ISYHAD menggerak-gerakkan bahu Ariana supaya gadis itu bangun. Sepanjang perjalanan Ariana tidur sahaja kesian Isyhad kena drive seorang diri. Bukan niatnya untuk menganggu tidur isterinya tetapi mereka sudah lama sampai di rumah. Mereka berdua berbulan madu selama 2 minggu sahaja, cuti yang selebihnya dia mahu menghabiskan dengan melakukan aktiviti yang lain."Ariana, wake up," gerak Isyhad.Ariana terjaga dia menggeliat untuk membetulkan urat-urat yang terasa sengal. Tangannya menggosok-gosok mata.
"Kita dah sampai jom."
Ariana turun dari kereta dia meluru masuk ke dalam rumah sungguh dia rindu akan ibu dan ayahnya Isyhad pula ditinggalkan begitu sahaja.
"Assalamualaikum ibu," laung Ariana bergema suaranya di ruang tamu.
Puan Hawa yang dari dapur pergi menjenguk pemilik suara yang memberi salam tadi. Di bibirnya terukir senyuman.
"Ariana anak ibu," lantas dipeluk tubuh anak gadis yang amat disayanginya dicium-cium pipi Ariana. Aduh ibu bau bawang lah.
"Ibu I really miss you," Ariana memeluk pinggang ibunya manakala kepalanya diletakkan di bahu Puan Hawa dasar anak bongsu nak melekat aje kerjanya.
"Ibu pun sama, Isyhad meh sini kenapa jauh sangat."
Isyhad mendekati Puan Hawa dan menyalami ibu mertuanya dia pun rindu juga dengan Puan Hawa.
"Ayah mana ibu ?" tanya Isyhad. Sunyi je rumah ni selalu riuh.
"Ayah biasa lah pergi melepak dengan kawan-kawan dia macam kamu tak tau pulak." Banyak kali juga Puan Hawa membebel dah makan dekat rumah tapi still nak keluar.
"Eh pergi naik atas dulu rehat, nanti ibu dah siap masak ibu panggil. Ariana bawak Isyhad naik atas."
"Ibu masak apa ? Rindu la nak makan sambal udang ibu kalau dapat ni perghh sodap." Ariana menelan air liur pikir tentang kenakkan makanan itu.
"Hish pergi bawak Isyhad naik atas cepat !" Puan Hawa menepuk punggung Ariana degil sangat. Ariana menarik muncung itiknya Isyhad tersenyum haduhai bini aku ni mana la aku tak geram.
Ariana diam menyepi di atas katil. Dia duduk bersila sambil termenung jauh mengimbas kejadian yang berlaku semasa di Pulau Tioman. 'Sweetheart I love you' dia cintakan aku ? Ariana tersenyum sendiri.
"Awak."
"Hmm ?" Isyhad mengelap rambutnya yang basah, dia memandang gadis itu.
"Awak cuti berapa lama ?" entah kenapa soalan itu yang terlintas di dalam kepala.
"Sebulan, why ? Kau tak suka ke aku cuti lama ?" tuala yang digunakan tadi dimasukkan ke dalam bakul.
"Bukan macam tu tapi, kenapa lama sangat ?" anak mata Ariana ralit melihat perbuatan Isyhad. Apa yang lelaki itu buat semua nampak macho nampak handsome hai hati kalau dah suka gitu la gamaknya.
"Of course la lama sebab aku kan fly jauh-jauh so kalau nak cuti tu terus ambil cuti panjang. Lepas cuti tu start la busy balik."
"Ooo macam tu ke," susah ye jadi pilot ni. Tapi derita jugak jadi wife pilot asyik-asyik kena tinggal.
"So dengan cuti ni aku nak spend time la dengan kau okay," Isyhad menarik hidung Ariana.
"Isyhad," panggil Ariana lagi.
"Apa lagi yang kau nak tanya." Isyhad mengambil tempat di sebelah Ariana. Rambut isterinya yang terjuntai diselak ke belakang telinga.
"Erm kita takda ke panggilan kita sendiri," tangannya menguis-nguis cadar katil.
"Means ? Aku tak faham ?"
Perasaan malu mula menyerbu, wajah Ariana mula terasa bahang nak cakap ke tak kalau cakap nanti aku yang malu tapi aku teringin nak buat benda tu baru feel macam suami isteri yang sebenar hadui susah ni.
"Alah kalau orang kahwin mesti panggil awak tak nak ke ?" Ariana hanya memandang bawah tak mampu nak pandang muka Isyhad, malu.
