ISYHAD dan Ariana solat fardu Subuh bersama. Selesai solat, mereka membaca surah Yasin untuk dihadiahkan kepada arwah atuk dan juga arwah Amirul."Esok result sweetheart keluar kan ?"
Isyhad menempatkan punggungnya di atas katil, songkok hitam ditanggal dan diletak di tepi.
"Haah," jawab Ariana sambil tangan ligat melipat telekung dan sejadah.
Selepas mendengar jawapan ringkas dari Ariana dia terus baring. Anak matanya memandang kipas yang berpusing.
"Abang meh semua baju kotor Ariana nak basuh ?" ditangannya sudah ada bakul berwarna biru yang dipenuhi dengan baju-baju yang kotor.
"Hmm ? Baju kotor semua dah ada dalam tu."
Ariana membelek bakul tersebut. Ouh patutlah berat gumam hatinya kemudian Ariana terus keluar dari bilik.
Tiba di dapur, Ariana nampak ayahnya sedang minum di meja makan.
"Eh ayah, ibu mana ?"
Encik Yusof meneguk air hingga habis sebelum menjawab pertanyaan Ariana tadi.
"Ibu ada dekat atas, lepas solat terus dia baring atas katil ibu kata pinggang sakit."
Ariana hanya mengangguk, "Ibu kan makin tua normal la kalau sakit pinggang."
"Ayah ada juga cakap macam tu tapi nak tau apa ibu buat ? Ibu warning ayah suruh tidur luar bilik ayah pun terus stop takkan ayah nak tidur luar nanti kena gigit nyamuk habis berbintik-bintik badan ayah ni."
Ariana ketawa apabila Encik Yusof berkata sedemikian ingat orang muda je buat macam tu orang tua pun sama.
"Dah la ayah nak naik dulu ni cawan ayah ni tolong basuh sekali ye ? Anak ayah kan baik." Ariana hanya membuat muka nasib ayah sendiri.
Ariana terus meneruskan kerjanya dia membawa cawan serta bakul ke dapur. Semua pakaian dimasuk ke dalam mesin basuh kemudian Ariana pergi ke sinki untuk basuh cawan ayahnya tadi.
Pintu bilik dibuka perlahan mata tertumpu pada tubuh badan yang lena di atas katil. Baju yang dibasuh tadi telah siap dijemur di luar rumah Ariana jenis orang buat kerja mesti dari A sampai Z.
Ariana naik ke atas katil diusap pipi Isyhad. Ariana tersenyum melihat wajah suaminya ketika tidur handphone dicapai dan aplikasi whatsapp dibuka.
***
ARIANA dan keluarganya menikmati sarapan pagi bersama. Menu untuk hari ini nasi lemak sambal sotong sememangnya makanan kegemaran anak-anak Puan Hawa.
"Ariana bosanlah duduk rumah ermm along jom keluar dah lama kita tak spend time sama-sama," ajak Ariana.
"Haah along, jom." Ariz menyokong pendapat adiknya.
Isyhad hanya diam nanti dia ikut juga Ariana tak boleh kalau Isyhad tiada dengannya.
Arif berfikir sejenak ikutkan hati dia tidak mahu kerana masih tersisa lagi rasa penat selepas pulang dari Terengganu tapi dia pun sudah lama tidak meluangkan masa bersama adik-beradiknya tambahan dia sudah ada adik ipar iaitu rakan karibnya sendiri dengan Isyhad dia dah lama tak keluar lepak.
"On ! Pukul 2 kita keluar okay ?" ujar Arif.
"Yeayy !! Ini la along Ariana," jerit Ariana riang suka benar kalau ajak berjalan.
Puan Hawa dan Encik Yusof turut gembira melihat anak-anak mereka. Anak yang dikandung selama 9 bulan sekarang masing-masing ada kerjaya kecuali Ariana esok baru nak ambil result. Katanya nak ambil bidang business mahu membantu kedua abangnya dalam tak suka business pun itu juga yang diambil.
