ARIANA dan Isyhad sama-sama menunggu kedatangan Syuhada, mukanya berkerut-kerut menahan geram tu satu tambah pulak panas. Isyhad dari tadi melihat handphone kejap-kejap mesej kadang-kadang call. Risau sangat aku ni yang patut kau risau.Dari jauh Isyhad ternampak satu figura yang melambai ke arahnya, Isyhad membalas lambaian itu. Ariana mengecilkan mata untuk melihat sesuatu yang beria suaminya lambai.
"Sorry guys i'm late, lama ke tunggu ?" ucap wanita itu dengan tercungap-cungap mencari nafas.
"It's okay, tapi asal lambat ?" Isyhad tak marah ? Bila aku lambat membebel cakap aku lembap la apa la ni cakap bukan main lembut 'it's okay' eii geram !
"Yang lambat tu sebab aku nak pilih baju tak tau nak pakai baju apa. Takut nanti over pulak," balas Syuhada sambil tersenyum. Kau memang over pun ngumpat Ariana dalam hati.
"So jom la kita gerak sekarang."
Ariana membuntuti sahaja dari belakang panas hatinya melihat Isyhad rancak berbual dengan Syuhada. Aku yang patut jalan sebelah Isyhad bukan kau ! Isyhad pun satu biar je aku jalan sorang-sorang kat belakang rungut Ariana.
Mereka bertiga singgah makan dahulu sebelum pergi melancong ke tempat lain. Makanan sudah dipesan tinggal tunggu makanan sampai sahaja.
"Isyh.."
"So Isyhad kau datang sini untuk apa yesterday tak sempat nak borak," potong Syuhada. Ariana menjeling wanita itu.
"Come on la Syu, patutnya aku yang tanya kau, aku datang sini apa lagi kalau bukan honeymoon kan sweety ?" Ariana memberi senyuman paksa dia mengangguk setuju.
"Soalan yang kau tanya tu kau yang patut jawab." Isyhad menongkat dagu.
"Erm aku datang sini for holiday. Nak honeymoon tak mampu aku takda partner." Lawa macam ni takkan takde yang nak ngumpat Ariana lagi."Meh kahwin dengan aku boleh kau merasa honeymoon." What ? Isyhad kau sedar tak apa yang kau cakap sekarang ni ! Tawa mereka berdua pecah.
"Just kidding," sambungnya lagi.
Rancak punya rancak berbual makanan yang dipesan tadi pun sampai. Ariana terlebih dahulu menikmati hidangannya tapi Isyhad langsung tidak menjamah Ariana pelik.
"Isyhad kenapa awak tak makan ?" tanya Ariana.
"I know sebab apa dia tak makan. Dalam sup ni ada ketam kan ? Isyhad pulak allergic dengan ketam. Ariana takkan awak tak tau apa yang suami awak tak boleh makan." Syuhada bersuara.
"Sorry ?"
"Nevermind, kita order something else okay ?" Ujar Syuhada. Isyhad hanya mengangguk dia menolak sup itu ke tepi.
"Saya nak pergi toilet," Ariana bangun dan terus pergi, matanya mula berkaca. Hatinya sangat sakit.
Ariana menangis teresak-esak di hadapan cermin dia cemburu. Isyhad kenapa kau buat aku macam ni. Ya memang Ariana yang order sup tu tapi dia tak tau yang Isyhad allergic dengan ketam. Kenapa Isyhad macam tu dia sengaja ke ? Air matanya mengalir lagi.
Selepas keluar dari tandas, Ariana terus pulang ke resort. Dia meninggalkan Isyhad dan Syuhada berdua, hatinya sakit. Dia tak tahan melihat kemesraan mereka rasa macam nak tikam-tikam je Syuhada tu.
"Ariana kenapa kau balik sini tak bagitau aku," Ariana diam membisu.
"Ariana are you okay ?" tanyanya sekali lagi tapi isterinya masih membisu pertanyaan yang mula-mula tadi pun tidak dijawab.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...