ARIANA menggeliatkan badan untuk membetulkan urat-urat yang bersimpul sebaik sahaja turun dari kereta dah tidur macam-macam gaya gitu la dapatnya.Ada beberapa orang pekerja lelaki yang mungkin ada yang sebaya dengannya atau tua darinya sedang sibuk mendirikan khemah di halaman rumah opah dengar cerita opah nak dirikan 2 buah khemah maknanya kenduri ni bukan biasa-biasa la.
"Assalamualaikum !" Encik Yusof meluangkan salam.
"Waalaikumsalam, dah sampai pun. Meh masuk meh," opah datang menuju ke arah kami walaupun opah sudah berusia tapi masih cergas dan awet muda bak hang.
"Opah ! Opah sihat ? Rindunya Ariana dekat opah," tangan kedut opah Mariam disambut dan dikucup lembut kemudian dirangkul badan keding wanita tua itu.
"Opah pun sama rindu dekat cucu opah ni. Arif dengan Ariz sihat ? Lama opah tak jumpa kamu berdua," along dan angah pantas menyalami opah.
Opah kehilangan atuk tahun lepas, sejak itu opah agak kesunyian tapi anak-anak dan cucu-cucunya yang memberikan dia semangat. Atuk meninggal dunia kerana menghidapi kanser buah pinggang tahap 4 jadi harapan untuk atuk hidup lama tu agak mustahil.
Kami semua tahu atuk sakit kanser sebab dia pengsan dekat dalam bilik air. Doktor check dan doktor sahkan atuk ada sakit kanser buah pinggang tahap 4, tahap yang paling kritikal. Masa tu opah dah redha ye la stage 4 kut kalau awal lagi mungkin boleh rawat. Doktor jangka atuk mampu bertahan selama 6 bulan tapi kuasa Allah kan takds sapa yang tahu atuk boleh bertahan lebih dari 6 bulan dan dia masih boleh buat kerja.
Satu malam tu atuk rebah, dia dah tak berdaya makin lama kanser tu makin merebak. Syukur alhamdulillah, masa atuk nak pergi kami semua ada dengan dia kiranya masa dia pergi sempat la dia jumpa anak dengan cucu-cucu dia. Ibu selalu pesan atuk pergi dulu sebab Allah lebih sayangkan dia nanti atuk akan tunggu kita semua dekat syurga.
Sampai ke hari ini Ariana sentiasa mengingati pesan itu ye la yang hidup pasti akan mati betul tak so kita yang masih diberikan umur yang panjang ni mesti kena teruskan hidup.
"Eh jom lah kita masuk dalam sembang dekat luar ni panas sekurang-kurangnya dekat dalam ada kipas jom," ajak opah.
***
ARIANA mengeluarkan beg bagasinya dari bonet kereta Encik Yusof. Along ni bukannya nak bawak turun sekali, beg dia je dia kisahkan dasar abang tak guna decit hatinya.
Terpaksalah Ariana si kurus pergi mengambil begnya sendiri. Turun naik nafas dibuatnya apa benda yang aku bawa dalam beg ni beratnya macam bawa batu.
"Nak kami tolong ke cik adik ?" sapa seorang lelaki berbaju warna kelabu kedengaran suara halus gelak tawa dari sebahagian rakannya.
"Mind your own business. Dah siap ke belum pasang khemah tu ? Kalau dah boleh angkat kaki blah dari sini kalau belum siapkan la cepat," terus sahaja Ariana beredar dari situ suka sangat sibuk hal orang nasib ada rupa macam Aaron Aziz.
Ariana menarik bagasinya laju terus ke dalam bilik. Ariz tiba-tiba menghalang Ariana di depan pintu bilik.
"Diorang kacau adik ke ?" pantang Ariz kalau ada yang mengganggu adik perempuannya.
"Takda lah diorang just tegur je. Biasalah tu adik kan femes macam Fattah Amin sebab tu ada je yang nak tegur. Diorang nak autograf la tu hahaha." Ariana ketawa macam kambing minta nasi goreng USA. Bangga la tu puji diri sendiri pelik la kau ni Ariana.
