CHAPTER 44

9.6K 363 11
                                    


TOK ! TOK ! TOK !

Kelam kabut Arissa mencari sehelai tudung untuk dipakai. Bunyi ketukan pintu dan loceng rumah tidak berhenti.

Siapa pulak datang petang-petang macam ni ? Bunyi ketukan semakin kuat.

"Ye sekejap !" laung Arissa sebelum melangkah ke arah pintu utama rumahnya yang diketuk tadi.

Pintu itu dibuka perlahan, terlihat satu susuk tubuh yang lemah gemalai berdiri tegak. Muka Ariana yang sembab hidung serta matanya yang merah. Air mata masih lagi mengalir keluar.

"Ariss...isk isk..." Ariana memeluk gadis di hadapannya. Hanya Arissa sahaja tempat untuk dia mengadu sekarang ini.

"Kenapa ni Ariana ? Kenapa menangis ni, ada apa-apa yang jadi ke ?" diusap lembut belakang Ariana.

Air mata Ariana mengalir lagi sehingga dia tersedu-sedu. Sekarang ini dia dibelenggu dengan rasa serba salah. Ariana merasakan sudah tiada maknanya lagi dia untuk terus hidup di dunia ini jika Isyhad tidak kembali kepada pangkuannya.

Terasa hangat pada bahu Arissa dek air mata Ariana. Sah bergaduh !

"Jom masuk, kita bincang dekat dalam," ajak Arissa.

Isyhad memberhentikan keretanya di tepi jalan. Air mata mula gugur.

'Kenapa kau buat aku macam ni Ariana, kenapa ?! Sampai hati kau Ariana.'

"Arghhh !!!!!" jerit Isyhad melepaskan amarah. Stereng kereta dipukul dan dihempuk kuat. Rambutnya diraup kasar.

Air mata sudah tidak tertahan lagi. Ya, hatinya sungguh terluka. Pedih, perit, sakit semua rasa itu dirasai sekarang. Kenapa orang dia cinta dan sayang pasti akan menyakiti dirinya.

Aku tak layak ke untuk bercinta ? Tak layakkah aku mahu mencintai seorang perempuan hingga ke syurga, tak boleh ke ?

'Aku bencikan kau Ariana.'

***

"ARIANA kau nak makan tak ?"

"Tak nak, aku takda selera," tolak Ariana.

Arissa mengeluh, suka buat aku risau. Degil !

"Ariana jom la makan nanti masuk angin perut tu," ajak Arissa. Sudah 2 hari Arissa tidur di rumah Ariana bagi menemani gadis itu.

Ariana masih menolak. Dia menunggu Isyhad membalas mesejnya dan setiap saat dia menunggu lelaki itu menelefon.

"Suka kau lah. Orang risaukan dia tapi suruh makan pun tak nak," bebel Arissa.

Ariana memekakkan telinga dia tau benda ini jadi berpunca dari diri dia sendiri. Sekarang semua orang dah marahkan aku, air mata mula gugur.

INDONESIA,

Isyhad baring berehat di atas katil. Akal fikirannya sungguh serabut tapi disebabkan kerja dia harus fokus. Setiap masa dia memikirkan siapa lelaki dalam gambar. Kenapa Ariana tak pernah cerita langsung pasal lelaki tu.

Rakan sekerjanya Aiman, memandang sahaja tingkah laku Isyhad.

"Kalau rindu telefon, aku pulak yang naik serabut tengok kau macam ni. Kau gaduhkan sebenarnya dengan Ariana ?"

"Mana ada. Aku fikir pasal benda lain," nafi Isyhad.

Aiman tersenyum sinis.

"Jangan nak tipu aku la Isyhad. Kau nampak tak terurus tau tak ? Konon nak tutup pakai smart bagai tapi realitinya dah macam orang hilang bini."

Isyhad malas mahu melayan, ada je benda nak perli.

Ting !

Isteri Yg Dicintai 😍

Abang, Ariana rindu abang.

Mesej itu hanya dipandang sepi. Rindu ? Mana Hadif kau tu pergi la rindu dia.

Isteri Yg Dicintai 😍

Next week Ariana exam, doakan Ariana👌.

Bluetick, itu sahaja Isyhad buat. Nak reply, buang masa ! Kalau dia hantar lagi aku block.

Ting !

Satu lagi mesej lagi masuk.

Isteri Yg Dicintai 😍

Abang, i'm sorry...

Apabila Isyhad membaca mesej itu, mula timbul rasa simpati, niat mahu block nombor Ariana terus hilang. Kejam sangat ke aku ?

'Tak, aku tak boleh bagi muka. Dia dah hancurkan hati aku. No, no way !'

Sungguh tinggi egomu Isyhad.

Halu🙋 triple update for you guys 🙌. Keep vote, comment and enjoy !

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now