CHAPTER 32

11.6K 431 5
                                    


SETELAH selesai mendaftar dan berborak panjang dengan Arissa, Isyhad dan Ariana berangkat pulang.

Cerita tentang mak long Sakinah dengan Shima, dengar khabar mereka berdua telah pindah ke Terengganu duduk bersama opah tambahan Shima dapat tawaran belajar dekat sana. Sejak dari kejadian tu Ariana langsung tak ambil tahu hal mereka.

"Abang, Ariana nak tanya satu soalan masa abang balik kenapa abang sampai rumah lambat. Kalau abang tak call pun why tak mesej bagitau. Abang pergi mana ?" mula dah sesi soal bicara.

"And ayah kan ambil abang dekat KLIA. Ariana tau abang dah ada masa bangun subuh pagi tadi just tell me abang pergi mana abang tak pernah tau buat macam ni," sambung Ariana lagi.

Isyhad mati akal, apa aku nak cakap ni. Ariana bukan boleh kalau tak dapat jawapan dia akan ulang soalan yang sama.

"Hurry up abang do not waste my time," Ariana setia menunggu Isyhad untuk menjawab.

"Ermm abang ada hal sikit kena settle tu sebab lambat. Abang lupa nak mesej sweetheart, sorry." Tibai je la janji aku jawab. Tapi apa yang aku cakap ni betul 'hal' tu surprise untuk kau Ariana.

Apabila sudah dapat jawapan yang dikehendaki Ariana membetulkan posisinya semula menghadap ke depan. Ariana perasan jalan yang mereka lalu ini lain dengan jalan pulang ke rumah.

"Kita nak pergi mana ni ? Ariana tak rasa ni jalan balik rumah ibu," soalnya lagi. Isyhad hanya senyum segaris dan terus meneruskan pemanduannya.

"Abang jawablah kita nak ke mana ni ?" digoyang lengan suaminya berkali-kali.

"Tempat tu jawapan yang sebenar untuk soalan sweetheart tadi. Duduk diam-diam karang abang campak keluar dari kereta baru tau."

***

ISYHAD berhenti di sebuah rumah 2 tingkat yang besar. Dari luar rupa rumah itu sangat mewah dan cantik.

"Tutup mata," arah Isyhad.

"Kenapa kena tutup mata pulak, ni rumah sapa pulak abang bawa Ariana ni," dengus Ariana.

Isyhad merenung tajam ke arah Ariana. Degil betul la budak ni. Nampak saja renungan itu pantas Ariana memejamkan mata takut abang pilot kita marah.

Isyhad keluar dari kereta kemudian dia membuka pintu kereta untuk Ariana lalu dia menarik isterinya keluar.

"Jangan buka mata kalau sweetheart buka dosa besar sebab tak ikut arahan abang nak masuk api neraka ke," eh sempat lagi dia nak ceramah bagai.

"Hmmm."

Isyhad membawa Ariana ke dalam kawasan rumah itu. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar Ariana suka dan terima pemberian yang tak seberapa ini.

"Tada ! Surprise tak, sweet kan abang. Abang tau mesti sweetheart suka," puji Isyhad sendiri.

Ariana tidak membalas apa-apa tetapi dia melihat rumah yang berada di depan matanya kini sungguh cantik, pujinya dalam hati.

"Okay....tapi rumah siapa ni ?"

"Ni rumah kita lah. Abang beli rumah ni khas untuk sweetheart. Rumah ni kecik tapi cukup besar dan luas untuk kita and anak-anak kita nanti," ujar Isyhad sambil tersengih sendiri.

Ariana membuat mimik muka menyampah susah dapat suami masuk air macam ni getus hatinya.

"Jom kita masuk dalam," Isyhad memaut bahu Ariana dan membawa gadis itu melihat keadaan dalam rumah pula.

"Itu dapur dekat atas tu bilik. Bilik ada 4 so 1 bilik untuk kita, 1 bilik for your reading room lepas tu 2 lagi bilik cukup la untuk 10 orang anak kita and then tempat kita berdiri ni ruang tamu amacam sweetheart suka ?" tanya Isyhad kepada isterinya.

Hati Ariana amat tersentuh sungguh dia tidak menyangka Isyhad akan menghadiahkan dia sebuah rumah.

"Bila abang beli rumah ni and siapa punya pulak kereta dekat luar tu ?" sebelum mereka masuk dalam rumah Ariana ada terpandang sebuah kereta yang nampak seperti masih baharu betul-betul parking di bawah garaj rumah.

"Abang beli rumah ni time abang balik lambat hari tu. Abang sampai Malaysia awal but abang jumpa kawan abang suruh dia carikan rumah yang dekat dengan U sweetheart so nanti sweetheart boleh la drive sendiri. Sweetheart kan dah ada lesen and kereta sekat luar tu is yours." Kunci kereta yang siap diikat dengan reben diberi kepada Ariana.

Lantas Ariana memeluk leher Isyhad kuat. Isyhad tertarik ke bawah kerana perbezaan ketinggiannya dengan Ariana.

"Thank you so much abang ! Ariana tak tau nak kata apa, pemberian abang ni besar sangat. Ariana sendiri tak jangka yang abang belikan Ariana rumah and a car ! I love it but Axia je kereta abang beli asal tak beli Ferrari ke Lamborghini ke ini Axia je euww what are you thinking about," sengaja Ariana mengusik Isyhad.

"Amboi kereta Axia 'je' dah bagi betis nak peha pulak, duit abang tak berapa masyuk itu je abang mampu beli. Sweetheart kecik lagi tak boleh bawak kereta mahal."

Tawa mereka berdua pecah ya Ariana amat bahagia dengan lelaki ini. Lelaki ini yang melengkapi kekurangan pada dirinya. Lelaki ini juga yang menerangi hari Ariana dan akan hidup bersama untuk selamanya.

"Tapi, why abang beli kereta baru kenapa abang tak bagi Ariana bawa kereta abang. Abang bukan selalu guna dari abang membazir duit better bagi Ariana pakai kan ?" Ariana melekapkan dagu pada dada bidang Isyhad matanya sengaja dikecil sekecil yang mungkin.

"No no no soal tu abang kena fikir berjuta-juta kali sebab kereta tu kereta kesayangan abang. Nak bagi sweetheart drive tu rasa ragu-ragu pulak. Tak payah la pakai je kereta Axia merah tu okay."

Ariana memberi jelingan kepada Isyhad cakap je la tak bagi dasar kedekut omel Ariana dalam hati.

"Ngumpat la tu, suka benor ngumpat abang dalam hati. Sweetheart jangan dalam rumah ni ada kita dua je dekat atas ada 4 bilik sweetheart pilih nak bilik yang mana ikutkan abang dekat sini pun jalan janji takda orang kacau silap hari bulan target abang nak 10 orang anak tercapai," senyum Isyhad gatal dan digigit sedikit bibir bawahnya.

Ariana mengundur tapak demi setapak datang dah otak kuning dia kemudian Ariana cabut melarikan diri.

Isyhad ketawa terbahak-bahak melihat Ariana berlari lintang pukang dari dirinya.

"Tau takut, sweetheart tunggu abang."

New chap💓. Keep vote,comment and enjoy!

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now