SUDAH hampir 3 minggu, Hadif masih tidak lagi kelihatan. Adakah dia sudah berhenti atau dia ada cuma Ariana yang tak nampak keberadaan Hadif di sini.Tapi semenjak itu, Ariana sering mendapat mesej dari nombor yang dia tidak kenali malah ada juga sesekali nombor itu menelefon Ariana pada waktu malam.
Ariana tidak menghiraukan malah dia sudah blcok nombor telefon itu. Yang peliknya, bila Ariana block ada lagi nombor lain yang Ariana tidak kenali menghantar mesej yang sama. Setiap kali block, mesej yang sama dihantar cuma nombor telefon yang berbeza.
Ariana mungkin syak itu Hadif tapi mana dia dapat nombor telefon Ariana sedangkan Ariana tak pernah kongsi atau mahu memberi nombor telefonnya dengan orang yang sembarangan. Walau rapat sekalipun Ariana masih teragak-agak kecuali yang dia betul-betul percayai.
Mesej dan panggilan dari nombor itu Ariana tidak pernah jawab atau membalas. Dapat je nombor pelik dia terus block takda masa nak layan.
Ting !
Ariana membuka aplikasi whatsapp. Lagi ? Tak serik ke orang ni asyik mesej aku. Ish rimas betul !
Selalu Ariana tak baca mesej itu tapi kali ni dia terdetik untuk membaca.
Unknown
Rindu I tak ? Kenapa tak pernah balas mesej I. You dah benci I ke ? I love you baby please reply.
Ughh ! Naik mual Ariana dibuatnya. Baby-baby bagai geli aku. Pantas Ariana membuang mesej itu dan dia terus menutup handphone. Ariana kembali study bersama rakan sekelasnya.
Ting !
Mesej masuk lagi.
Unknown
I kata reply tu reply je lah ! Susah sangat ke. You jangan bagi I marah !!!
Nak marah-marah pulak lantak kau lah. Tiba-tiba 'lastseen' elok sangat pun asyik nak mengacau je.
Terus handphone ditutup dan silent mode diaktifkan.
***
"ASSALAMUALAIKUM, abang ? Abang ouh abang. Abang !"
"Ye abang dekat dapur ni. Asal jerit-jerit, abang tak pekak lagi la sayang," sahut Isyhad dari dapur.
Ariana tersengih malu. Isyhad datang menghampiri Ariana.
"Ariana ingat abang hilang tu yang panggil kuat-kuat tu," Isyhad tersenyum, takut sangat.
"Abang kemas dapur tadi. Abang nak hilang ke mana ? Isteri abang dekat sini buat apa nak hilang bagai hanya maut yang memisahkan kita okay ? Remember that," diusap pipi Ariana.
Ya hanya maut yang akan pisahkan kita berdua. Tapi buat masa sekarang ni Ariana tak bersedia lagi untuk alami benda tu bisik hati Ariana.
"Dah, pergi naik atas solat," arah Isyhad.
Ariana akur lalu dia pergi naik ke tingkat atas. Beg dan fail ditinggalkan di atas meja makan.
Isyhad duduk berehat di ruang tamu sementara menunggu Ariana turun. Matanya ralit memandang handphone sedangkan televisyen di hadapannya terpasang kuat.
Tiba-tiba handphone Ariana berdering. Isyhad baru hendak menjawab panggilan itu tapi tidak sempat.
Isyhad menunggu lagi mesti orang itu akan menelefon semula. Lama dia tunggu orang itu pun menelefon kembali.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...