KENDURI naik buai anak lelaki Abang Fadil berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Ramai orang kampung yang hadir, memang selalu macam tu kalau opah Mariam buat kenduri ke makan-makan ke confirm penuh.Meriah tu meriah tapi tak semeriah seperti selalu. Muka Puan Hawa langsung tak senyum masam aje kalau senyum pun terpaksa entahlah hati rasa terguris sangat. Ariana pula tak banyak bercakap selalu dia lah juara mulut non stop bercakap. Cakap pun 2 3 patah lepas tu senyap Isyhad rasa tak happy kalau macam ni. Baru dia nak merasa gembira ramai-ramai keluarga berkumpul tapi haih Tuhan saja yang tahu.
Mak long Sakinah bukan rasa apa dia seronok bergelak tawa, bergosip dengan makcik-makcik kentang. Saiz badan mereka semua serupa bulat-bulat macam kentang hanya mak long Sakinah sahaja yang slim di kalangan mereka.
Kenduri itu tamat tepat pukul 4 petang semua ahli keluarga sama-sama mengemas. Ada yang susun kerusi, lipat meja semuanya lah yang berkaitan dengan mengemas. Mula sama-sama habiskan pun sama-sama baru la istilah adil itu ada kalau cuma goyang kaki tak buat apa-apa tapi pandai mengarah pi masuk kubur sana.
Ariana membantu mak ngahnya mengangkat buffet makanan. Lauk yang sama jenis yang tak habis disatukan sekali nanti boleh panaskan dan boleh disedekahkan pada orang kampung.
"Ariana tolong ambilkan satu lagi buffet dekat luar lepas tu bawa ke dapur bagi pada mak ngah," pinta Puan Hawa.
Ariana yang baru duduk mahu untuk hilangkan rasa penat disuruh lagi oleh ibunya.
"Kejap lah sayang nanti rehat okay ?" lembut sahaja pujukan Puan Hawa meminta anak gadisnya untuk membuat apa yang dipinta.
Mahu tak mahu Ariana pergi menjalankan tugas. Selipar bulu jenama adidas disarung, selipar itu Isyhad yang beli dia kata kalau Ariana pakai nampak matang plus comel.
"Suka la kau kan mak kau back up kau, opah pun back up kau semua orang menangkan kau mak aku pulak semua orang marah dia. Tak suka dengan dia so puas la hati kau kan Ariana ?"
Ariana dapat menangkap pemilik suara itu tapi dia buat tak dengar dan terus berjalan.
"Hey perempuan ! Aku cakap dengan kau ni !" seakan marah sahaja bunyinya.
Ariana berpaling, dicari-cari suara itu. Sengaja dipandang belakang, atas,kiri dan kanan. Ariana mencari dari mana datangnya suara itu sebelum dia memandang wajah yang merah padam menahan marah.
"Kau nak apa Shima ?" soal Ariana acuh tak acuh malas dirinya mahu melayan perempuan yang tidak tahu malu.
"Aku nak Isyhad, aku tak kira aku nak kau bagi Isyhad pada aku," jawab Shima.
"Confident nya kau Shima macam lah Isyhad nak dengan kau jangan mimpilah. Dasar perempuan gila !" maki Ariana kemudian dia teruskan perjalanan mahu pergi ambil benda yang disuruh oleh Puan Hawa tadi.
"Aku tak habis cakap dengan kau lah !"
Shima menarik lengan Ariana kuat hampir terkoyak baju kurung cotton corak bunganya itu.
"Lepaslah bodoh !" Ariana menepis tangan Shima dari lengannya dan menolak kuat gadis itu sehingga dia terjatuh ke tanah.
Shima jatuh terduduk di atas tanah terasa sengal sedikit di bahagian punggungnya padan muka gedik lagi.
"Kurang ajar kau Ariana !" Shima bangun dan menyerang Ariana. Tangan diangkat tinggi untuk menampar pipi gadis itu.
Namun, sempat dihalang oleh Isyhad. Isyhad memegang pergelangan tangan Shima kuat kalau lewat sedikit tadi mungkin sempat Shima menampar Ariana.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...