CHAPTER 38

9.9K 348 22
                                    


ARIANA dan Hadif mula berkawan rapat. Hadif ada sentiasa bersama Ariana ke mana sahaja gadis itu pergi. Ariana cuba juga untuk tidak terlalu akrab dengan Hadif disebabkan statusnya yang bergelar isteri.

Mungkin nampak tidak manis di mata orang lain tapi niat Ariana hanya mahu berkawan. Itu niat Ariana sahaja niat sebenar Hadif ? Tiada siapa yang tahu.

Dekat U Ariana, takda sorang pun yang tau bahawa dia sudah berkahwin. Ariana ni jenis yang suka tak ambil kisah tentang hal yang penting. Contohnya pasal status dia sekarang lah tapi kalau benda remeh Ariana suka jadikan satu isu.

"Ariana, Isyhad cuti ke sekarang ?" air botol mineral diteguk laju.

Ariana membalas dengan anggukkan. Mulutnya sibuk mengunyah roti gardenia perisa coklat yang dibeli tadi di kafe.

"Hai !" Hadif datang menyapa mereka berdua.

Ariana senyum lebar dan dia membalas sapaan itu. Arissa memandang pelik.

"Sorry ganggu, Ariana jadi tak kita pergi library hari ni ? Kalau jadi saya tunggu awak dekat tempat biasa okay ?"

"Jadi, awak tunggu je saya dekat sana,"balas Ariana. Arissa makin bertambah pelik melihat Ariana.

"Alright. Saya pergi dulu saya dah lambat ni, bye." Hadif terus bergegas pergi dari situ.

Ariana menyambung makan semula, Arissa yang memandangnya dari tadi tidak dihiraukan.

"Sejak bila kau rapat dengan mamat tu Ariana ? Asal aku tak tau ?" tanya Arissa.

"Rapat tu tak la berapa rapat sangat tapi Hadif yang banyak tolong aku dekat sini," jawab Ariana tenang.

Arissa mengeluh panjang. Dia bukan apa Arissa tidak mahu perkara yang tidak diinginkan akan berlaku.

"Isyhad tau tak kau berkawan dengan Hadif and Hadif tu tau yang kau dah kahwin ?" Arissa memandang tepat ke arah wajah Ariana.

Ariana menggelengkan kepalanya perlahan.

"Ariana, kau kenapa doh. Selama ni Isyhad tak tau la. Lepas tu Hadif tu pun tak tau yang kau dah kahwin, so kiranya takda sapa la yang tau benda ni kecuali aku."

"Aku tak suka la nak share hal peribadi aku dekat semua orang. Aku kawan je dengan Hadif tu bukannya aku buat benda tak baik kitorang duduk pun jauh," riak wajah Ariana mula berubah apabila Arissa mempertikaikan perbuatannya.

Arissa menepuk dahinya berkali-kali. Ariana ni tak pernah berubah suka tak ambil serius dengan benda yang penting.

"Ini bukan masalah kau duduk jauh ke dekat tapi Isyhad kena tau kau berkawan dengan siapa. Aku tak nak jadi apa-apa kita tak tau Ariana apa yang Allah aturkan. Sebelum terjadi kita elak kau fahamkan maksud aku," nasihat Arissa.

"Kau jangan risau, nanti aku bagitau Isyhad okay ? Kau ada kelas hari ni so aku ajak dia teman aku kalau tak takda maknanya aku nak ajak dia. Aku janji lepas pergi library aku terus balik, promise ?" Ariana memegang tangan Arissa dia tahu temannya itu risau.

"Hmm ye lah."

Ariana berasa lega apabila Arissa mula tersenyum kembali.

***

ISYHAD ligat bermain handphone di atas katil. Ariana melihat kelakuan Isyhad daripada pantulan cermin meja solek.

Ariana menyapu lotion ke seluruh lengan dan juga leher. Rambutnya dibiarkan lepas tak berikat. Ariana memakai baju tidur bercorak bunga matahari dengan tubuhnya yang kecil itu membuatkan dia kelihatan comel.

Selesai mewangikan diri Ariana naik ke atas katil. Bantal ditepuk beberapa kali, itu kebiasaan Ariana lakukan sebelum tidur.

Ariana duduk bersila dan memandang Isyhad. Nak bagitau ke tak nak aduh macam mana ni Ariana mengeluh gelisah.

"Sweetheart ada benda nak share dengan abang ke ?" tanya Isyhad.

Apa aku nak jawab ni ? Kalau aku bagitau Isyhad nanti dia fikir yang bukan-bukan pulak.

"Errr Ariana..." jantung mula berdegup kencang.

Isyhad menanti apa yang ingin isterinya katakan.

"A-Ariana..."

"Ariana apa ? Kenapa gagap ni, sweetheart ada buat benda yang tak baik ke dekat U ?" kan aku dah cakap dia suka fikir yang negatif.

"Ariana rindu dekat mama bila kita nak jumpa mama abang. I miss her so much," tipu Ariana. Aku tak sedia lagi, Ya Allah maafkan aku.

Isyhad mencubit pipi Ariana. Suka suspen tau budak ni.

"Hujung minggu ni kita balik rumah mama okay. Ada ke rindu mama abang ni yang patut di rindu setiap hari sebab duduk rumah sorang-sorang," jebiknya.

Ariana ketawa terpaksa. Aku berdosa tipu Isyhad aku nak bagitau dia pasal Hadif tapi aku takut Isyhad fikir aku curang dengan dia aku tak nak macam tu.

'Aku tak nak !'

New chap💃 keep vote, comment and enjoy!

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now