CHAPTER 35

11.2K 400 20
                                    


ARIANA dan Isyhad duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen kepalanya dilentok di atas bahu Isyhad.

"Abang nak pergi dapur kejap. Sweetheart nak air ?" tanya Isyhad kepada Ariana.

Ariana menggelengkan kepala tanda tidak mahu lantas Isyhad bangkit dan berlalu ke dapur.

"Abang, pinjam phone. Ariana nak buka pak cik google. Handphone Ariana tengah caj dekat atas," pintanya.

"Hmm guna la."

Dapat sahaja kebenaran Ariana terus menyambar handphone Isyhad di atas meja. Mudah sekali Ariana membuka password ate kalau dah password nya 0000 semua orang boleh buka.

Niat tadi nak buka google tapi entah bagaimana jarinya tertekan gallery Isyhad. Keluarlah semua gambar Isyhad tapi sudah tentu gambar Ariana paling banyak. Ariana scroll gambar-gambar itu dari atas hingga ke bawah.

Saat dia terpandang sekeping gambar Isyhad bersama seorang perempuan mula timbul bermacam soalan dan bermacam andaian. Siapa perempuan ni ?

Isyhad dari dapur datang menghampiri dan dia membawa 2 cawan air.

"Sweetheart are you okay ?"

Ariana tidak menjawab malah diam menyepi.

"Abang siapa perempuan dalam gambar ni ?"

Gambar itu ditunjukkan kepada Isyhad. Serta merta riak wajah Isyhad berubah setahu dia semua gambar Lisa atau benda yang berkaitan dengan gadis itu sudah lama dia padam dan buang.

Tapi mungkin Allah nak tunjuk dan mungkin masanya telah tiba untuk Isyhad memberitahu Ariana tentang kisah silamnya dahulu.

Air yang dibawa dari dapur tadi diletakkan di atas meja dengan cermat kemudian Isyhad duduk menghadap Ariana dan tangan gadis itu digenggam.

"Abang harap selepas abang cakap pasal ni abang nak sweetheart percayakan abang walau apa pun jadi. Promise ?"

Ariana senyum tanda dia berjanji. Rilek Isyhad lebih baik dia tau dulu daripada dia tau dari orang lain.

Isyhad memulakan bicaranya dari A hingga Z. Ya Ariana patut tahu tentang Lisa dan segala kisah silam Isyhad.

"So kiranya dia la yang tinggalkan abang sebab nak ikut si Remy tu macam tu ?"

"Yup tapi time tu abang dah pasrah mungkin jodoh abang bukan dengan Lisa tapi abang dapat jodoh yang sempurna macam sweetheart," ditarik lembut hidup Ariana.

"No matter what Ariana akan percayakan abang. I'll promise you." Ariana memeluk Isyhad erat. Ada juga rasa kecewa sebab dia bukan cinta pertama Isyhad.

Isyhad berasa lega kerana Ariana dapat menerima. Ubun-ubun Ariana dicium dengan penuh rasa cinta dan sayang.

***

"WEI Ariana kau okay tak ni tunggu sini sorang-sorang. Risau pulak aku nak tinggal kau dekat sini," ujar Arissa. Dia risau akan keselamatan rakannya itu.

Hari ini Isyhad yang menghantar dan akan ambil Ariana.

"Okay la takpa kau pergi balik kejap lagi Isyhad sampai," boleh je kalau dia nak tumpang Arissa tapi dia sudah berjanji dengan Isyhad.

"Ye lah kalau kau dah cakap macam tu. Aku balik dulu tau, kau duduk sini diam-diam tunggu Isyhad. If ada stranger datang bagi kau lolipop jangan ambil even kau suka makan lolipop ingat tu," pesan Arissa kepada Ariana.

Isteriku Form 5 ✔Where stories live. Discover now