HADIF merebahkan badan di atas katil. Keadaan biliknya tidak teratur dan sangat bersepah. Banyak botol dan ubat bertaburan di atas lantai.Dinding bilik Hadif dipenuhi dengan gambar seorang gadis yang amat dia cintai dan sayangi.
Tangan Hadif menyeluk di bawah bantal dan sekeping gambar dikeluarkan. Gambar gadis yang sama tetapi gambar ini adalah gambar kegemaran Hadif kerana dalam gambar tersebut gadis itu sedang tersenyum bahagia.
Hadif mengucup gambar itu berkali-kali. Marleesa, nama yang tertulis pada gambar tapi malang Marleesa telah lama pergi. Sungguh dia rindu akan gadis itu.
Apabila nafas mula sesak, badan mula terasa bahang Hadif membuka laci dan botol ubat dicapai kemudian 2 biji pil ditelan sekaligus.
Hidup Hadif hanya bergantung dengan ubat sahaja. Jika dia lupa atau tidak makan ubat mengikut jadual dia boleh hilang kawalan. Hadif boleh mencederakan diri sendiri atau orang lain sehingga menyebabkan kematian.
"Baby kenapa baby tinggalkan Hadif. Hadif rindukan baby kita dah janji nak kahwin tapi kenapa baby pergi dulu," air mata mula gugur.
Hadif mula meraung seorang diri. Hadif sebatang kara, ibu dan bapanya bercerai dan meninggalkannya di rumah anak yatim. Ibunya meninggal kerana sakit dan bapanya pula mati di tali gantung.
Dari luaran Hadif seperti orang biasa tapi tiada siapa yang jangka hati serta jiwanya sangat terseksa.
"Baby you hidup lagi kan ? Kenapa nama you bukan Marleesa tapi kenapa Ariana. Kenapa you pakai tudung bukan you freehair ke. Hadif tau Ariana tu baby, baby saja nak jadi orang lain sebab malu dengan Hadif. Tapi takpa lepas ni kita dah boleh kahwin and kita boleh jadi satu pasangan yang paling bahagia dalam dunia ni."
Air mata yang gugur tadi mula kering Hadif mula terbayang wajah Ariana. Dia tersenyum sendiri.
Hadif terlena sambil gambar Marleesa di dalam pelukannya.
***
"SWEETHEART, dah siap ke belum masak. Abang lapar ni," kedengaran suara Isyhad dari ruang tamu.
Ariana di dapur dalam keadaan yang kelam kabut. Sekejap ke sinki lepas tu potong sayur. Bukan masak apa pun ayam goreng tepung dengan kangkung tumis belacan je tapi gaya macam masak untuk kenduri.
"Aduh !" jerit Ariana perlahan namun telinga Isyhad masih dapat mendengar. Sepantas kilat Isyhad datang ke dapur.
"Kenapa ? Apa dah jadi ? Sweetheart kenapa ni ?" Isyhad menghampiri Ariana yang menggenggam kuat jari telunjuknya.
"Ni Ariana nak potong tembikai entah macam mana boleh terpotong jari pulak," darah mula menitik keluar.
"Hish tu la abang nak tolong masak tak bagi konon nak jadi isteri mithali la apa lah. Dah, pergi sinki basuh luka tu nanti abang balut plaster. Kerja ni biar abang habiskan."
Isyhad mengambil alih kerja isterinya. Ariana pula terus ke sinki dan mencuci luka nasib dah siap masak kalau tak alamatnya makan nasi putih je la.
Isyhad si jejaka pilot lah yang hidang makanan di meja makan Ariana nak bantu tapi dia halang.
"Look, mithali tak abang ? Tak sia-sia dapat bersuamikan seorang lelaki macam abang ni 1 dalam sejuta aje tau," ucap Isyhad bangga.
"Jangan riak Allah tak suka," balas Ariana.
Zapp ! Menusuk ke dalam bro, padu campur pedas lantas Isyhad tertunduk malu.
"Abang gurau je."
"Gurau pun biar bertempat even kita takda niat pun nak riak tapi dah terang-terang Allah tak suka orang yang suka bangga diri. Walau kita ada kelebihan yang tersendiri tapi itu semua datangnya dari Allah bukan dari kita. So, Ariana cuma nak ingatkan abang je abang kan suka puji diri sendiri. Cepat baca doa Ariana lapar ni."
Isyhad jebik kena lagi. Eleh mentang-mentang subjek pendidikan islam A berlagak huh.
"Bismillahirrahmanirrahim"
***
SEPOTONG sandwic digigit sopan alahai macam wanita melayu terakhir. Mata Ariana tepat membaca nota kecil kerana hari ini dia ada test.
"Uit busy nampak."
"Kak Umi, ingat siapa tadi. Ariana ada test kejap lagi tu yang busy tu ehh duduklah," pelawa Ariana kepada Umi Syakila.
"Test apa, business ?" fail yang dipenuhi kertas kerja diletakkan di tepi.
Angguk Ariana dah course itu yang diambil itu la test nya.
"Okay lah akak pergi dulu and I wish you goodluck," bahu Ariana ditepuk lembut sebelum beredar.
Hanya Ariana sorang je yang panggil Umi Syakila 'akak' student yang lain kena panggil miss Umi Syakila.
Selepas Umi Syakila pergi, Ariana sambung semula membaca nota.
"Hai," Ariana ditegur lagi.
Hadif terus duduk dan tersenyum-senyum Ariana memandang pelik tapi rasa seram pun ada.
"Hadif awak takda kelas ke ?" tanya Ariana.
"Ada tapi saya nak ponteng," jawab Hadif pantas.
Gulp ! Mok aii tau la dah senior tapi agak la bro nak ponteng kau tu senior tunjuk la contoh boek sikit.
"Ariana jom kita couple."
Air yang baru disedut Ariana hampir terkeluar semula. Couple ? Gila ke apa mamat ni. Hello, I ni isteri orang okay.
"Hahahahaha awak comel la. I'm kidding tapi tak salah kalau kita jadi kawan right ?"
Ariana tersenyum betul jugak tak salah kan ?
"Mulai hari ni kita kawan. Apa-apa problem Ariana boleh minta tolong dengan saya macam mana, deal ?"
"Deal," tanpa berfikir panjang Ariana terus setuju. Arissa bukan selalu ada dengan Ariana so tidak jadi masalah kalau dia mahu berkawan Hadif.
Tambahan Hadif senior di sini mesti dia tau banyak dekat U ni. Ariana pun masih dalam proses menyesuaikan diri.
Hadif senyum penuh makna apabila Ariana menunjukkan respon yang positif.
New chap🌚 keep vote, comment and enjoy💕
Dah buat biskut raya ke?
Let me guess , cornflakes madu mesti kena ada kan yes or no ?🙈-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...