RUTIN harian Isyhad seperti biasa, dengar Puan Aminah membebel. Tiap-tiap hari Puan Aminah akan bercakap pasal kahwin, kahwin tak pun jodoh. Sama jugak dengan saudara mara yang lain. Nak kenalkan dengan anak orang tu la, anak orang ini lah. Hish serabut ! Papa juga best selalu tak masuk campur, tapi kalau dia bersuara haa semua senyap. Gerun mungkin."Ni Isyhad jangan lupa balik je kamu dari Jepun, mama nak kenalkan kamu dengan anak kawan mak ngah tau," siapa pulak kali ni, hadui jenuh aku kalau macam berterusan macam ni.
"Ye mama Isyhad tak lupa." Isyhad senyum sehingga menampakkan giginya yang rata itu. Entah ikhlas tidak senyum dia tu, Isyhad malas nak cakap lebih-lebih karang dia yang kena.
Isyhad akan fly ke Jepun selama 3 minggu. Yes akhirnya aku bebas buat sementara waktu, tapi balik je hmm siap sedia la telinga. Makin lama dia semakin melupakan kehadiran Ariana, ya dia lupa tentang gadis misteri itu. Sebenarnya sebelum ini dia ada juga cari gadis itu di laman sosial, kut-kut jumpa kan rezeki tu. Tapi dia jemu dan Isyhad berhenti mencari Ariana. Asal aku nak sibuk-sibuk cari dia ?
Isyhad sudah lama ingin menjejakkan kaki ke Jepun, tapi dia tiada masa hendak pergi bercuti di sana. Nak ajak mama dia tak nak, papa pulak busy handle projek baru. Hmm jadilah bawak pelancong datang sini.
"Hai sabar je la, nanti kau bawak wife kau pulak datang sini honeymoon," sakat rakan sekerja Isyhad.
"Banyaklah kau." Jawab Isyhad sambil memberikan jelingan maut. Rakannya itu ketawa terkekek-kekek melihat wajahnya yang masam mencuka. Honeymoon ? Bunyi macam seronok, tapi siapa bakal isteri aku ?
***
HARI ni Isyhad pulang ke Malaysia, tempoh 3 minggu berada di Jepun sudah tamat. Nak kata dia bebas tak jugak Puan Aminah sering menghubunginya untuk mengingatkan Isyhad tentang temu janjinya sebelum dia berangkat ke Jepun.
Sebenarnya Isyhad sengaja pulang lewat, dia menumpang di rumah rakannya Aizat. Dia tidak mahu berjumpa dengan anak kawan mak saudaranya.
"Kenapa Isyhad sampai lambat ? Tau tak lama Fatimah tunggu kamu. Kan mama dah pesan," marah Puan Aminah, orang nak suruh dia kahwin tak nak pulak. Masalah betul anak aku ni.
"Sorry mama, Isyhad tak sengaja. Jalan jam tadi." Isyhad memberi alasan dipeluknya belakang badan Puan Aminah, aku tak nak kahwin !
"Huh alasan," Puan Aminah terus beredar pergi ke dapur. Merajuk la tu, takpe esok dia okay la tu.
Malam itu, Isyhad menunaikan solat istikharah. Dia meminta petunjuk, dia amat buntu. Isyhad simpati terhadap Puan Aminah, dia nak sangat menantu tapi Isyhad masih belum bersedia. Dia masih takut dengan kisah silamnya yang mungkin akan berulang kembali.
"Ya allah, aku mohon petunjuk dariMu. Sesungguhya jodohku telah tiba kau temukanlah dia denganku, dekatkan lah dia denganku. Aku kasihan terhadap ibuku, dia mahu sangat aku berkahwin. Tapi aku tak boleh Ya allah, aku tak mampu. Aku tak nak kejadian hitam itu berulang lagi. Kau temukan lah aku dengan seorang wanita yang setia denganku dan bakal menjadi ibu kepada anak-anakku serta membimbing ku ke syurga. Ya allah aku memohon kepadaMu, kau perkenankan lah doaku ini. Aminn." Isyhad menangis tika berdoa kepada Yang Maha Esa.
Selesai solat, Isyhad terus baring di atas katil. Dia berasa sangat letih, terasa kelopak matanya makin berat dan akhirnya dia lena diulit mimpi. Tiba-tiba dia mimpi sesuatu yang sangat indah. Dia mimpi akan seorang gadis jelita yang menjadi isteri kepadanya, doa aku dah makbul ke ? Kuasa Allah tiada siapa yang tahu.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...