CHAPTER 34

10.8K 382 1
                                    


ARIANA sampai di rumah dalam pukul 6 lebih. Dia memandu kereta agak laju sebab mahu sampai ke rumah cepat dan Ariana masih belum solat Asar lagi.

Isyhad berdiri di hadapan pintu rumah, Ariana keluar dari perut kereta dan mengeluh keletihan. Ariana telah memberitahu Isyhad bahawa dia pulang lewat pada hari ini.

"Penat ye sweetheart abang ni," Ariana menghampiri Isyhad dan tangan Isyhad dikucup lembut.

"Penat sikit la tapi nak buat macam mana nama pun student. Ariana naik atas dulu nak mandi nak solat and nak berehat. Kalau abang nak masak makan malam panggil Ariana okay."

Lemah sahaja langkah Ariana mahu menaiki tangga. Isyhad tersenyum melihat Ariana.

"Eh sweetheart malam ni kita makan dekat luar tau abang rasa malas nak masak," pesan Isyhad.

Ariana yang masih di tangga mengangguk faham.

Isyhad ralit bermain handphone manakala Ariana pula ralit menyelak helaian buku menu. Pelbagai makanan ada hadui mana satu nak pilih ni.

Datang seorang pelayan wanita yang agak berumur ke meja makan mereka untuk mengambil pesanan.

"Nak order apa ? Makan ? Minum ?" tanya pelayan itu.

"Ermm saya nak tom yam seafood yang set combo satu. Nasi putih dengan sotong celup tepung. Air saya nak air sirap limau abang nak makan apa ?" Ariana bertanya ke arah Isyhad.

"Saya nak chicken chop and air jus tembikai."

Selesai mengambil pesanan lantas pelayan itu terus berlalu pergi. Suasana di kedai makan itu riuh. Malam ni ramai pulak orang datang makan.

"So how your class today, good or bad ?"

"Nice but abang nak tau tak Ariana jumpa kak Umi !" balas Ariana riang.

"Kak Umi ? Umi yang mana ?" tanya Isyhad lagi.

"Alaa kak Umi yang kita jumpa dia dekat mall hari tu masa kita nak pergi tengok wayang and perempuan yang along terlanggar tu takkan abang tak ingat."

Isyhad diam sejenak, dia mahu menghubungkan sel ingatannya semula. Umi....Umi....Umi

"Ouh Umi...Umi Syakila kan nama dia. Okay abang dah ingat dah yang lawa pastu comel-comel sikit tu kan," betul apa memang Umi Syakila tu lawa kalau Isyhad tak kahwin lagi dah lama dia ngorat.

Mereka berborak panjang sambil menikmati makan malam. Kadang tu meja mereka berdua yang bising sampai meja sebelah pandang lain macam.

***

MEE goreng yang dibeli tadi hanya di pandang tanpa selera. Ariana mengeluh panjang, Arissa pulak sedap melantak. Makan nasi sampai terjatuh-jatuh nasi tu dekat atas meja. Lauk penuh sepinggan tapi kurus je tak juga gemuk even makan banyak pun.

"Kau kenapa Ariana, aku tengok kau tak semangat je. Asal gaduh dengan Isyhad ?" tanya Arissa kepada Ariana yang dari tadi hanya memandangnya.

"Ish mana ada. Aku serabut banyak lagi assignment aku yang belum siap pastu dah la nak kena submit minggu ni. Penat la asyik balik lambat je," keluh Ariana.

Arissa rasa macam nak gelak terbahak-bahak sekarang ni itu je ? Aku ingat masalah Malaysia nak ada musim sejuk ke ini assignment alahai Ariana.

"Rilek la assignment dengan student memang tak boleh nak dipisahkan. Apa lagi kau tak siap mana tau aku boleh tolong," cadang Arissa.

"Tinggal nak print je tapi aku malas itu masalahnya sekarang ni," balas Ariana selamba.

Mata Arissa terbeliak besar apabila mendengar jawapan Ariana. Ariana pula tersenyum-senyum menahan tawa kemudian Arissa mengangkat jari tengah ke arah Ariana terus tawa yang ditahan tadi pecah.

"Nasib baik mood aku okay hari ni kalau tak dah lama pinggan aku ni melayang dekat muka kau," air jus oren disedut laju Ariana masih lagi ketawa.

Kerana geram seketul ais dicampak kepada Ariana.

"Wei Ariss kotor la," marah Ariana.

Tadi seketul tapi kini berketul-ketul ais dicampak macam peluru berpandu kepada Ariana.

"Hai, boleh saya join korang ?" sapa seseorang. Terus sahaja peperangan ais peringkat antarabangsa tadi terhenti.

Tanpa dipelawa dan tanpa perasaan segan lelaki itu terus duduk di kerusi sebelah Ariana.

"Ha-Hadif awak buat apa dekat sini ?" ini bukan mamat hari tu ke apa dia nak ni.

"Ariana, siapa ?" tanya Arissa pelik.

"Sorry lupa perkenalkan diri nama saya Hadif Bin Roslan. Saya kenal Ariana beberapa hari yang lepas senang cerita saya ni senior korang berdua," balas lelaki itu tapi mata tak terlepas dari memandang Ariana.

"Erm saya pergi dulu, saya ada class. Bye Ariana."

Ariana hanya senyum terpaksa dia pun turut rasa janggal dengan situasi tadi.

Apabila lelaki itu pergi, Arissa memandang Ariana dengan beribu persoalan.

"Nanti aku cerita."

New chapter🙋. Keep vote, comment and enjoy !

(⌒o⌒)

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now