesai. Dulang hantaran yang dihiasi dengan bunga-bungaan disusun rapi. Ini semua hasil kerja tangan Puan Aminah dan adik-beradiknya yang lain. Dia mahukan yang terbaik untuk satu-satunya anak terunanya itu. Tidak lama lagi anak terunanya bakal menamatkan zaman bujang.

"Isyhad hantaran yang ni okay tak ?" tanya Puan Aminah kepada anak lelakinya yang bermain handphone di atas sofa. Tangannya mengusik hiasan pada hantaran tersebut.

"Okay, dah cantik mama. Mama ni time kak long takda pulak tanya-tanya macam ni. Time Isyhad semuanya tak kena." Jawab Isyhad dengan muka yang berkerut.

"Kak long lain, kamu lain. Kamu tu cerewet bebenor." Bukan dia tidak kenal anak lelakinya. Memang cerewet kalah perempuan.

"Eleh ye la tu."

"Ye la mama ada 2 orang je anak, kamu dengan kak long mestilah mama nak yang terbaik," perli Puan Aminah.

Isyhad tak mampu berkata apa, bibirnya jebik haih ada je jawapan. Dia kembali sambung bermain handphone. Suasana di rumah agam yang besar itu sangat meriah. Ye lah pilot nak kahwin kut.

Papa Isyhad iaitu Encik Azman yang dari luar rumah masuk lalu duduk di sebelahnya. Walaupun sudah berusia tetapi masih kacak patutlah Puan Aminah terpikat.

"Confirm esok pukul 8 majlisnya berlangsung ?" tanya Encik Azman meminta kepastian.

"Haah papa." Satu senyuman diberikan kepada Encik Azman. Dia tahu papanya risau takut-takut majlis itu tak jadi.

Lagipun dia telah whatsapp Lisa dan majlis itu akan diadakan di rumahnya, anak orang kaya la katakan. Lisa kacukan cina-melayu memang padanlah lawa. Dia berjumpa dengan Lisa di London semasa Isyhad flight. Lisa memang cantik sebab itulah Isyhad jatuh hati padanya.

"Don't worry pa, I'm sure she was the right person for me and will make me happy." Ya Lisa lah wanita yang sesuai untuk menjadi isterinya.

"Papa bukan apa papa cuma nak yang the best untuk kamu. Kalau kamu dah cakap macam tu papa okay je." Encik Azman menepuk-nepuk bahu Isyhad. Dia yakin anak lelakinya itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.

***

SELESAI menunaikan solat asar, Isyhad terus baring di atas katilnya yang empuk. Kepalanya memikirkan peristiwa manis yang bakal berlaku sewaktu majlis pernikahannya nanti. Nervous jangan cakaplah semua orang takut kalau bab nak nikah ni. Tiba-tiba handphone di tepi telinganya berbunyi. Isyhad terus mengangkat panggilan itu dan satu senyuman terukir. Bakal bini call wei !

"Hello baby," panggil Isyhad manja.

"Hello." Jawab Lisa sepatah. Isyhad pelik selalunya Lisa mesti jawab manja jugak tak pun panggil baby atau honey tapi kali ni tidak, suaranya pun lain.

"Hey what's wrong ? Are you okay ?" tanya Isyhad. Dia risau dengan perubahan Lisa.

"Okay," Lisa mula rasa menyampah tika Isyhad mula bertanya. Aduh pikir sweet ke.

"Are you sure baby ?" pancingnya lagi.

"Isyhad stop please ! I cakap I okay it's mean I'm okay. I nak jumpa dengan you, there something I want to talk." Jawab Lisa, nada suaranya agak mendatar. Hish tak faham bahasa ke !

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now