CHAPTER 51

11K 397 8
                                    


"COMEL je kan Aizat dengan wife dia. Ariana suka tengok diorang sepadan macam pinang dibelah dua."

Isyhad hanya mendengar, tangannya ligat membuka kunci pintu rumah mereka.

"Lama tau Aizat nak mengorat si Intan Amira tu sampai broken and sampai dia putus asa. Tapi, jodoh diorang kuat alhamdulillah akhirnya mereka disatukan juga."

Ariana mengangguk tanda bersetuju. Nak dibandingkan dengan Aizat yang baru mula hidup dalam alam rumah tangga hebat lagi cabaran yang Ariana tempuhi bersama Isyhad.

Akan tetapi Ariana amat bersyukur bahawa ikatan perkahwinan mereka masih lagi kuat. Harap perpisahan itu tiada dalam perjalanan kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri.

"Abang ! Plastik sampah ni abang tak buang lagi, kan Ariana suruh abang buang tadi sebelum kita keluar."

"Abang lupa, sweetheart biar situ dulu kejap lagi abang buang abang nak tukar baju," ucap Isyhad sebelum naik ke bilik.

Suka sangat lupa. Alang-alang aku dekat sini biar la aku buat nak tunggu Isyhad lambat.

Cawan air yang diminum tadi Ariana letak di dalam sinki. Dia mencapai plastik sampah dan dibawa ke luar.

Laju kakinya melangkah sambil membawa plastik sampah ke luar rumah. Elok Ariana melintasi pagar rumah enjin sebuah kereta dihidupkan.

Sudah lama mereka memerhatikan gadis itu dan nasibnya sungguh baik kerana Isyhad tiada bersama dengan Ariana.

Pedal minyak ditekan dan kereta itu meluncur laju ke arah Ariana yang masih tidak menyedari kehadiran kereta itu kepadanya.

Tiba-tiba....

Sreeetttt !!!

"Ariana !"

"Awww.."

Isyhad, dia sempat menyelamatkan Ariana daripada dilanggar. Kereta itu cepat melarikan diri namun Isyhad sempat melihat nombor plat kereta tersebut.

"Sweetheart okay ?"

Isyhad membantu Ariana bangun. Ariana terjatuh kerana Isyhad tiba-tiba menariknya kuat.

Ariana mengangguk perlahan. Ada sedikit luka pada tapak tangan kirinya.

"Kan abang dah cakap biar abang yang buang sampah tu. Kenapa Ariana gatal pergi buang kalau apa-apa jadi tadi macam mana," marah Isyhad.

"Ariana cuma nak tolong tapi tadi tu kereta siapa ? Kenapa dia nak langgar Ariana ?"

Isyhad mengeluh panjang kalaulah dia lambat sedikit pasti Ariana sudah dilanggar. Hati Isyhad mula rasa tidak tenang siapa pulak yang berdendam ni.

"Jom masuk, abang rawat luka sweetheart dulu. Hal tadi tu biar abang yang settle kan."

Isyhad membawa isterinya masuk ke dalam rumah. Aku tak boleh berjauhan dengan Ariana lepas ni bahaya !

***

BAAM !!

Meja dihentak kuat. Naik turun nafasnya menahan marah. Mata tidak lepas memandang dua orang lelaki yang berdiri di hadapannya tertunduk ketakutan.

"Macam mana korang buat kerja ?! Benda tu simple je takkan itu korang tak boleh nak buat !! Aku dah cakap pastikan betina tu seorang diri korang ni faham arahan ke tak hah ?!!"

Terketar lutut apabila melihat reaksi Lisa yang macam singa. Kulitnya yang putih bertukar merah.

"Kami faham tapi Isyhad tiba-tiba muncul takkan kami nak teruskan juga. Bos kan tak nak Isyhad cedera," ujar orang suruhan Lisa.

Lisa meraup wajahnya. Dia kusut dan dia rasa marah sebab rancangannya musnah. Lisa berjalan ke sana dan ke mari.

"Korang boleh blah. Aku takda mood sekarang ni. Bagi kerja senang pun tak boleh nak buat."

"Payment bos ?"

Membulat mata Lisa. Kerja tak buat nak duit ceh.

"Dah kerja tak settle 100k tu cancel la. Tapi korang still kena perhatikan betina tu aku takkan biarkan dia terlepas. Payment korang aku dah bank in tapi yang biasa la 10k, dah pergi."

Kedua orang suruhan Lisa berlalu pergi. Tak dapat 100k pun 10k pun duit juga tapi kalau dapat memang lumayan.

Macam mana aku nak hapuskan Ariana tu. Susah la kerja aku nak dapatkan Isyhad balik kalau perempuan tu ada dengan dia.

'Ahh tak boleh ni aku kena fikirkan cara yang lain. Kau tunggu Ariana kau tunggu !'

New chapter😊. Hai kome semua !! Maaf ler teman tk dpat update ahad lepas sebab ada masalah skit. So mlm ni teman update utk ganti balik la ye so adil la kan ? Orait mcm biasa vote, komen and enjoy!!

-H.Munirah-

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now