AIR paip tab mandi dibuka, sabun buih dimasukkan lalu dibiarkan untuk beberapa minit sebelum diri ditenggelamkan di dalam air buih yang harum. Kepala masih runsing memikirkan kemunculan seseorang yang amat disayangi tika dahulu.Isyhad termenung, seperti mimpi bahawa dia akan berjumpa dengan Lisa. Kain tuala dilucutkan dari pinggang lalu Isyhad terus masuk ke dalam tab mandi.
Alisa Dahlia, tipulah kalau rasa cinta tu sudah mati. Gadis pertama yang bertakhta dalam hatinya. Sekarang Lisa telah menjadi seorang model yang terkenal di bandar New York. Dengan wajah yang serba sempurna memang mudah untuk menjadi terkenal. Banyak gambar posternya ditampal di merata-rata tempat.
Isyhad memejamkan mata, tiba-tiba dia teringatkan Ariana. Ya Allah aku lupa pasal Ariana, hari ni aku tak call dia langsung. Mesti dia tengah tunggu call dari aku.
Cepat-cepat Isyhad keluar dari tab mandi lalu pergi ke shower untuk membersihkan buih-buih yang melekat pada tubuh sasanya.
Jari runcing Ariana ligat mengetuk meja soleknya. Dagunya diletakkan di atas meja, mukanya monyok. Dia menunggu panggilan daripada Isyhad. Sejak tadi, satu bunyi notification pun takda yang masuk. Telefonnya betul-betul terletak di hadapan hidung.
Hish mana kau ni Isyhad, kata nak call gerutu hatinya.
"Ariana ! Turun makan, ibu dah siap masak."
"Okay, kejap lagi Ariana turun," dia masih menunggu.
Cepatlah Isyhad. Kalau tak call pun at least mesej la aku rindukan kau ni.
Tunggu punya tunggu akhirnya dia mengalah. Ariana lekas bangun dan berlalu pergi.
'Pon pon pon you got mesej-mesej' notification telefonnya berbunyi. Dengan pantas Ariana mendapatkan handphone miliknya.
Rasa gembira mula memuncak tapi sangat menghampakan kerana bukan mesej dari Isyhad malah mesej suruh tambah nilai tak guna. Ariana terus campak handphone atas katil dan keluar.
Ariana menuruni anak tangga dengan perasaan marah. Kedengaran gelak tawa Encik Yusof dari ruang makan.
"Eh, along ! Bila sampai ?" soal Ariana. Tangan Arif dipegang dan dikucup lembut.
"Lama dah. Ingat nak naik atas tapi ibu siap masak pulak so better along makan dulu." Ariana mengambil tempat di sebelah Arif.
"Angah tak balik sekali ke ?" Ariana menyambut huluran pinggan dari ibunya.
"Balik, tapi dia lewat sikit. Angah kata dia ada kerja nak selesaikan," dengan lafaz bismillah Arif terus menyuap nasi ke dalam mulut. Rindu benar dia dengan air tangan Puan Hawa. Nak buat macam mana kerja jauh balik pun sekali sekala aje.
Selesai makan, Ariana membantu Puan Hawa mengemas ruang makan. Ayah dan along sudah lama pergi ke ruang tamu. Ayah mahu membincangkan tentang hal rating pemasaran syarikat yang along ambil alih di Pulau Pinang. Ayah ada 2 syarikat, 1 satu di Pulau Pinang yang along tengah handle sekarang ni. 1 lagi pulak di Kuala Lumpur, company ni ayah yang handle. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki ayah.
Angah aka Ariz pula dia tak suka kerja dengan ayah dia lebih suka berkerja sendiri. Angah bekerja sebagai jurutera dekat Kelantan. Dua-dua kerja jauh sebab tu la jarang nak balik and diorang still bujang. Punca membujang ? Maybe sebab busy dengan kerja kut atau memang nak jadi teruna tua. Haa sapa yang nak jadi bakal isteri along dengan angah share-share la no phone ye.
"Everything okay dekat Pulau Pinang along ?" ayah memulakan bicara.
"So far alhamdulillah, semuanya okay. Tapi biasalah ayah adat berniaga mesti ada turun naiknya but ayah tak perlu risau along boleh handle," terangnya.
Ariana hanya memasang telinga. Dia masih kecewa dari tadi dia langsung tidak mendapat panggilan dari suaminya. Sibuk sangatkah ? Entah-entah jumpa minah mat salleh dekat sana terus lupakan aku dekat sini.
"Opocot !" separuh kuat Ariana menjerit kerana terkejut Puan Hawa tiba-tiba menepuk bahunya.
"Kamu buat apa tercegat dekat sini lagi. Nah, bawa air ni ke depan." Huluran dulang disambut lalu Ariana melangkah ke ruang tamu.
"Jemput minum ayah, along." Ariana mengambil tempat di sebelah Encik Yusof.
"Adik, result SPM adik keluar minggu depan kan ?"
Baru Ariana hendak minum air fresh orange yang penuh dengan ketulan ais terus terhenti aduh along ni potong betul la.
"Haah. Asal along tanya ?"
"Takda apa tapi along doakan adik dapat result yang cemerlang itu kan impian adik," ucap Arif.
"Thank you along. You are the best brother ever !" Ariana sungguh terharu. Kata-kata dari seorang abang yang selalunya akan menyakitkan hati tapi Arif tidak dia sentiasa memberi semangat kepada adik perempuannya itu.
Puan Hawa yang baru selesai menunaikan solat zohor turut serta bersama mereka.
"Ibu percaya yang anak ibu boleh dapat result yang cemerlang kan bang ?" Encik Yusof pantas menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat isterinya.
"Okay lah Ariana naik atas dulu. Ibu, ayah dengan along borak-borak la kalau nak cari Ariana cari je dalam bilik okay."
Ariana meminta diri, dia tidak berminat untuk mencampuri urusan orang yang lebih berumur darinya. Tambahan pulak pasal business , hell no business is not my type.
***
Isyhad bersiap-siap untuk keluar bersarapan dengan Aiman. Dia meminta temannya untuk tunggu di hadapan hotel. Boring la asyik breakfast dekat hotel mesti ada roti bakar cuba tukar lain pulak letak pulut kuning ke kan sedap tu. Aku ni tekak melayu walaupun selalu fly ke sana ke mari tapi still makanan melayu always the best.
Niatnya mahu menghubungi Ariana tapi rasa macam seram pulak, jadi Isyhad mengambil langkah keselamatan dia akan menghubungi isterinya malam nanti. Bukan boleh bini aku tu karang tak pasal-pasal free je kena maki. Almaklumlah kahwin dengan budak sekolah yang baru nak kenal dunia gitu le gamaknya.
Isyhad membelek-belek wajahnya di hadapan cermin. Apa lagi yang dia nak buat kalau bukan memuji diri sendiri. Puji mata lawa la, gigi rata la what the fish bro patutnya kau bersyukur bukannya riak.
Sudah terasa puas meneliti setiap inci kehenseman wajahnya Isyhad pun keluar dari bilik.
Mana pulak Aiman ni ? Aku suruh tunggu, hey ni memang mintak kaki.
Isyhad mengeluarkan handphone dan mendail no Aiman. Lama Isyhad menanti panggilan itu disambut malangnya panggilan itu tidak dijawab. Lahanat punya Aiman orang suruh tunggu makinya dalam hati.
"Isyhad !"
Pantas lelaki itu menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.
Hey guys! Sori for the late update btw enjoy for this chap and keep vote💓
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...