CHAPTER 50

11.8K 386 8
                                    


LISA melempar beg tangan berjenama Prada ke atas katil. Dia terus merebahkan badan di atas katil empuk miliknya. Lisa mengusap pipi yang pedihnya masih lagi tersisa. Hatinya sakit dan perasaan marah mula memuncak.

Handphone dikeluarkan dari beg tangan, laju jari jemari Lisa mendail nombor seseorang.

"Hello, malam nanti jumpa aku dekat tempat biasa. Aku ada job untuk korang."

Lisa bangun, handphone diletakkan di bantal kemudian dia menuju ke meja solek.

Lisa membelek wajahnya di hadapan cermin. Terlihat kesan merah pada pipi kanannya, memang cukup kuat tamparan kali ketiga yang Ariana berikan.

Nafasnya turun naik mengenangkan kejadian petang tadi.

"Arghhhhhh !!" jerit Lisa.

Prang !!

Habis berselerak barang di atas meja solek itu Lisa kerjakan. Bertaburan kesemua barang make up dan minyak wangi di atas lantai.

"Ya Allah Lisa ! Apa sepah-sepah ni ?! Kamu kenapa jerit macam orang gila. " Puan Sri Halida yang terdengar jeritan itu terus naik ke bilik Lisa.

Lisa tidak menjawab. Dia menghampiri mummy nya dan menolak tubuh tua itu keluar dari bilik.

"Mummy tolong keluar, Lisa takda mood."

"Kejap, Lisa kamu kenapa ni ?"

Lisa menundukkan muka, dia tidak mahu Puan Sri Halida melihat keadaannya sekarang.

"Mummy please..."

Ditolak Puan Sri Halida keluar dari bilik.

"Lisa ! Mummy tak habis cakap dengan kamu lagi, Lisa !!"

Puan Sri Halida mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali. Hatinya mula risau dengan kelakuan Lisa yang semakin teruk.


Ariana menghempas kuat plastik yang berisi barang dapur ke atas meja. Kunci keretanya juga sama turut dilempar, Ariana mendengus kasar. Dia berasa geram dengan tindakan Lisa menyerangnya tadi.

Isyhad yang elok minum air di dapur hampir saja tersedak.

"Sweetheart, uhukk nasib baik abang tak sakit jantung. Kenapa hempas-hempas barang ni ?"

Nampak kesan tompok air yang tumpah pada bajunya.

"Ariana geram tau tak. Abang tau tak Ariana jumpa siapa tadi."

Isyhad menggelengkan kepalanya perlahan.

"Ariana jumpa Lisa. Nak tau dia buat apa ? Dia datang serang Ariana dekat parking lepas tu dia berani tampar Ariana and suruh Ariana bagi abang pada dia. Dia cakap Ariana ni tak layak jadi isteri abang la abang tak hidup bahagia dengan Ariana la what the hell !!" luah Ariana geram.

Isyhad terkedip-kedip mendengar luahan Ariana, uishh marah betul ni.

"Abang dengar tak ?!"

"Ye abang dengar."

"Tipu, abang tak terkejut pun," bebel Ariana.

"What ?! She slapped you ?! Haa dah terkejut dah hahahahaha," pecah tawa alahai comel la kau Ariana.

Ariana jebik, dia mencubit dada Isyhad kuat.

"Aduh sweetheart sakit. Okay abang minta maaf abang loading sekejap tadi," Isyhad mengadu kesakitan. Dah lama dia tidak kena cubit dengan Ariana.

"Orang serius dia main-main eiiii !"

Isyhad menggeletek seperti cacing kepanasan apabila Ariana memulas kuat sebelum Ariana melepaskan cubitannya.

"Sweetheart cakap apa dekat Lisa tu ?"

Ariana tersenyum jahat sebelum memulakan bicara.

"Nak tau Ariana buat apa ? Ariana tampar perempuan tu balik bukan sekali tapi tiga kali. So kalau abang nak merasa kena tampar macam tu buat la masalah. Dah la Ariana nak naik dulu, Ariana nak mandi nak solat bye !" Ariana meninggalkan Isyhad.

"Sweetheart ! Dada abang sakit ni kalau ada kesan siap sweetheart malam nanti. Tunggu lah !"

***

"BOS, apa job yang bos nak kami buat ?"

Lisa meneguk air arak dengan nikmat. Kepalanya terasa sangat lapang. Lampu warna warni menyinari kelab malam yang dipenuhi dengan manusia yang masih dalam kesesatan.

Lagu dipasang kuat seperti mahu pecah gegendang telinga. Suasana di situ amat bising dan tidak tenteram. Orang yang mabuk mula terhuyung hayang di awangan.

Lisa memberi isyarat kepada dua lelaki yang merupakan orang suruhannya mendekati untuk Lisa membisikkan rancangan kepada mereka.

Lisa menerangkan perjalanan rancangan dari permulaan hingga pengakhiran.

"So bos nak kami buat sampai tahap yang macam mana ? Kejam atau sengsara ?" tanya salah seorang orang suruhan Lisa.

Lisa tersenyum sinis, "Aku nak dia lenyap terus dari dunia ni korang fahamkan maksud aku. Pastikan Isyhad takda dengan dia masa korang buat kerja faham ?"

Kedua orang suruhan Lisa mengangguk menandakan mereka faham dengan arahan yang diberikan.

"Macam mana dengan payment ? Takkan takda penambahan bos."

Kali ini asap rokok pula yang keluar dari mulut Lisa. Lisa menghembuskan asap rokok dengan megah, megah dengan nikmat yang dirasakan.

"Korang kerja dengan aku dah lama pernah ke aku tak bagi korang lebih. But for this time, settle je kerja 100k dalam account korang. Itu pun kalau kerja settle lah kalau tak satu habuk pun korang tak merasa."

Orang suruhan Lisa mula terbayang duit 100 ribu yang bakal mereka miliki. Dah boleh bau duit dah ni.

"Korang boleh pergi, but one more thing make sure kerja ni clean jangan ada satu kesan pun," Lisa memberi amaran.

"Beres bos !"

Kebahagiaan kau tak lama Ariana tapi ajal kau yang akan tiba. Kau akan menyesal sebab kau rampas hak yang patut aku miliki.

'Just wait and see.'

Halu readers teman sekalian👀 new chapter utk kome💃. Mcm biasa ler vote, comment and enjoy. Teman tkde apa nk di bebelnya so baca la ye ;-)

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now