CHAPTER 6

21.3K 731 51
                                    


"ARGHH !"

Isyhad menjerit, dia terjatuh dari katil. Ariana menendangnya kuat nasib baik tak terkena bebird dia, kalau kena hospital la jawabnya. Dia mengadu kesakitan, gila kalau macam ni hari-hari keluar masuk hospital aje.

"Aduh ! Eh apasal kau tendang aku, sakit tau tak. Kalau kena bebird aku macam mana ?" Isyhad menggosok-gosok punggungnya yang sakit akibat terhentak di atas lantai.

"Dah awak yang terkam saya, salah awak lah. Kalau kena pun awak punya bukan saya," alamak Ariana kau dah jadi isteri derhaka, tapi dia yang gelojoh aku mempertahankan diri je. Nak pun mintak la elok-elok ini tak terkam-terkam ingat aku ni ikan.

"Aku saja je nak test kau. Tak sangka pulak kau hebat mengelak." Isyhad masih memegang punggungnya yang sakit.

"Padan muka sapa suruh gatal sangat hahahaha." Ariana ketawa entah kenapa dia suka sangat dapat kerjakan lelaki itu.

"Dah la jom tidur, dah pukul berapa ni," ajak Isyhad. Ariana masih duduk dan memeluk bantal dengan erat.

"Tidur je lah, aku tak buat apa-apa. Kalau aku buat pun kau isteri aku suka aku la nak buat apa." Bantal yang dipeluk Ariana diambil, dari kau peluk bantal tu baik kau peluk aku.

Ariana pun baring, tegak je badan dia. Tak bergerak langsung macam patung dalam hatinya dia beristighfar, andai malam ini dia rasmi Ariana redha. Akhirnya Ariana lena kali ni dia tak tidur sorang-sorang malah ada teman iaitu suaminya sendiri.

Isyhad masih terjaga, dia tak boleh tidur. Otaknya masih berfikir dengan keputusannya untuk berkahwin memang lah Ariana dah menjadi isterinya tapi dia masih keliru dengan perasaan dia sekarang. Betul ke apa aku buat ni ? Aku kahwin dengan dia pun sebab mama ? Tapi aku rasa macam bahagia bila dengan dia. Ya Allah tolong hambaMu ini, aku keliru dengan dengan perasaan aku sekarang. Tiba-tiba dia merasakan lengannya dipeluk seseorang, dia berpaling melihat Ariana yang sedang memeluknya. Sayu hatinya melihat wajah Ariana, dia kesian terhadap isterinya. Dia kahwin dengan Ariana bukan sebab cinta, tapi sebab mama dah paksa-paksa suruh kahwin. Dicium dahi gadis itu, Ariana aku janji akan cuba cinta dan sayangkan kau. Isyhad pun tidur sambil memeluk Ariana, dia tersenyum bahagia.


Ariana terjaga apabila terdengar bunyi alarm handphone Isyhad, ditutup alarm itu. Jam dah pukul 5 pagi, Ariana bangun lalu terus ke bilik air untuk membersihkan muka dan mengambil wuduk. Dia mahu menunaikan solat. Sebelum dia ke bilik air, Ariana mengejut suaminya bangun dan dia mahu Isyhad solat berjemaah dengannya.

"Isyhad bangun, dah subuh ni. Jom la kita solat sama-sama." Digoncang berkali-kali tubuh badan yang tidak berbaju itu.

"Hmm..kau nak apa ? Jangan kacau aku tidur lah, dah pergi sana," dihalaunya Ariana, jebik bibir isterinya itu.

"Wei, bangunlah ! Awak nak masuk neraka ke tak nak solat. Awak nak kena seksa dekat padang mahsyar nanti ke, kalau dekat sana Allah tanya kenapa awak tak solat saya tak nak tolong biar awak kena seksa," ceramah Ariana, betul apa solat itu tiang agama.

"Okay-okay aku bangun, puas ?" Isyhad terus masuk ke dalam bilik air. Takut jugak dia, nanti masuk api neraka tapi setakat ni dia tak pernah lagi tinggal solat cuma liat nak bangun je. Ariana senyum menang, haa tau takut.

Selesai sudah solat subuh berjemaah. Kali ini Isyhad yang mengimamkan solatnya, alhamdulillah suaminya seorang anak yang soleh untung mama. Ariana menadah tangan apabila Isyhad mula membaca doa.

"Bismillahirrahamanirrahim..."

Ariana tersenyum melihat Isyhad, hatinya rasa sangat bahagia kerana dikurniakan seorang suami yang sangat sempurna. Dicapai tangan Isyhad dan disalam tangan lelaki itu. Isyhad suka kalau Ariana salam dan mencium tangannya walaupun agak janggal tapi dia suka. Kemudian Isyhad cium dahi Ariana lembut, Ariana terkedu dan matanya ditutup dia cuba menahan debaran.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now