Tangan Ariz pantas menjentik dahi licin Ariana. Orang serius dia main-main famous konon followers baru bape ratus je dah eksen. Naik 1k pun sebab Isyhad selalu suruh post gambar kalau tak gambar doreamon je la sampai bila-bila.
"Aduh ! Alah angah jealous takpa nanti adik bagi sign autograf okay," tangannya mengusap dahi yang terasa pedih.
"Bongok dah la malas angah layan adik ni."
Ariana ketawa terkekek-kekek apa yang mencuit hatinya sangat pun tak tau la. Ariz sudah lama hilang dari pandangan mata berganti pula seseorang yang membuatkan ketawa riang Ariana terhenti apabila dia melangkah masuk.
Shima, sudah lama dia tidak bersua muka dengan gadis itu sejak habis SPM. Kali terakhir dia jumpa masa kenduri kesyukuran di rumahnya.
Tika itu, mulalah Ariana terbayang semula kejadian yang selalu bermain di dalam akal fikirannya."Shima, kalau kau ada masa aku ada benda nak cakap dengan kau."
"Okay."
***
ARIANA menunggu Shima di hadapan jalan masuk rumah opahnya. Penduduk kampung yang lebih kepada warga tua mula datang untuk menyiapkan segala persiapan esok hari.
"Kau nak cakap apa ? Beria sampai nak cakap dekat sini."
Ariana memandang wajah Shima lama. Ditenung sahaja wajah jelita milik Shima, siapa kata Shima tak cantik cuma tu lah perangai je tak berapa nak kena dengan muka.
"Kalau kau panggil aku datang sini just nak tengok muka aku yang lawa ni baik tak payah dah la aku gerak dulu, suka sangat buang masa huh !"
"Tolong jangan kacau hidup aku lagi," saat Shima mahu melangkah pergi, Ariana bersuara.
"Apa dia ? Aku tak berapa nak dengar apa yang kau cakap tadi," sengaja sahaja Shima, bukan dia tidak dengar apa yang Ariana katakan tadi jelas lagi nyata tapi hati dah busuk telinga elok pun buat-buat pekak.
"Jangan kacau hidup aku dengan Isyhad. Kau takkan pernah boleh jadi aku Shima !"
"Hahahaha apa yang kau merepek ni Ariana, aku tak boleh jadi kau eh perempuan sepatutnya Ariana tu aku bukannya kau. Macam yang pernah aku cakap sebelum ni aku akan dapat apa yang kau dapat dan apa yang kau ada aku akan ada so tak mustahil kan hadui bodoh la kau ni Ariana."
Pang !!
Kesabaran Ariana sudah hilang dia menampar pipi Shima sekuat hati menyebabkan gadis itu jatuh ke tanah.
"Sedarlah Shima ! Sampai bila-bila pun atau sampai kiamat sekalipun kau takkan boleh jadi aku, kau faham tak !" air mata yang ditahan gugur jua.
Shima terpana seketika tidak pernah dia ditampar sekuat ini ibunya sendiri pun tidak pernah memukul dirinya ini kan pula Ariana yang hanya berpangkat sepupu sudah beberapa kali menamparnya.
"Yes, I will." Shima bangkit dan berlalu pergi dengan perasaan benci. Kau tunggu Ariana hidup kau akan musnah.
Shima pulang ke rumah opah dengan muka yang marah, benci, cemburu dan dendam.
"Kamu kenapa Shima ?"
Mak long Sakinah mendekati anak gadisnya. Matanya tertumpu pada kesan merah di pipi kanan Shima.
"Pipi kamu ni kenapa ?"
"Ariana tampar Shima tadi," jawab Shima.
"Apa ! Dia tampar kamu, kurang ajar betul tunggu la siap kau Ariana." Mak long Sakinah mula tak keruan memang pantang kalau ada siapa-siapa menyentuh anaknya. Dia sendiri tidak pernah pukul atau menampar ini pulak anak sedaranya Ariana yang memang dia tidak suka dari dulu berani berbuat sebegitu.
"Takpa nanti mak ajar dia alah siannya anak mak ni," mak long Sakinah mengusap pipi Shima dengan manja.
Shima senyum apabila maknya mengusap pipi dan sayang dia eii menyampah.
Yuhuu sori sebab lambat update. Idea xberapa nk masyuk btw enjoy for this chap and keep vote💜.
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...