CHAPTER 23

14.3K 476 23
                                    


DI saat Ariana membuka tombol pintu biliknya riak wajah Ariana berubah tatkala melihat seorang gadis di badannya tersarung baju kemeja berwarna putih milik Isyhad.

"Kau buat apa dalam bilik aku ni Shima ? Kenapa kau pakai baju kemeja Isyhad ?" Ariana memegang kepalanya yang terasa amat sakit.

Shima memalingkan tubuh ke arah Ariana lalu dia menghampiri, terukir satu senyuman yang tidak boleh diungkap oleh Ariana.

"Cuba kau hidu baju ni wangi bukan ? Haaa kalau lah tuan badannya mesti lagi best," dihidu baju itu berkali-kali.

Ariana cuba untuk mengambil kembali baju suaminya tetapi kesakitan kepalanya makin bertambah.

Shima menarik kepala Ariana sehingga kepala Ariana terdorong ke belakang dan dicengkam kuat sanggul Ariana.

"Lepaskan aku Shima kau buat apa ni !" Ariana menarik tangan Shima minta dilepaskan.

Makin lama cengkaman tangan Shima makin kuat, Ariana mula meronta kesakitan kemudian Shima menolak Ariana sehingga jatuh.

Ariana jatuh terjelepok, mukanya tersembam sedikit di lantai.

Shima duduk mencangkung di hadapan Ariana lalu dipegang dagu Ariana memaksa untuk Ariana memandangnya.

Ariana tidak berdaya, kepalanya tika ini terasa amat sakit. Kekuatan untuk Ariana melawan terbatas.

"Hei perempuan ! Kau dengar sini baik-baik aku nak Isyhad. Aku nak dia jadi milik aku, kenapa ye benda yang baik semuanya kau dapat. Tapi aku ? Apa yang aku buat semuanya tak kena ! Kenapa aku tak boleh jadi macam kau Ariana, kenapa Ariana tu bukan aku kenapa !"

"Shima apa yang kau merepek ni ? Kenapa kau benci sangat dengan aku sejak dari kecil ?" dengan keadaan Ariana yang lemah tapi dia masih mampu bersuara.

"Hahahahahaha, kau buat lawak apa ni Ariana ? Jangan nak buat tak tau la sundal !" Shima ketawa macam orang tak waras dan dia menolak kepala Ariana.

"Aku akan dapatkan semua yang kau ada Ariana. Benda lain aku dah dapat tapi Isyhad aku belum dapat lagi so aku nak Isyhad , macam mana ?"

Ariana membuka mata perlahan-lahan badannya terasa sejuk kerana tiupan angin di tepi pantai. Selepas dia bersemuka dengan Shima tadi dia terus pergi ke pantai memang dari kecil dia sering ke sini untuk menenangkan jiwa.

Hati Ariana terasa tenang melihat laut biru yang luas terbentang. Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu bisik hati Ariana mengagumi ciptaan di depan matanya sekarang.

Hati sudah tenang tapi akal masih mempersoalkan kenapa perkara ini boleh terjadi. Kenapa Shima jadi macam tu ? Apa kesalahan yang telah dia lakukan sampaikan Shima serta mak longnya sendiri juga turut sama tidak menyukainya.

Kenapa Shima mahu menjadi dirinya ? Kenapa perlu dia ingin menjadi orang lain sedangkan dia sudah cukup sempurna, cukup sifat malah cukup segala-galanya tapi apa lagi yang dia mahukan.

Memang dari kecil Shima suka membuli Ariana. Ketika Ariana menaiki basikal Shima melanggar dari belakang sehingga Ariana jatuh dalam longkang. Di tadika, Shima selalu mencuri kasut Ariana. Diletaknya dalam tong sampah takpun dalam mangkuk jamban. Mereka berdua sekolah tadika sama, sekolah rendah sama dan sampailah sekarang mereka sekolah di sekolah menengah yang sama.

Kenapa Ariana sekolah sama dengan Shima sebab selepas mak long Sakinah bercerai dengan suaminya Shima dan mak long Sakinah tiada tempat tinggal. Rumah diorang terpaksa dijual sebab nak bayar hutang yang ditinggalkan oleh ayah Shima. Ayah Shima seorang yang kaki mabuk dan kaki pukul jadi semua hutang tu punca dari kalah judi.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now