Ariana pantang kalau orang cakap pasal business dia mesti tak nak ambil bahagian tapi dalam diam minat juga nak buat macam mana dah darah business.
Tercuit hati Puan Hawa apabila terkenang semasa Ariana membuat pengakuan yang dia mahu ambil bidang itu semua orang kecam dia sampai naik merah mata.
"Seronok tu seronok juga tapi tolong ibu kemas ni dulu," arah Puan Hawa.
"Alaa, Ariana baru nak cabut."
Puan Hawa menjeling Ariana even jeling main-main pun seram juga cepat-cepat dia mengemas pinggan yang kotor dan terus dibawa ke dapur.
***
ARIZ dan Arif jalan bersama di hadapan Ariana dan Isyhad pula jalan di belakang mereka. Mata Ariana melilau di setiap kedai yang ada rasa nak beli ? Ikut mood rasa nak beli baru beli kalau tak tengok saja.
"Ariz kita nak pergi mana ni ? Faster please kaki aku dah sakit," adu Isyhad.
Sebenarnya Arif dan Ariz tak tau mahu ke mana sebab tu diorang asyik jalan sahaja yang bagi idea keluar jalan ni pun Ariana.
"Adik, adik nak pergi mana along dengan angah tak tau nak pergi mana setakat jalan dalam ni shopping mall tu boleh la. Okay any idea ? Angah dah naik bosan ni."
"How about movie ? Kita tengok cerita The Avengers yang baru keluar tu amacam ?" kening dinaik-naikkan minta pendapat.
"On !" jawab Isyhad pantas.
Mereka terus pergi ke bahagian movie, orang tak berapa ramai hari ni jadi takda kena beratur panjang dekat kaunter tiket.
"Biar along pergi beli tiket korang duduk la dulu dekat sana," jari telunjuk menunjuk ke arah bangku panjang di sebelahnya ada pasu bunga.
Tiba-tiba dia terlanggar seseorang dari arah yang berlawanan. Gadis itu terjatuh mungkin terlampau kuat impak dari pelanggaran tadi.
"Are you okay miss ?"
Isyhad, Ariana dan Ariz terus meluru ke arah Arif. Gadis itu bangun sendiri dia membetulkan bajunya sedikit. Arif terpaku melihat wajah gadis yang memakai tudung itu yang mempunyai mata yang besar, hidung mancung dan bibir yang berwarna merah jambu kemerahan.
Pakaian gadis itu sopan sesiapa sahaja yang memandang pasti akan rasa tenang malah gadis itu rendah sedikit darinya dan memakai kaca mata bulat.
"I'm sorry, saya tak sengaja langgar awak. Awak tak apa-apa kan ?"
Gadis itu tersenyum dan kepala diangguk sedikit. Arif menarik nafas lega nasib baik.
"Nama a-awak ?" terketar-ketar suara Arif disaat menanyakan nama gadis itu.
"Umi....Umi Syakila."
Dup dap dup dap jantung Arif mula berdegup kencang Ya Allah jelitanya gadis ini.
"Hai kak Umi ! Nama saya Ariana ni husband saya Isyhad. Ni Hariz abang kedua and yang ni Zarif abang sulung by the way nice to meet you," dihulur tangan ke arah Umi.
Huluran tangan disambut dengan senyuman. Umi tertarik dengan gaya Isyhad dan Ariz tapi hatinya lebih tertarik pada yang sedang berdiri di hadapannya kini.
"Nice to meet you too. Sorry akak tak boleh lama kalau ada rezeki kita jumpa lagi ermm akak minta diri dulu," gadis itu meminta diri.
Mata Arif hanya tertumpu pada gadis itu sehingga bayang Umi lenyap dari mata.
"Aip lama kau pandang minah tu tadi ni tiket dah beli ?" usik Isyhad. Kejadian tadi berlaku semasa Arif mahu membeli tiket dan gadis itu muncul dari arah lain.
"Haah tiket, aku pergi beli kejap."
Terukir satu senyuman di bibir merah Arif.
'Umi Syakila'
New chap 🌸 keep vote, comment and enjoy 🙈.
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...