"Ouh ada tapi, kau nak ke ?"
Ariana terus mengangkat muka. Kepalanya diangguk berkali-kali menandakan yang dia mahu.
"Apa ya ? Haa aku panggil kau sweetheart. Kau pulak panggil aku abang jangan panggil lain nak abang je faham. Lepas tu kalau time aku gatal-gatal dengan kau aku panggil kau 'baby' macam mana? " sengaja perkataan baby ditekan.
"Tapi kau nak ke kalau kau tak nak just stick dengan panggilan sekarang ni," sambungnya lagi.
Sebenarnya Isyhad memang nak sangat panggil Ariana dengan panggilan itu tapi biasa la ego. Dia selalu bayangkan kalau Ariana memanggilnya 'abang' hari-hari mesti comel.
"Saya okay je tapi saya tak suka awak gunakan 'aku' 'kau' lagi tau," jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan kanan.
Isyhad ketawa kecil, dipegang kedua belah pipi Ariana. Gadis itu pula mencubit pipinya. Kadang-kadang Ariana menarik pipi Isyhad menjerit lelaki itu. Kedengaran tawa mereka di dalam bilik.
Puan Hawa hanya mendengar dari luar dia mengeluh lega alhamdulillah.
"Ariana, Isyhad jom turun ibu dah siap masak. Ayah dah balik dia tengah tunggu kamu berdua dekat bawah."
Dengar sahaja suara ibu Ariana mencium bibir Isyhad sekilas kemudian terus keluar. Isyhad terkedu dia tersenyum. Sekarang dah nakal ye siap la kau nanti Ariana.
Selesai kesemua pinggan diisi dengan nasi Ariana membantu ibunya menuangkan minuman. Terhidang pelbagai jenis lauk pauk yang sungguh enak Ariana tak sabar dah nak sambar sambal udang sudah lama dia inginkan makanan itu.
Encik Yusof meminta Isyhad untuk membacakan doa dan menantunya itu hanya menurut. Mereka semua menadah tangan untuk mengaminkan doa. Ariana hanya tersenyum-senyum melihat Isyhad bagusnya husband aku bisik hatinya.
Habis baca doa Ariana mencedokkan lauk untuk Isyhad macam yang selalu ibu buat untuk ayah baru la isteri mithali. Puan Hawa hanya tersenyum dia menyiku suaminya yang baru hendak menyuap nasi.
Sesekali Isyhad mengerling ke arah Ariana. Gadis itu sedang sibuk melayan sambal udang kegemarannya. Dalam pinggan Ariana tersusun beberapa ekor udang Isyhad geleng kepala dan menyambung suapannya.
"Ariana cuti ni kamu nak buat apa ? Tak nak pergi cari kerja." Puan Hawa bertanya kepada anak gadisnya.
"Kerja ? Result pun tak keluar lagi," jawabnya tapi tangan sibuk mengopek kulit udang.
"Memang la maksud ibu kerja sementara takda la kamu membuang masa sambil tunggu result keluar."
"Erm malas la Ariana nak duduk rumah nak teman ibu." Kalau aku kerja nak kerja apa ?
"Kalau kamu nak kerja boleh tolong mak lang kamu dekat butik dia ringan sikit kerja mak lang kamu tu," cadang Puan Hawa.
Ariana hanya memberi senyuman. Dia mengambil pinggan ibu dan ayah serta suaminya lalu di bawa ke dapur. Isyhad memandang Ariana dari ekor matanya.
Betul jugak cakap ibu kalau aku kerja takde la aku buang masa. Ariana mula memikirkan cadangan yang ibunya katakan tadi. Lama dia termenung sampai Isyhad datang pun dia tak sedar. Lelaki itu memeluknya dari belakang alahai keciknya pinggang.
"Eh abang ni terkejut Ariana ingat siapa tadi," dia panggil aku abang hati Isyhad mula berbunga-bunga.
"Abang la siapa lagi yang boleh peluk-peluk awak."
Ariana tersenyum apabila Isyhad mula menggelarkan dirinya abang dan tiada lagi penggunaan 'aku' 'kau'.
Tangan Isyhad mula gatal. Dia mula mengusap-ngusap perut isterinya. Ariana apa lagi dengan perangai budak sekolahnya dia mencalit buih sabun ke muka Isyhad eww sabun basuh pinggan terlepas pelukannya dari pinggang Ariana. Tawa mereka pecah tanpa sedar ada 2 pasang mata yang memerhati drama romantik pasangan suami isteri ini.
Chap 14. Keep vote and enjoy!
-H.Munirah-
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...