CHAPTER 54

11.3K 400 21
                                    


LISA menutup pintu rumahnya perlahan. Dia menyusun nafasnya semula. Jantungnya berdegup dengan kencang, peluh mula merinik di dahi dan bahang mula terasa.

"Lisa, bila kamu balik ?" sapa Puan Sri Halida di tangga.

"Baru je mummy," balas Lisa pantas.

Puan Sri Halida datang menghampiri Lisa. Riak wajah Lisa pucat lesi dan berpeluh-peluh. Anak aku ada bunuh orang ke ?

"Kereta kamu mana, kamu balik naik apa tadi ? Kereta kamu rosak ke Lisa ?" diselak langsir tangkap. Bertalu-talu soalan yang ditanya.

"Ke-kereta Lisa ermmm...Lisa dah jual mummy. Bosan la pakai kereta yang sama esok Lisa ambil kereta baru dekat kedai, tadi Lisa balik naik teksi."

"Jual ? Kan baru lagi kereta tu."

Lisa menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Aduh apa jawapan aku nak balas ni Lisa mula tidak keruan.

"Lisa naik dulu ye mummy. Dinner nanti tak payah panggil turun Lisa dah kenyang. Okay, bye." Dikucup pipi Puan Sir Halida sekilas dan Lisa pantas menaiki tangga menuju ke biliknya.

'Haih anak aku sorang ni bertuah betul !'

"Mana anak perempuan awak tu, tak turun makan ?" tanya Tan Sri Kamal, selalunya Lisa akan turut serta makan malam bersama.

"Ada dekat bilik tu letih agaknya, biarlah dia berehat," jawab Puan Sri Halida lembut.

"Mana tak penat kalau seharian merayau ke sana ke mari. Lisa tu makin lama perangai dia makin menjadi-jadi !" ucap Tan Sri Kamal tegas.

Puan Sri Halida hanya diam menunduk tidak mahu dia bersuara ketika suaminya dalam keadaan yang marah.

Mereka berdua menikmati makan malam dengan akal fikiran yang sibuk memikirkan masalah anak perempuan mereka.

***

ISHYAD melangkah masuk ke dalam wad. Matanya tertumpu ke arah sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil.

Air mata Isyhad mula turun. Hatinya sebak melihat keadaan Ariana yang berbalut di bahagia kepala, sedikit luka di tepi bibir dan paling menyayat hati Ariana memakai bantuan alat pernafasan.

Isyhad menghampiri Ariana, ditenung wajah pucat itu lama. Air matanya tidak henti mengalir mengenangkan nasib yang Ariana alami kenapa bukan dirinya saja yang kena. Kenapa harus Ariana ?

"Sweetheart, abang datang ni. Macam mana boleh jadi macam ni ? Siapa yang buat ? Sweetheart...isk isk bangunlah jangan tidur lama-lama. Sweetheart nak tau tak kita...kita ada baby tapi....isk isk baby tak dapat diselamatkan ba-baby tunggu kita dekat syurga..." esakan tidak dapat ditahan lagi.

Isyhad memegang tangan Ariana erat, dikucup tangan itu berkali-kali. Ya Allah sungguh besar dugaan yang Kau berikan, aku tak kuat Ya Allah aku tak kuat.

'Sweetheart jangan tinggalkan abang. Abang tak sanggup hidup tanpa sweetheart.' Tidak lama kemudian Isyhad terlena menemani Ariana di sisi pada malam itu.

Pancutan air yang hangat mula membasahi setiap inci susuk tubuh milik Lisa. Satu susuk tubuh yang sempurna tiada sebarang parut atau kesan luka.

Lisa berdiri tegak, dia membiarkan seluruh badannya menikmati kehangatan air pancutan itu. Akal fikirannya sibuk memikirkan perbuatan yang telah dia lakukan.

'Hidup ke perempuan tu ? Kalau dia mati macama mana ?'

'Lisa !! Ini yang kau nakkan kenapa kau rasa ragu-ragu. Kau sepatutnya happy sebab kau boleh dapatkan Isyhad semula.'

'Tapi kalau aku masuk penjara nanti aku kena hukum gantung aku tak nak mati lagi.'

'Come on, kau takkan tertangkap punya percayalah. Nikmati kemenangan yang kau dah kecapi okay.'

Lisa bermonolog sendiri. Lisa kusut ! Hatinya puas apabila melanggar Ariana tapi pada masa yang sama dia ketakutan. Dia takut jikalau Ariana benar-benar mati dan pastinya dia akan ditangkap dengan polis.

'Betul ke apa aku buat ni ?'

New chapter guysss😍. Keep vote, comment and enjoy. Enjoy ye jgn tk enjoy okay okay okay😁

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now