CHAPTER 39

10.2K 397 64
                                    


ISYHAD sedang duduk berehat di ruang tamu. Suara televisyen yang terpasang kuat plastik keropok sana sini majalah yang elok tersusun di atas meja habis berselerak.

Mulut Isyhad sibuk mengunyah, kadang ketawa kadang tu marah-marah apa cerita yang ditonton pun tak tau la. Isyhad punya cara duduk amat la tidak sedap untuk mata memandang. Dah la berseluar pendek rambut pulak serabai haih siapa punya suami la ni.

Bila iklan je tukar siaran, sebab tu Ariana lebih suka tonton televisyen seorang diri kalau ada Isyhad semedang tukar siaran sana siaran sini hishh serabut !

"Abang ! Abang !" jerit Ariana dari tingkat atas.

"Sweetheart kenapa jerit-jerit ni ?" laung Isyhad kuat dari bawah tapi mata masih pada skrin televisyen.

Ariana yang dari tingkat atas menghampiri suaminya. Tanpa segan silu dia terus melabuhkan punggungnya di atas riba Isyhad. Rambut Isyhad yang serabai dibetulkan.

"Abang."

"Ada apa wahai permata cinta hati ku," sengaja Isyhad melagakan hidung mancungnya dengan hidung Ariana.

Ariana menarik nafas panjang sebelum berbicara.

"Tadi, masa Ariana tengah kemas baju dekat atas ibu call. Dia kata nak datang rumah."

"Okay...so ?" Isyhad mengangkat kening kirinya.

"Lepas ibu call mama pulak call cakap yang mama dengan ibu nak datang sekali," sambung Ariana lagi.

"Kenapa pun ada masalah ke ?" betul apa biar la ibu mertua dan mama nak datang bukan berdosa pun.

Ariana menahan geram aku la Isyhad ni karang.

"Masalahnya sekarang ni nampak tak tu majalah atas meja tu bersepah. Ni apa ni plastik keropok merata ni and this mulut abang bocor ke makan keropok sampai atas karpet. Dah bangun kemas. Ariana nak kemas dapur abang kemas ruang tamu," arah Ariana.

Tika Ariana mahu bangun Isyhad menghalang. Dipeluk pinggang isterinya erat.

"Kiss abang dulu."

Isyhad sudah memuncungkan bibirnya dia mahu Ariana memberikan dia satu ciuman.

"Eiii jangan nak gatal nah, cium bantal ni," bantal kecil yang berdekatan diambil dan ditekap ke muka Isyhad.

Ariana cepat-cepat bangun nanti kalau dilayan lain pula yang jadi. Isyhad tersengih nakal.

"Nanti la abang kemas. Bagi la abang tengok cerita ni dulu," rengek Isyhad.

"Diorang dah on the way dah abang. Anytime diorang boleh sampai cepat la abang jangan malas. Kemas bagi bersih karpet tu pulak jangan lupa vakum karang bersemut abang juga yang bising," Ariana terus ke dapur.

"Alaa nanti lah.."

"Now !" laung Ariana dari dapur. Isyhad terus bangun alamak madam dah mengamuk lantas Isyhad mengemas meja dan semua plastik keropok dikutip.


Tok ! Tok !

"Assalamualaikum," Encik Yusof memberi salam.

"Abang pergi buka pintu, diorang dah sampai tu cepat !" Ariana meminta Isyhad untuk membuka pintu sementara dia menyiapkan minuman.

Isyhad pun kelam kabut pergi ke arah pintu tapi malang tak berbau dia tersadung pada kaki meja. Jatuh tersembam Isyhad dibuatnya sakit jangan cakap lah.

"Mama ! Papa sampai pun. Jom la masuk ayah, ibu meh masuk dalam," sapa Isyhad sopan. Isyhad menyalami mereka semua.

Seksa jugak lah dia tahan sakit sampai berpeluh-peluh tapi Isyhad pakar dalam bab cover-cover ni.

"Ariana mana Isyhad ? Ibu tak dengar pun suara dia," tanya Puan Hawa kepada Isyhad.

Isyhad mempelawa mereka semua duduk di sofa. Isyhad pun sama duduk sekali kaki sakit derr tak mampu nak tahan.

"Ariana ada dekat dapur tu tengah buat air," jawab Isyhad.

"Eh tak payah susah-susah buatkan air kalau kami haus pandai lah cari sendiri," Puan Aminah pula yang bersuara.

Ariana dari dapur sambil membawa dulang tersenyum hingga ke telinga. Gembira bercampur rindu dengan ibu dan ayah serta mertuanya.

Dia lebih suka keadaan yang riuh macam ni takda la sunyi asyik berdua je dengan Isyhad.

"Takpa la mama ni kan first time mama dengan ibu datang sini," Ariana menghidangkan air kepada mereka.

Ayah dan papa pula sibuk berbincang hal bisnes pantang bersua muka mesti ada sahaja bahan yang mahu di borak.

***

"CEPATNYA nak balik tak nak makan tengah hari dulu ke ? Ariana baru ingat nak masak," Ariana memaut lengan Puan Aminah dan Puan Hawa.


"Alaa next time okay ?" Puan Aminah membelai pipi menantunya lembut.

Isyhad, Encik Azman dan ayah mertuanya masih lagi berborak di luar rumah.

Ariana muncungkan bibir tanda protes. Isyhad datang menghampiri kakinya yang baru sedikit terasa berdenyut sebentar tadi makin bertambah denyutannya namun ditahan jua.

"Tengok la tu mama suka sangat muncungkan mulut sebab tu Isyhad makin geram tu," sempat dikenyit mata kepada Ariana.

Ariana berasa jelek eii menyampah !

Puan Hawa dan Puan Aminah tersenyum-senyum, mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Dapat lah merasa timang cucu tahun ni !

"Ada-ada je kamu Isyhad. Okay la kami minta diri dulu. Kalau ibu atau mama nak datang sini makan tengah hari ibu roger-roger la Ariana okay ?" Ariana menyalami Puan Hawa dan ibu mertuanya.

Puan Hawa memeluk dan mencium kedua belah pipi Ariana begitu juga Puan Aminah.

Ariana dan Isyhad menghantar mereka di depan pagar. 2 buah kereta keluar serentak dari kawasan rumah mereka.

"Kaki abang tu dah okay ke ?"

"Sweetheart rasa ?" soalan dibalas dengan soalan. Ariana mendengus kecil.

"Dah okay la tu," terus Ariana beredar meninggalkan Isyhad.

"Aduh ! Sweetheart tolong abang kaki abang sakit ni. Sweetheart tak kesian ke dekat abang penat abang berlakon tahan sakit ni sakit tau tak," rengek Isyhad.

Ariana hanya memandang Isyhad sepi tau pun orang tanya elok-elok dia main-main.

Isyhad mendepakan kedua belah tangan meminta Ariana untuk membantunya.

"Nak dukung," pinta Isyhad manja.

"Gedik ! Jalan la sendiri tadi elok je kan," Ariana terus masuk ke dalam rumah.

Isyhad masih terpinga-pinga kurang asam punya bini. Takpa abang ingat tunggu je la abang akan balas balik.

"Ariana !"

New chap guy😋 keep vote, comment and enjoy🙆.

Raya dh nk dekat kome raya mana tahun ni?🙎

Sambil buat biskut raya tu meh le bace buku ni

👉 Aku Ada Bila Perlu by imanonoy

Baca jgn tk bace😙

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now