CHAPTER 21

15.5K 456 7
                                    


MATA dibuka perlahan-lahan, Ariana mula terasa bahang yang panas dimukanya. Pancaran cahaya matahari membuatkan dia sukar untuk membuka mata.

"Ibu kita dah sampai rumah opah belum ?"

Pertanyaan Ariana tidak dijawab. Mana ibu ni takkan tinggalkan aku kut. Matanya masih belum terbuka kerana menahan cahaya yang menusuk mata.

"Ibu !" panggil Ariana.

Tangannya meliar mencari sesuatu handphone mungkin. Cari punya cari tak jumpa. Di sebelah kiri dan kanannya tiada apa-apa malah dia merasakan sesuatu yang halus, kasar dan panas sedikit. Benda yang digenggam dan diramas itu macam pasir. Ariana terus membuka mata dan bangun dan ya dia berada di tengah padang pasir tapi apa dia buat dekat sini !

Di padang pasir itu kosong cuma ada Ariana dan sebatang pokok kelapa. Pokok kelapa itu pula banyak buahnya dan ketinggian pokok kelapa itu agak rendah dari ketinggian biasa.

Ariana masih lagi termenung kepalanya terasa pening tiba-tiba. Ya Allah aku dekat mana ni ? Mimpi mengarut apa ni sampai padang pasir. Ibu, along, angah dengan ayah takda kenapa aku sorang-sorang. Ibu tolong Ariana.

Makin lama matahari makin panas Ariana mula berjalan pergi ke pokok kelapa yang jarak tidak jauh darinya.

Dalam masa dia berjalan ke pokok, tiba-tiba ada satu ribut pasir yang besar datang ke arahnya. Sikit sahaja lagi Ariana mahu sampai ke pokok kelapa tapi dia panik lalu berlari berlawanan arah.

Ariana berlari dengan sekuat hati tapi apa sangat lah kudrat perempuan kalau nak dibandingkan dengan ribut pasir tu. Ribut pasir tu makin lama makin dekat dengan Ariana. Bayang pokok kelapa sudah tidak kelihatan lagi mungkin dibawa pergi dengan ribut pasir tadi.

Ariana buntu dia tidak tahu hendak lari ke mana. Arah utara, timur, barat atau selatan kesemua arah ada ribut pasir. Ariana bagai dikepung dengan ribut pasir itu. Kepala Ariana terasa amat sakit, ribut pasir makin mendekatinya. Ariana berdiri tegak hatinya redha jika apa-apa terjadi kepada dirinya. Ya Allah kau lindungilah hambamu ini.

Ribut pasir datang melanggar Ariana dari semua arah. Ariana berpeluk tubuh dan merapatkan mata serapat-rapatnya.

'Eh apa yang dah jadi, kenapa aku tak rasa macam melayang atau terbang ?' Ariana berdialog sendiri.

Kawasan yang tadi panas tapi kali ini rasa sejuk pula. Telinga Ariana dapat menangkap bunyi kicauan burung, air sungai mengalir dan macam-macam lagi.

Sekali lagi Ariana membuka matanya perlahan-lahan. Aku dekat mana ni ? Tempat itu agak sunyi dan agak gelap kejap, takkan aku dekat dalam hutan.

Ariana memusingkan kepala ke kiri dan kanan semuanya dipenuhi dengan pokok-pokok tinggi yang mencakar langit. Hell no ! Aku dekat hutan. Ariana terasa mahu pitam, Ya Allah apa semua ni takkan mimpi sampai bertukar-tukar tempat.

Ariana memulakan langkah, macam-macam jenis bunyi dan suara dia dengari tika ini. Jikalau ada harimau datang memakan dirinya dia pasrah tapi bagi la aku jumpa dengan Isyhad dulu.

Kaki yang keding mengatur langkah, mata Ariana tertumpu pada cahaya di hujung hutan mungkin itu jalan untuk keluar. Secara tiba-tiba hujan mula turun dengan lebatnya cahaya yang Ariana nampak tadi mula hilang.

Langkah semakin dilajukan, Ariana mula gelisah mencari cahaya tadi. Kini tubuh Ariana basah kuyup dek hujan yang lebat, nak mencari tempat teduh dah tak sempat.

Suasana hutan semakin gelap aku kena cepat nanti langsung tak jumpa jalan keluar.

Srekk ! Srekkk !

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now