CHAPTER 24

14.1K 465 16
                                    


KESEMUA ahli keluarga opah Mariam berkumpul di ruang tamu, dia mahu membincangkan hal yang berlaku petang tadi. Anak teruna yang lain berada di bawah khemah di luar rumah. Mereka tidak mahu ikut campur dalam urusan ini serahkan saja pada orang yang lebih berpengalaman untuk selesaikan.

Abang Fadil dan isterinya iaitu Kak Suhaila bersama bayi lelaki mereka turut serta. Si Isyhad pulak pergi join Arif, Ariz dan yang lain dekat luar tak sedar diri betul patutnya dia kena ada di sisi Ariana sekarang ni.

Ariana diam menyepi, dia duduk di sebelah ibunya. Mak long Sakinah dan Shima pula memandang Ariana sinis mereka semua menunggu kehadiran opah Mariam.

"Semua dah ada di sini ?" kedengaran suara opah dari dapur kemudian opah mengambil tempat di sofa single seat berhadapan dengan kedudukan Ariana.

"Okay, sekarang aku tak nak cakap panjang lebar aku cuma nak dengar hal yang sebenar je kenapa boleh jadi macam ni Ariana ? Shima ? Kinah ?" opah Mariam memulakan bicara.

"Mak, mak nak bincang apa lagi dah sah-sah si budak Ariana ni yang buat hal dulu dia tampar Shima mak tau tak. Apa yang Shima buat sampai dia naik tangan pada Shima, ni mak tengok ni ada lagi kesan merah dekat pipi Shima ni kesian an.."

"Apa yang mak long merepek ni Ariana yang cari pasal ? " pintas Ariana.

"Habis kalau bukan kau siapa lagi, kau nak salahkan Shima pulak macam tu ?" balas mak long dengan riak wajah yang boleh membuatkan rasa seperti mahu benamkan muka wanita tua itu ke dalam sawah padi.

Opah Mariam hanya memerhati, dia tidak mahu membuat andaian sendiri biarlah salah satu dari mereka yang menceritakan hal yang sebenar.

"Kenapa diam je Ariana rasa bersalah ke ? Mengaku jelah kau yang salah habis cerita," sengaja mak long Sakinah mahu menyakitkan hati Ariana.

'Ariana wake up ! Mana keberanian kau ? Kenapa kau tak lawan cakap mak long tu ? Takkan lepas kau dah jadi isteri kau nak jadi lembut, come on girl lawan mak long kau tu habis-habisan. Memang patut kau tampar minah senget tu gatal sangat nak laki orang tu kenapa, fight okay ?' Ariana berdialog dalam hatinya sendiri.

"Hawa rasa Ariana takkan sesuka hati buat macam tu la kak long kalau Shima yang tak cari masalah," ucap Puan Hawa memberi pendapat.

"Memang kamu akan cakap Ariana tu tak salah sebab dia anak kamu. Kau pun sama nak kata anak aku salah kan ye la anak aku kan tak macam anak kau."

"Bukan itu maksud Hawa kak long Hawa cuma.."

"Cuma apa ? Nak kata anak aku teruk nak kata anak kau baik macam bidadari syurga. Bertudung je entah-entah perangai lagi teruk dari Shima takkan la cepat sangat Ariana tu kahwin kalau dalam perut tu takda isi ye dakk," sungguh padu sekali kata-kata mak long Sakinah.

"Kak long ! Jaga kata-kata kak long tu Hawa kenal anak Hawa ! Hawa sendiri yang kahwinkan Ariana dengan Isyhad dan kita semua dah tau tapi kenapa kak long masih nak pertikaikan soal tu lagi apa lagi yang kak long tak puas hati, cakap dengan Hawa !"

Lantang suara Puan Hawa, jarang dia meninggikan suara kepada kakak sulungnya itu kerana dia hormat tapi tika ini rasa hormat itu hilang apabila mak long Sakinah memburukkan anaknya.

"Banyak benda yang aku tak puas hati dengan kau. Sejak dari arwah ayah hidup lagi aku memang tak puas hati sampai la hidup aku hancur kau tau tak ! Dari dulu lagi arwah ayah selalu lebihkan kau sedangkan aku ni anak sulung dia tapi apa yang aku dapat even mak pun sama akan selalu lebihkan kau. Aku taulah laki kau tu orang kaya tak macam bekas laki aku takda kerja kalau kerja pun biasa-biasa je tak macam laki kau ada syarikat sendiri. Aku memang tak suka kau dengan Ariana sebab dia penyebab anak lelaki aku mati ! Sebab dia juga laki aku tinggalkan aku dasar pembawa sial !"

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now