HARI yang ditunggu bagi semua pelajar tingkatan 5 telah tiba. Semua pelajar mula tidak keruan tetapi Ariana tidak, dia yakin dengan dirinya serta pelajaran yang telah dia pelajari. Tempoh Isyhad untuk bercuti sudah tamat dia harus bekerja semula, malam ini Isyhad akan bertolak ke airport dan akan fly ke Dubai pada esok hari. Selama seminggu ini Isyhad banyak meluangkan masa bersama isterinya.Encik Yusof, Puan Hawa dan Ariana yang menghantar Isyhad ke airport, kalau boleh Isyhad nak gerak esok tapi kena standby awal. Ariana muram, dia sedih walaupun dia belum mencintai lelaki itu tetapi sudah hari-hari bersama makin lama dia mula menyayangi Isyhad. Ariana tak mahu Isyhad pergi. Isyhad menyalami kedua mertuanya, mama dan papanya Isyhad sudah jumpa petang tadi kemudian Isyhad menghampiri Ariana tatkala melihat gadis itu duduk agak jauh darinya.
"Hei Ariana, why are you sad ?" Isyhad berat hati mahu meninggalkan Ariana sejujurnya dia sudah mula menyayangi gadis itu. Aku sayangkan kau Ariana, nak je aku tarik balik kata-kata aku masa dekat pantai tapi aku tak boleh. Aku takut peristiwa tu berulang semula kalau aku confess sekarang. I'm sorry sweetheart, abang tak ready lagi.
Terasa sesuatu yang hangat mengalir di pipi, air mata Ariana mula menitis, dia nak tahan tapi tak boleh. Dia tak mahu lelaki itu pergi tolonglah.
"Ariana, shh don't cry. Okay listen, lusa kau exam kan ? So aku nak kau tumpukan perhatian sepenuhnya for your exam. Aku akan doakan kau supaya kau dapat straight A. Don't worry, aku tetap akan balik. Sekarang stop nangis tak nak lah cry-cry macam ni." Isyhad mengesat air mata Ariana lembut, hatinya dipagut sayu melihat isterinya menangis.
"But..isk isk saya tak nak awak pergi," merah hidung Ariana kerana menangis.
"Jangan la nangis. Okay, i'll promise lepas kau habis exam aku bawak kau honeymoon. Kita spend time masa sama-sama." Pujuk Isyhad. Ariana mencapai tangan Isyhad dan mengucup tangan itu lembut lantas Isyhad memeluk tubuh gadis itu erat.
"Take care I will miss you," bisiknya kepada Ariana dan mencium dahi gadis itu.
"Me too."
"Got to go, bye sweetheart," tiba masanya untuk Isyhad pergi dia membawa beg bagasinya. Isyhad melambai ke arah mertua dan Ariana. Lama-kelamaan kelibat Isyhad sudah menghilang. Ariana masih berasa sedih dan Encik Yusof memujuknya pulang.
"I already miss you," ucap Ariana perlahan.
***
RUTIN harian Ariana seperti biasa pergi sekolah dan menghadiri kelas tambahan tapi kali ni jadualnya agak padat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dia bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang akan menentukan masa depannya. Kalau tiada kelas tambahan sekali pun dia akan mengajak Arissa dan Siti untuk study group bersama. Isyhad pula selalu whatsapp dan kadang-kadang video call boleh dia melepaskan rindu.
Selesai solat, Ariana mula mengulangkaji. Dia cuma membuat nota dan menghafal formula kalau rajin sikit dia akan membuat latihan. Sedang leka Ariana mengulangkaji, telefonnya berdering. Tertera nama si pemanggil di skrin, Ariana senyum gembira terus dia mengangkat panggilan itu.
"Ariana !" terpampang muka Isyhad sungguh dia rindu akan wajah gadis itu.
"Kau tengah buat apa ? Dengan meja bersepah dengan kertasnya."
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...