LAMPU yang berwarna-warni menyinari ruang di dalam kelab malam yang terkenal di Kuala Lumpur.Lagu yang cukup rancak dimainkan. Lelaki dan perempuan yang bukan mahram mula menari dalam keadaan yang amat agresif. Ada yang berpelukan dan ada yang mula bercumbuan.
Air arak pelbagai jenis diteguk rakus terasa amat puas, mereka merasakan dunia ini milik mereka. Sudah tidak kisah tentang halal dan haram lagi.
Lisa menapak masuk ke dalam tempat neraka itu. Lama juga dia tidak ke sini semua orang yang berada di situ menyapanya. Regular customer kut mustahil kalau tak kenal.
Dari jauh, Lisa terpandang seorang gadis yang memakai pakaian yang amat menjolok mata melambai ke arahnya.
Lisa menghampiri gadis itu. Terbit satu senyuman di bibirnya Elly, salah seorang rakan karib Lisa.
"Lisa, lama I tak nampak you. Bila you balik sini ?"
Lisa mengambil tempat duduk di sebelah Elly.
"Dah lama la jugak I balik but I rehat dulu dekat rumah nak lepaskan rindu dekat my parents," balas Lisa.
Elly mengangguk tanda mengerti. Kalau kau tak balik terus pun lagi bagus bisik hati Elly sendiri.
"Order la you nak minum air apa ? Hari ni I belanja you," pelawa Elly.
"I nak coke, I tak rasa nak minum alkohol hari ni," kata Lisa.
Elly terus memesan air yang Lisa minta kepada pekerja di situ.
"So you balik ni sebab apa ? Isyhad ?" cawan kaca yang berisi air arak dan beberapa ketul ais diminum.
"I balik ni sebab mummy and daddy I. I dah bosan duduk dekat New York and about Isyhad, he is one of the reason I balik sini."
Air coke yang dipesan tadi diminum dengan perlahan.
"You masih tak boleh nak lepaskan Isyhad ke. I bukan apa Isyhad kan dah kahwin I rasa you mesti tahu pasal tu kan."
Berasap telinga Lisa mendengar kata-kata Elly. Memang tak la dia nak lepaskan Isyhad macam itu sahaja.
"You takkan tak kenal I macam mana. Isyhad kahwin tu sebab dia dendam dengan I, I tahu dia still cintakan I. Perempuan yang dia kahwin tu definitely bukan taste Isyhad. Dah la bertudung yang tak boleh blah still belajar lagi what the hell !" ucap Lisa kegeraman.
Elly yang mendengar rasa menyampah kau yang tinggal nak kutip balik.
"I rasa you tak payahlah nak kacau Isyhad cari je orang lain. You cantik Lisa, I rasa ada orang yang lebih better dari Isyhad yang you boleh dapat." Elly memberikan pandangan. Sejahat mana pun tak terlintas dek akal nak hancurkan rumah tangga orang.
"Kenapa you cakap macam tu ? Macam la you setia sangat simpan je la sifat baik you tu I rasa nak muntah pulak."
Lisa membuat muka jelek nak nasihat orang konon cehh.
"Sekurang-kurangnya I setia. I tahu nak menghargai seseorang tu bukan macam you," sungguh sinis sekali kata-kata Elly.
Elly memang tidak menyukai Lisa kerana Danial, teman lelakinya pernah ada hati terhadap Lisa gadis pujaan ramai siapa yang tak mahu.
"Apa masalah you sebenarnya Elly ? I datang sini nak enjoy tapi you rosakkan mood I. I dah lama perasan selama kita berkawan ni I rasa macam you tak puas hati dengan I kenapa ?"
"Yup, memang I tak puas hati dengan you sebab you Danial nyaris nak tinggalkan I. Sebab you jugak I hilang kerja I semuanya sebab you !" naik seoktaf suara Elly.
Lisa tersenyum sinis. Elly hilang kerja sebab Lisa sebarkan berita palsu tentang gadis itu dan pasal Danial memang sengaja dia menggoda.
"Kelakar la you ni Elly. Tak sangka you masih dengan Danial, I tak tau la apa istimewanya you pada mata dia. I rasa you macam perempuan takda maruah setia konon. Entah berapa ramai dato dekat luar sana yang you kebas betul tak ?" tangan disilangkan di dada.
Keadaan berubah, tadi Lisa yang sakit hati tapi Elly pula yang panas hati.
"I main dengan dato bila I stress je. Tapi I tak la sanggup nak tinggalkan lelaki yang terang-terang sayang dan cintakan I sebab nak ikut lelaki lain. I tak pernah nak gadai maruah I sebab lelaki lain, maruah I hanya untuk suami I yang sah. You tak malu ke dah ludah nak jilat balik eiii geli," seperti peluru berpandu sampai pada telinga Lisa.
Lisa menarik rambut Elly kuat. Tidak pernah ada orang yang memaki dia seperti ini. Elly pula jenis yang melawan takkan nak sakit sorang dia pun sama menarik rambut Lisa. Orang mula berkerumun gusti free rugi kalau tak tengok.
Sebelum keadaan bertambah buruk pekerja di situ memberhentikan mereka. Sama ada dua-dua keluar atau salah seorang dari mereka harus keluar dari kelab itu.
Lisa terlebih dahulu beredar pergi lagi lama dia di situ lagi sakit hatinya. Elly senyum menang kau tunggu Lisa nama kau akan busuk aku kerjakan.
Yuhuu new chap😍 keep vote, comment and enjoy okay kamu semua😂
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...