CHAPTER 53

11.3K 418 37
                                    


ARIANA keluar dari kereta bersama fail dan beberapa buah buku. Butang kunci kereta ditekan kemudian dia berjalan masuk ke kawasan universitinya.

"Kau sini !"

"Apa ni Lisa ! Awak nak apa lagi ?!" Ariana memegang pergelangan tangannya yang terasa sakit.

"Aku nak Isyhad."

Ariana memandang Lisa sinis. Ariana boleh buat apa kalau Isyhad sendiri yang tak nak dengan Lisa.

"Maaf, saya ada kelas. Saya takda masa nak layan orang tak faham bahasa macam awak ni."

Lisa pantas menghalang Ariana. Dia memegang lengan Ariana kuat.

"Serahkan Isyhad pada aku ! Kau tu tak layak untuk dia. Bagi Isyhad pada aku !!" ujar Lisa seperti orang tidak siuman.

"Lepas la Lisa !"

Cengkaman pada lengan Ariana semakin kuat.

"Woi ! Lepaskan Ariana !!"

Arissa datang ke arah Lisa dan dia menepis tangan gadis itu.

"Kau ni pahal ? Asyik nak kacau rumah tangga orang je. Kau ni takda kerja lain ke. Tolonglah terima hakikat yang kau takda jodoh dengan Isyhad. Stop buat kerja bodoh ni boleh tak, kau tak rasa malu ke menagih simpati macam ni. Orang dah tak nak tu sudahlah kau ingat dengan cara kau macam ni Isyhad akan terima kau balik. Kalau rasa diri tu berdosa pergi bertaubat ubah sikap, ubah tingkah laku kau tu dulu. Kalau kau masih macam ni memang takkan ada orang akan terima kau. Aku nak kau pergi dari sini dan kau jangan ganggu Ariana lagi !"

Arissa membawa Ariana pergi, Lisa pula ditinggalkan begitu sahaja.

Muka Lisa mula memerah menahan marah. Hatinya sakit, dendam dia terhadap Ariana makin memuncak.

Shit !!

Lisa menyarung kaca mata hitam dan dia berlalu pergi.

"Ariana kau kena laporkan benda ni pada polis. Aku tak nak perempuan gila tu kacau kau lagi, dekat public pun dia berani serang. Bila kau sorang-sorang nanti apa-apa je boleh jadi."

Ariana mengusap pergelangan tangannya. Ada kesan merah pada pergelangan tangan itu.

"Tak nak lah aku. Kesian pula aku dekat dia tapi parents dia lagi kesian. Aku rasa diorang pun tak nak Lisa jadi macam tu," ucap Ariana lembut.

"Kau ni baik sangat tau Ariana. Kena aku kesian tak kesian daripada aku diapa-apakan better perempuan gila tu aku campak dalam penjara."

Ariana tersenyum. Mungkin Lisa boleh berubah tapi harus ada orang yang membimbing dia ke jalan yang betul.

"Kau tak nak bagitau Isyhad pasal ni ?"

Ariana pantas menggeleng. Agak dah suka sangat berahsia orang risaukan keselamatan dia tapi acah berani.

"Ish, nanti Isyhad serang Lisa tu pulak. Aku tak nak besarkan hal ni cukup kita berdua je tau. Tak ada apa lah Lisa tu maybe kurang perhatian sebab tu dia macam tu," ucap Ariana.

"Don't worry okay ?" ujar Ariana lagi.

Arissa mencubit pipi Ariana geram. Dia geram dengan sikap terlebih baik Ariana itu. Tawa mereka berdua pecah. Terima Ya Allah kau kurniakan aku seorang sahabat yang sempurna seperti Arissa.


Handphone Ariana berdering, Ariana yang ralit memilih buku terganggu dengan deringan itu.

Isyhad😻

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now