CHAPTER 45

10K 399 12
                                    


"WEI Isyhad, kau tak reti nak balik rumah kau sendiri ke ? Nak kata takda rumah ada. Nak kata takda bini, bini kau tu tengah tunggu kau dekat rumah. Aku naik runsing tengok kau yang tak terurus macam ni. Ini ke Isyhad si pilot yang disukai ramai para gadis dekat luar sana tu, ini ?" bebel Aiman.

Sejak pulang dari Indonesia, Isyhad duduk menumpang di rumah sewa Aiman. Bukan sehari tapi lebih daripada itu. Tak terlintas langsung niat di hati Isyhad mahu pulang ke rumahnya sendiri.

"Cuba kau cakap dengan aku apa sebab kau jadi macam ni. Bila aku cakap kau gaduh dengan Ariana kau jawab tak. Bila aku tanya kau ada masalah kau tak nak share dengan aku. Apa yang dah berlaku sebenarnya ni ?" tanya Aiman.

Isyhad tidak menghiraukan soalan Aiman itu malah dia hanya mendiamkan diri.

"Kenapa, kau tak suka aku duduk dekat rumah kau ? Aku ni menyusahkan kau la ye ?" soalan dibalas dengan soalan.

Aiman mengeluh panjang kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah Isyhad.

"Bukan macam tu. Aku tak kisah kau nak duduk sini tapi kau tu suami orang. Tempat kau tu sepatutnya di sisi isteri kau si Ariana. Aku tak faham la kau nampak macam hilang arah kau tau tak. Duduk terperap dalam bilik lepas tu termenung sana termenung sini. Aku bertanya ni sebab aku kan sahabat kau so tak salahkan kalau aku nak tau masalah kau kut-kut aku boleh tolong. Jadi cerita la dekat aku apa problem kau sampai kau jadi macam sekarang ni."

Isyhad tidak menjawab. Banyak sangat ke emas dalam mulut tu sampai susah sangat nak cakap.

"Orang tanya senyap. Ingat aku ni saja berhabis air liur tanya macam-macam just nak tengok kau diam macam ni. Lantak kau la baik aku pergi masak sekurang-kurangnya aku kenyang," Aiman baru berkira-kira mahu bangun tiba-tiba Isyhad bersuara.

"Ariana hancurkan hati aku."

Terus Aiman duduk semula, tau pun nak buka mulut ingat bisu tadi.

"Siapa hancurkan hati kau, Ariana ?" aku dah agak ni mesti kes rumah tangga.

Isyhad diam sejenak.

"Takda apa lah. Aku nak naik mandi."

Isyhad meninggalkan Aiman yang masih terpinga. Soalan Aiman itu dibiar tanpa sebarang jawapan.

"Tengok la tu bila dah buka cerita tak nak habiskan. Suka bagi alasan nak makan la nak mandi la. Kau mandi ke tak mandi ke sama je. Woi Isyhad !"

Tak boleh jadi ni, aku kena tau jugak apa yang dah jadi dan perkara ni harus diselesaikan secepat yang mungkin.

'Aku kena jumpa Ariana.'

***

ARIANA cepat-cepat mencari tudung sarungnya apabila terdengar bunyi loceng. Pintu pagar automatik terbuka dengan sendirinya, terlihat satu figura yang berdiri tegak memandang tepat ke arahnya. Tudung yang sedikit senget diperbetulkan.


Perlahan-perlahan Ariana mendekati figura itu. Siapa pulak ni ?

"Erm cari siapa ye ?" lelaki itu tiba-tiba tersenyum.

"Awak Ariana ke ?"

Ariana mengangguk perlahan. Jarak Ariana dan lelaki itu agak jauh bukan apa kalau penculik sempat la nak lari.

"Saya Aiman. Saya rakan sekerja Isyhad, sekarang ni Isyhad ada di rumah saya. Boleh saya tau apa yang dah jadi antara awak dengan Isyhad ?" ujar Aiman berterus terang.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now