CHAPTER 42

9.4K 328 1
                                    


ARIANA menjalani rutin hariannya seperti biasa. Kaki Isyhad sudah sembuh sebab tu tak lekat dekat rumah asyik berjalan aje. Tapi Isyhad tak pernah balik lewat malam dia mesti ada dekat rumah sebelum Ariana pulang dari U.

Cerita tentang Hadif sudah tidak lagi kedengaran mungkin lelaki itu fokus kepada pelajaran kerana tahun ini tahun yang terakhir Hadif belajar di sini. Hadif pun sudah tidak berjumpa atau menemui Ariana selepas peristiwa itu mungkin kecewa atau sebaliknya. Kalau tidak ada je menempel ke sana ke mari sehingga membuatkan Ariana rasa tidak selesa.

"Ariana sorry aku lambat. Lama tak kau tunggu ? Tadi pensyarah aku nak jumpa ada benda nak bincang. Sorry okay ?" Arissa mengelip matanya beberapa kali. Fikir comel ke ?

"Hmm."

Arissa bersorak riang. Semua orang di situ memandang mereka berdua kerana suara Arissa yang kuat. Malu Ariana dibuatnya nasib kawan dunia akhirat kalau tidak selamat tinggal romeo la jawabnya memang aku tak mengaku kawan.

"Ariss, sejak dua menjak ni kau ada nampak Hadif tak ?" Ariana bertanya untuk kepastian bukannya risau ke apa ye la Ariana masih anggap Hadif tu sebagai kawan.

Arissa menggeleng pantas. Tapi ada benda yang Ariana harus tahu tentang Hadif.

"Alang-alang dah masuk pasal mamat tu. Ni, ada benda kau kena tau pasal Hadif," ucap Arissa agak serius.

"Kenapa dengan Hadif ?"

Arissa menarik nafas panjang sepanjang nya sebelum bercerita.

"Sebenarnya Hadif sakit. Dia ada masalah mental dan tekanan jiwa. Dari luar kau memang nampak macam normal tapi tak sebenarnya banyak tekanan yang dia alami. Dia jadi macam tu sejak kecil lagi. Mak bapak dia bercerai dan dia dihantar ke rumah anak yatim. Masa dekat rumah anak yatim tu pulak dia dibuli, bila umur dia meningkat dewasa pak cik dia pulak yang jaga. Bapak dia mati dibunuh mak Hadif pula mati bunuh diri sebab stress. Lepas SPM pak cik dia pula meninggal sebab kemalangan. Sakit dia tu jadi bertambah buruk. Hidup Hadif just bergantung dengan ubat kalau dia tak makan dia boleh hilang kawalan. Bila dia makan ubat dia okay tapi bila tak makan ubat dia jadi bahaya."

Ariana menekup mulutnya. Sungguh dia terkedu dengan cerita yang disampaikan oleh Arissa.

"Mana kau tau pasal ni ?"

"Classmate aku bagitau. Tapi ada lagi yang kau kena tau."

Ariana memberi isyarat supaya Arissa meneruskan ceritanya.

"Hadif pernah bunuh orang. Benda ni jadi beberapa tahun yang lepas sebelum kita masuk dekat sini. Hadif ada adik angkat nama dia Marleesa muka perempuan tu ada iras muka kau. Marleesa tu junior dia mula-mula tu memang la diorang just ada hubungan adik dengan abang angkat tapi Hadif yang suka pada Marleesa. Hadif ajak Marleesa kahwin tapi dia tolak. Hari yang dia lamar hari tu jugak Marleesa mati. Marleesa mati sebab overdose dadah Hadif yang buat. Polis tak dapat bukti yang kukuh untuk tangkap dia. Tahun lepas pun jadi benda yang sama ada budak perempuan nyaris bunuh diri tapi sempat diselamatkan."

Ariana rasa sebak Ya Allah tak ku sangka Hadif melalui kehidupan seperti itu.

"So aku nak kau jauhkan diri kau dari dia. Aku risau tau tak muka kau dah la iras-iras dengan perempuan tu. Aku tak nak apa-apa jadi pada kau," pesan Arissa.

"Hari tu dia ada confess dekat aku siap bagi cincin lagi."

"You what ?!" tinggi suara Arissa.

Ariana takut mahu memandang muka Arissa dia tahu dia salah.

"Tapi aku tolak dia baik-baik," ucap Ariana lagi.

"Kenapa kau tak bagitau aku. Aku rasa dia tak datang class sebab ni kut. Okay takpa sekarang aku nak kau jangan dekat dengan dia lagi aku rasa better benda ni kau share dengan Isyhad. Isyhad berhak tau dia tu suami kau Ariana."

Ariana menatap mata Arissa. Bagitau Isyhad ? Ariana pantas menggeleng.

"Kenapa tak nak ? Kau jangan buat kerja gila benda ni bukan mainan tau tak."

Ariana mengeluh, ya dia tahu perkara ni memang bahaya tapi macam mana dia nak bagitau Isyhad. Ariana takut Isyhad akan bersangka buruk nanti.

"Nanti dia fikir yang bukan-bukan pasal aku. Aku tak nak !"

"Ariana, boleh tak jangan fikir negatif. Aku yakin Isyhad akan faham tolong la Ariana bagitau dia please," pujuk Arissa.

Ariana berfikir panjang. Lama kemudian dia mengangguk namun dalam hatinya sungguh dia tidak rela !

***

ARIANA menunaikan solat Isyak secara berjemaah bersama Isyhad. Tangan Isyhad dikucup lembut selepas membaca doa. Lincah sahaja Ariana melipat telekung dan mengemas tempat mereka solat tadi.

Isyhad yang elok berbaju melayu dan berkain pelekat menempatkan punggungnya di atas katil. Terdengar sedikit keluhan darinya letih mungkin seharian berjalan.

"Penat ke ?" tegur Ariana kemudian dia duduk di sebelah Isyhad. Bahu lelaki itu diurut. Mata Isyhad terpejam menikmati urutan sang isteri.

Lama dia menikmati terapi urut lantas tangannya melingkar pada pinggang Ariana. Kepalanya dilentok pada bahu gadis itu. Hmmm wangi.

Ariana tersenyum lalu dia membalas pelukan itu dengan menepuk perlahan belakang badan Isyhad.

"Abang, ada sesuatu Ariana nak bagitau abang," tiba-tiba Ariana bersuara.

"What is it ?" pelukan makin dieratkan.

Nak bagitau ke tak ? Ah serabut la macam ni !

'Share benda ni dengan Isyhad dia tu suami kau Ariana dia berhak tau' kata-kata Arissa mula terngiang di dalam kepala.

"Sweetheart cepatlah nak bagitau apa ? Kenapa termenung pulak ?"

"Ouh, sorry. Sebenarnya...."

Handphone Isyhad berbunyi. Tanpa berlengah Isyhad mengangkat panggilan itu. Aduh kacau lah !

"Hello, Isyhad here."

Isyhad memandang Ariana yang masih duduk di atas katil. '5 minutes' Isyhad meminta masa untuk menjawab panggilan itu kepada Ariana.

Ariana senyum dan mengangguk Isyhad pun keluar dari bilik.

Ariana keluh kecewa kenapa time ni jugak phone nak bunyi. Takpa banyak lagi masa untuk kau cerita benda ni.

New chapter🌚. Keep vote, comment and enjoy!

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now