MASALAH Ariana dan Isyhad masih belum selesai. Tiada satu dari ahli keluarga Ariana mahupun Isyhad mengetahui akan perkara ini. Sejak kali terakhir Ariana datang ke rumah Aiman, khabar berita tentang gadis itu sudah tidak kedengaran lagi.Setiap hari telefon Isyhad pasti akan berdering menerima panggilan dari Ariana tapi kali ini deringan itu tiada malah senyap dan sunyi sahaja.
Isyhad seperti biasa cuma sekarang dia sudah tidak termenung sendiri atau terperap di dalam bilik. Isyhad banyak melakukan aktiviti yang biasa dia lakukan kononnya mahu mengisi kekosongan yang tidak mungkin dapat dipenuhi. Hanya Ariana yang mampu mengisi kekosongan itu ya, hanya Ariana.
Betul ke apa aku buat ni. Sampai bila aku nak hukum Ariana ? Dia berhak diberi peluang untuk perbaiki kesilapan yang dia lakukan. Tapi aku, terus menerus menghukum seperti kesalahan tu amat besar untuk dimaafkan. Ya Allah apa aku dah buat ni ?
"Ariana, kau okay tak ni aku tinggal kau sorang-sorang dekat rumah ?"
Ariana tidak menjawab. Dia tidak bertenaga mahu membalas dengan keadaan dirinya yang lemah akibat demam. Demam rindu mungkin ?
"Ariana kau okay tak ? Kalau tak okay aku tak balik kenduri rumah mak aku. Bukan kenduri apa pun cuma kenduri arwah dengan tahlil untuk arwah atuk aku je,"
"Aku okay. Kau pergi je la balik kesian mak kau apa pula dia kata nanti. Takpa, aku kan ada ubat apa guna ubat tu kalau tak boleh nak sembuhkan demam aku ni. Cepat, nanti lambat pulak sampai sana," ujar Ariana.
Ariana tau Arissa risau akan dirinya tapi mak dia lagi penting. Misal kata dia tak mampu bangun mungkin Ariana akan halang tapi selagi dia boleh bangun Ariana akan tetap usaha.
Mujur Ariana demam waktu cuti sem penggal pertama kalau tidak entah berapa kelas yang dia akan skip untuk cuti berehat. Dia demam ni pun mana bagitau pada Puan Hawa nanti kalau ibunya tahu Isyhad tidak tinggal serumah dengannya satu masalah lain bakal timbul.
"Aku risau tau tak. Demam kau tak kebah-kebah lagi suhu badan dah turun. Bila pergi klinik check, doktor cakap kau demam pergi hospital pun sama. Nasib baik la kau demam ni kita dah start cuti sem tau," bebel Arissa sendiri.
Masih kelihatan lagi senyuman manis Ariana walaupun wajahnya pucat. Orang cakap je senyum apa yang lawak entah, orang risau pasal dia hish decit Arissa.
"Aku pergi dulu, petang aku balik sini. Jangan lupa makan aku dah masak untuk kau. Tunggu aku balik jangan nak menggatal nak keluar rumah."
Ariana menemani Arissa sehingga ke depan pintu rumah, Arissa pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal.
"Pintu pagar ni tutup nanti masuk perompak," pesan Arissa sebelum motosikalnya berlalu keluar dari kawasan rumah.
Kepala Ariana terasa amat berat, terus sahaja dia masuk ke dalam rumah. Ariana menuju ke sofa denyutan di kepala semakin terasa.
Ariana merebahkan badan di atas sofa. Diurut-urut sedikit supaya rasa denyutan hilang. Mata Ariana mula layu dan tidak lama kemudian Ariana terlelap lena. Pesan Arissa yang menyuruhnya menutup pintu pagar tidak dilaksanakan.
***
ISYHAD menuruni anak tangga satu persatu dia mencari kelibat Aiman ada sesuatu yang ingin dia bicarakan dengan temannya itu.
Aiman muncul dari dapur. Dia membawa sebotol air gas dan juga beberapa jenis keropok. Aiman berulang kembali ke dapur, tidak lama kemudian dia datang sambil membawa segelas cawan yang berisi ais ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Isteriku Form 5 ✔
Romance[COMPLETED] Kahwin muda ? banyak dah. Tapi bagi ARIANA untuk berkahwin dalam usia yang muda yang masih bersekolah tambahan bakal menduduki SPM sukar bagi dirinya untuk menerima. Lain pula bagi ISYHAD, dia sudah pun bersedia. Dia merupakan seorang pi...